Panik wooo... - Cerita Ita                                                             Panik wooo... Langkau ke kandungan utama

Panik wooo...

assalamualaikum semua,

dua tiga hari ni aku dilanda demam terkejut je....demam panik....adeh...

Kes Pertama : Kutu


sebabnya... hal pertama yang berlaku... ialah serangan kutu di kepala kakak husna sejak dua bulan lepas lagi... seram bila disebut dan difikirkan... yang lebih menyeramkan kutu tu turut menyerang kesemua ahli keluarga yang lain kecuali adik hadi...ye la kutu pun segan nak singgah bila tengok rambut adik hadi yang seciput tu agaknya...

dan kami pulak jadi rutin menyikat rambut kakak husna (dan kami) hari-hari...ini adalah salah satu rawatan dan mencegah masalah ni dari berlarutan... dan siap bagitau kat cikgu transit...bape kali ntah... naik letih...cikgu pulak kata sebab serangan berleluasa maka pembawa sebenar tidak dapat dipastikan lagi dah... adoi...
ini lagi la masalah... sudahnya cikgu terpaksa guna syampu kutu tu pada semua budak yang ada... adil..

tapi benda tu sekejap je la... dua tiga hari lepas tu ada balik..aku agak rumah budak pembawa ni memang kilang kutu agaknya... semua kepala orang dalam rumah dia ada.... aduhai... tapi betul tau sebab aku ingat dulu masa sekolah asrama dan aku kena serangan sampai abah aku kerat rambut kesayangan aku...sebabnya ada sorang akak ni boleh buat biasa je kutu berumahtangga atas kepala dia... kutu tu siap nampak merayap kat tudung lagi ko...adeh...serammm...

last kami sauk pagi tadi dapat 5 ekor anak kutu halus-halus dengan jayanya...aku nak pengsan ok..malam tadi 14 ekor...ajer..aku cerita ni pun kepala aku yang jadi gatal-gatal...hish alegik betul la...sebelum ni masa cuti jerebu tu ok la pulak...aku rasa budak pembawa tu tak datang sekolah kot...anak-anak aku masih kena gi transit sebab kami bekerja...

tolong la sesiapa bagi penyelesaian bagi kami ni...huhuhu...



Kes Kedua : Jadual Periksa Abg long


tetiba je di sana sini kawan-kawan sibuk pasal tarikh anak periksa kat sekolah anak masing-masing... ni group mak-mak dalam whatsapp punya pasal la ni... jadi disebabkan itu aku jadi panik..

hari-hari aku tanya abg long ada dapat jadual exam tak..sampai stress dibuatnya budak tu kot... sudahnya sampai macam malas nak jawab bila aku tanya...

dan bila tak puas hati tak dapat jawapan maka aku ambik tindakan call sekolah pada hari selasa 13 Oktober yang lepas...


berikut adalah dialog aku bersama kerani sekolah...


aku : hello..

kerani : hello sekolah ......

aku : maaf ye puan... saya ni ibu pada murid tahun 2 ___ sekolah ni...boleh tak saya tau bila peperiksaan akan mula ye? (nampak tak sangat formalnya aku atur ayat....susah ko nak dapat keyakinan nak call sekolah..ntah apa aku takut ntah)

kerani : ooo...periksa mula 15hb

aku : hah... 15hb ni... hari khamis ni la ye? ( hilang terus formal sebab terkujat)

kerani : aah 15hb...

aku : tapi kenapa anak saya masih tak dapat jadual periksa lagi ye puan? kalau boleh...boleh tak saya dapatkan jadual untuk tahun 2___ puan?

kerani : ooo...jadual tu saya tak tau..takde pada saya..GPK yang buat...

aku : takpe la kalau macam tu puan.. terima kasih ye (gugup sangat sampai lupa nak mintak cakap dengan GPK...adohai.. jangan tiru aku ok)



lepas telefon tu aku termenung dan panik ok... aduh... bila masa nak ulangkaji ni...tinggal sehari je cuti esok... terus otak berlegar-legar suruh whatsapp guru kelas dia... aku memang la ada simpan nombor hp guru kelas tapi aku faham gak nombor hp tu sangat peribadi.. kalau nak bertanya hal-hal macam ni aku macam segan je...risau sangat kalau aku ni menganggu privasi orang...

akhirnya aku hantar jugak pesanan melalui whatsapp ke guru kelas abg long pagi 14hb tu...dan aku sangat cemas tunggu jawapan dia...sekali dia jawab lega aku baca...



waalaikumusalam.. exam mula 20, 21, 22 Oktober 2015...Jadual tak diedarkan lagi pada murid tapi dah diberitahu kepada murid sewaktu perhimpunan dan di dalam kelas..harap maklum.. terima kasih..


lega aku ko....hahaha...

dan seperti yang ku jangka..abg long ni kalau ingatan yang melibatkan lisan memang payah la....selalu kena diikuti dengan ingatan bertulis....jawapan dia simple je.... SAYA MANA TAU.... adoiii la anak... sabar je la....betul buat ummi ko panik ok....

jom rehat....


p/s hari ni nak balik johor... beberapa masalah telah selesai tapi masih ada benda yang tak tercapai....impian menambahkan income...

Ulasan

  1. bab kutu memang saya biase pakaikan seminggu 3 kali walaupun x kene kutu

    bab periksa memang izwa sentiase berhubung dgn cikgu ;)

    BalasPadam
  2. Haish kak bab kutu sy dh kena. Masa tu syafiq kecik. Qila angkut dari tadika. Habis dgn saya pun kena juga. Satu rumah. Saya mengamuk habis..

    Hari2 duk menyikat. Sy selak2 rmbut ayah dia kot la ada mujur takda. Takut jangkit sbb sy pun kena masa tu. syafiq yg botak rambut jarang2 pun ada gak sekor masa tu. mana tak sy mengamuk. Berbotol2 ubat kutu nama clear kot klu x silap. Sapu dan biar. Pastu bilas.

    Sek pki tudung pun dpt kutu. Smpi saya pesan kat cikgu takyah bg dia ambik wuduk kat sek utk berlatih solat sbb dh wuduk kat umah. Kes takmo ada kutu lg.

    Sehari dua dh takda nnt mgu dpn nenek dia dtg tgk penuh lg kutu. Teruk sy kena bebel. Nmpk mcm takda apa tp stress oo tangani kutu. Dua tiga juga lah sikat kutu kena beli masa tu. ngeri kak duk kenang2..

    Saya punya dh malas nk pikir sy g saloon stim rambut. Hahaha habis nenek kutus smua mati

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...