assalamualaikum semua,
lama dah tak bersiaran...banyak cerita penting dah tak tertulis sebab dah terlampau banyak nak tulis...sepatutnya entry ni keluar hari Khamis lepas tapi disebabkan aku tak berapa sihat maka tertunda...
ucapan di atas tu ditujukan kepada budak comel ni sebenarnya...
adik hadi haris dah 1 tahun! yeay! |
dah cukup setahun usianya pada tanggal 3 September 2015 ...alhamdulillah... ini juga bermakna genap setahun aku berjaya menyusukan dia sepenuhnya... walau banyak dugaan dan ranjau duri..ecece...bahasa novel la pulak...
tiada sambutan istimewa pun buat adik Ahmad Hadi Haris...sebab ummi tak sihat...cuma ucapan dan doa buat adik hari semoga terus membesar dengan sihat...menjadi umat islam yang mampu memimpin diri sendiri dan orang sekelilingnya ke jalan Allah...amin...
p/s semalam hari yang menyedihkan...adik hadi terpaksa diajar minum susu formula.. :'(
Selamat hari lahir Ahmad Hadi Haris... semoga menjadi anak soleh dan berjasa kepada ibu ayah, keluarga dan masyarakat
BalasPadam