Mak baru - Cerita Ita                                                             Mak baru Langkau ke kandungan utama

Mak baru

assalamualaikum semua,

dah petang baru ada entry... pagi tadi sibuk temankan shah ke klinik..demam gigil-gigil pulak dia...ajak ke hospital taknak la pulak..esok pagi kena mengulang klinik untuk ambik darah.. kena pastikan bukan demam denggi sebab kami dari kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan denggi.. risau... harapnya bukanlah...

tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal demam denggi... nak cerita pasal perbualan antara ibu dan anak...bonding time kami...

sayang semua....rindu selalu....

kisah ni terjadi 2-3 hari yang lepas...masa tu kami beramai-ramai.. aku, abg long, abg ngah, kakak husna dan adik hadi sama-sama berbaring depan tv... shah takde masa ni...dia tengah sibuk berniaga... aktif sekarang ni dia berniaga SUSU SEGAR BERPERISA yang legend tu untuk cari rezeki yang halal untuk kami anak beranak...semoga Allah permudahkan usaha suamiku ini...amin..di samping tu aku masih juga buat pau untuk hantar ke warung berdekatan dengan rumah... alhamdulillah..semoga sentiasa ada rezeki untuk membesarkan anak-anak...

berbalik pada perbualan kami anak beranak ni...ceritanya macam ni...

macam biasa bila sampai masa aku berbaring menyusukan hadi mesti ada adegan anak-anak yang lain berebut nak berbaring sama di sebelah aku...dan oleh kerana hadi dah memang selalunya akan booking sebelah area..maka cuma akan ada kekosongan pada di sebelah kawasan saja lagi...dan perang pun bermula...abg long mula memeluk..


abg long : saya nak baring sebelah ummi...

kakak husna : (sambil merengek)hek..hek..hek...saya pun nak...

abg ngah : saya pun nak baring sebelah ummi...

adik hadi : dengan muka bangga sambil menyusu dan kaki akan mula menyepak-yepak sesiapa yang cuba mengendeng di belakangnya...

aku : kalau macam ni susah-susah suruh ayah kawen lagi la....senang ada ummi ramai sikit... boleh semua orang baring sorang satu tak bergaduh macam ni...

abg long : tak nak la....

aku : kenapa pulak tak nak? kan bagus ada mak baru dan dapat sorang satu..

abg long : nanti kalau ada ummi ada anak lain dia cemburu pulak nanti... mula la nanti jadi macam-macam...

aku : eh...eh... ye ke macam tu abg long ?

abg long : ye la....mesti jadi macam tu...

aku : cuma mampu senyum je....(dalam hati berkata banyak sangat tengok drama anak aku ni...heheheh...)


bang....ooo...bang... takde can la... mesti penangan drama tv3 selamat pengantin madu ni....hehehe...


p/s hari ni kena ulit orang demam... boleh buat pau ke tidak ye?

Ulasan

  1. Ha, dah ada niat tu. Moga berjaya ya.

    Moga diberi kesihatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Aamiin...

    Terima kasih Ita sudi singgah blog akak ^__^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...