Ubat-Ubatan untuk Merawat Kutu Rambut - Cerita Ita                                                             Ubat-Ubatan untuk Merawat Kutu Rambut Langkau ke kandungan utama

Ubat-Ubatan untuk Merawat Kutu Rambut

assalamualaikum semua,

selepas mengalami masalah di entri ini PANIK WOO... maka aku buat sedikit pembacaan dan hasilnya aku dapat ini...

Pengenalan
  • Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah.
  • Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
  • Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.
Gejala & Tanda
  • Rasa gatal yang keterlaluan.
  • Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian tengkuk dan pada belakang telinga.
  • Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.


dan mari kita tengok apa rawatan yang boleh kita buat...


Rawatan
  • Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
  • Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
  • Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
  • Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
  • Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
  • Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau lebih di dalam air yang betul-betul panas.
  • Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta selepas itu.
  • Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.
Rawatan untuk kutu rambut adalah seperti :
  1. Gamma benzene hexachloride (Syampu Lindane)
Dalam cecair berminyak
Bagaimana menggunakannya?
  • Basuh rambut anda dengan syampu biasa sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menggunakan syampu lindane dan biarkan rambut kering.
  • Gunakan syampu lindane yang mencukupi untuk membuatkan rambut, kulit kepala dan rambut kecil dibelakang leher basah.
  • Biarkan syampu lindane pada rambut selama 4 minit.
  • Pada akhir 4 minit, gunakan sedikit air suam untuk mengeluarkan buih syampu. Jangan gunakan air panas.
  • Basuh rambut dan kulir kepala dengan air suam untuk menghilangkan syampu lindane.
  • Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.
Kontraindikasi
  • Wanita mengandung dan bayi pramatang
  • Wanita yang menyusukan anak
  • Elakkan penggunaan ke atas pesakit yang mempunyai sejarah epilepsi (sawan)
  • Berat badan kurang
Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Lindane dan krim pembasmi kutu yang lain
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata dan lapisan mukosa
  • Jangan sapu pada kulit yang terlelas
  • Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun

  1. Malathion
Bagaimana menggunakannya?
  • Renjiskan losyen ke atas rambut kering.
  • Gosok dengan lembut sehingga kulit kepala berasa lembap.
  • Beri perhatian terhadap belakang kepala dan leher.
  • Biarkan losyen mengering sendiri ??? jangan gunakan syampu. Basuh rambut selepas 8-12 jam.
  • Bilas dan gunakan sikat berjejari halus untuk membuang kutu dan telur kutu yang mati.
  • Jika perlu, ulang penggunaan ubat kali kedua selepas 7-9 hari. Penggunaan semula losyen dalam tempoh kurang 1 minggu atau penggunaan melebihi 3 minggu berturut-turut harus dielakkan.
  • Secara am, rawatan seterusnya tidak diperlukan.
Risiko kesan sistemik berkaitan dengan penggunaan malathion dijangka sangat rendah
Malathion mudah terbakar. Jauhkan dari sumber panas seperti pengering rambut, alat elektrik pengerinting rambut dan rokok.
Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Malathion dan krim pembasmi kutu yang lain
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata
  • Jangan sapu pada kulit yang terluka atau telah dijangkiti kuman
  • Rawatan perubatan diperlukan untuk kanak-kanak di bawah 6 bulan


ada jugak disarankan untuk langkah penjagaan..

Pencegahan
  • Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana jangkitan semula boleh berlaku.
  • Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.
  • Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.
  • Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain amat berguna.


aku rasa aku kena print info ni untuk bagi kat cikgu sekolah dan diedarkan pada penjaga lain kan? korang rasa caner?

semua info adalah dari Portal Rasmi My Health


p/s bestnya la bila kat kampung....

Ulasan

  1. anak sedara baru ni penuh kutu atas kepala...berjangkit kat sekolah..tapi tulah..nak buang kutu atas kepala tak bagi..pastu mula lah duk mengaru...geram betol lah...

    BalasPadam
  2. stress bila anak ada kutu...kami pernah alami masa kecik... cara ubatnya..kami spray pakai ridsect...hehehe

    BalasPadam
  3. Nice info sis. Sampai mainan pun kena kuarantin kan.. Mmg letih urus bab kutu ni

    BalasPadam
  4. teringat kenangan waktu kecil dahulu..

    BalasPadam
  5. Bahaya utk ridsect ke rambut anak tu .. kalau rasa x tahan gatal kutu sangat boleh cari kak Maria .. ada rawatan kutu guna mesin www.liceninjamelawati.sto.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat