Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah Part 2 - Cerita Ita                                                             Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah Part 2 Langkau ke kandungan utama

Cabaran sediakan bekal anak ke sekolah Part 2

assalamualaikum semua,

dah hari jumaat minggu ke 4 anak-anak bersekolah rupanya... cepatnya masa berlalu...

aku dah lupa nak letak entri cabaran ni dah pun...

ok takpe mari kita letak je menu hari yang kita ingat...boleh gitu? boleh je la ye...

disebabkan dah masuk 3 minggu ni maka aku cuma tuliskan menu je la... hari pun tak ingat dah... berterabut sebab banyak harinya memang tak sempat nak ambik gambar pun...

Menu Bekal (mengikut mana yang aku ingat ye)


1. Spaghetti bolognese + kacang panggang dalam tin

bekal sekolah
aduh...terliur lak tengok tetengah hari ni..



yang ni menu bantai je apa yang ada... senang kata tak cukup syarat la jugak.. janji anak bawak bekal..hahaha...

macam biasa cuma sempat ambik gambar bekal aku je...



2. Nasi Goreng


yang semalam takde sayur


ni menu biasa di kala takde idea...tapi tak kisah sangat sebab kegemaran abg long ni... jarang tak abis.. semalam aku bawakkan lagi tapi tak letak sayur campur tu pun abis... dah la semalam aku lupa masukkan sudu dalam bekal dia.. ntah macamana dia makan ntah... takpe kan.. ajar anak berdikari... hahaha... alasan taknak bagi rasa bersalah sangat di situ...huhuhu...


3. Burger Ayam

ni pun ulang je menu minggu dulu-dulu tu... ada kat entry ni


4. Benjo

yang ni lebih kurang sama je dengan no 3 tu haa...cuma lain inti je... tapi yang ni dia lebih suka... abis licin...



5. Tortilla inti ayam gunting + karipap


adeh... terpatah pinggang pulak tortilla den tu...


haaa...kali ni pasal masak simple gila jadi sempat la ambik gambar... yang ni dia suka jugak... licin...
bermakna boleh la ulang menu ni... dah la senang sangat buat dia... goreng ayam.. gunting-gunting... letak semua benda yang ko rasa nak letak.. sos ke mayonis ke... abg long tak suka sos jadi cuma letak mayonis je.. dan letak salad sikit... gulung... siap... mudah kan? 

karipap tu pulak aku guna yang frozen je.. gorengkan...mudahkan?


6. Sosej Roll

haaa... nampak.. tu je 3 bekal.. belum lagi yang buat makan sarapan lagi..ummi ayah punya double lagi.. eh..

yang ni pun sempat ambik gambar sebab senang jugak... gelek-gelek roti...sumbat sosej... celup-celup dalam telur...golek dalam serbuk roti... goreng...siap... 

yang ni pun boleh ulang selalu sebab anak-anak suka... ummi pun sangat suka sebab mudah.. hehehe...

7. Pau dan donut kukus

menu ni di kala ummi kelam kabut sebab pau dah siap tetiba gas habis... huhuhu... makanya menu konon-konon nak bawakkan pau goreng dengan donut terus bertukar jadi pau dan donut kukus... hahaha... pasrah la wahai anak...
 
kita tunjuk gambar pau tengah kukus je la ye...

pau sedang dikukus 



8. Roti Gentel beraneka + sosej
ni la roti beraneka


menu ni aku yang cipta... tak tau nak namakan apa dah... hehehe... guna doh pau lebih jualan sumbat sosej dan stik ketam maka terhasilnya roti gentel beraneka ni... yang penting anak-anak suka... ummi pun suka... hehehe....

nampak tak bekal abg long? sikit gila kan dia makan.. sebab tu la anak aku tu kurus keding je.. umminya la yang jadi terlebih muatan...

9. Donut mini

yang ni menu yang biasa sebenarnya... tapi abg long memang anak yang baik dan tak pernah komplen sehari pun... donut pun dia makan habis licin... sayang abg long...

10. Kentang goreng + sosej 

yang ni menu paling senang dan ringkas... selalunya dibawa ketika ummi memang tak sempat nak fikirkan menu yang lain lagi dah...

11. Nugget 

yang ni pun lebih kurang sama macam no 10 tu... yang penting abg long ok dan dia nak makan semua bekal dia....alhamdulillah...

12. Roti pizza mini

abaikan rupanya yang tak berapa cantik tu... rentung ko roti aku.. huhuhu...

yang ni lagi mudah... guna sos baki spaghetti yang kat no 1 tu buat based... memula aku bakar sikit roti tu.. pastu sapu sos tu sikit pastu tepek je keju...senang... menu ni pun anak makan banyak.. jadi senang keja ummi...

eh ada 12 menu eh.... padan la dengan 3 minggu punya entri tangguh kan? hehehe... kalau kira hari tak cukup tu.. sebab aku ulang-ulang jugak menu... cuma ada sehari jugak aku gagal... kesiangan... maka abg long bawak duit dan beli kat kantin je la....


untuk pengetahuan semua... kebanyakan bekal yang dibawa adalah merangkum sekali sarapan pagi untuk semua anak-anak di rumah... jadi walaupun bunyinya mudah tapi tak la mudah mana sebab masak untuk 5-6 orang ni kan... kalau masak sikit macam hari ni... jawabnya ummi berkorban la tak bawak bekal... cuma sempat jamah satu dua untuk sarapan sambil buat kerja lain... huhuhu...


p/s hari ni sempat jenguk sekolah abg long untuk tebus voucher yang dia dapat aritu kat kedai buku... 

Ulasan

  1. salam..
    skrg ni kak lg elok bg anak2 bawak bekal dari rumah..
    kekadang peniagA kantin pun bkn betul sgt..
    sy ingt lg masa sy sekolah.
    itu citer 10 tahun lepas..tp beli nasi lemak kat luar lg berbaloi dari nasi lemak kat kantin..harga sama...tp kalau kat kantin tu mcm muntah kucing jer..
    nnt anak sy da besar mmg nk sedia kan bekal je utk dia..
    harap dia xmalu hihiii

    http://myaleo.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam dik... betul sangat2... eh betul ke adik ni? ntah2 makcik..hehehe... 10 tahun lepas akak dah abis degree...ngee

      Padam
    2. hahahaa..akak jerrr muda selalu..
      bila jd mak2 ni semua org panggil kakak jerr.
      tgk kat fb pun byk dah group share bento ni kan..
      mak2 skrg semua best sibuk berkerja mcm mana pun tetap bg yg terbaik utk anak2

      Padam
  2. alhamdulillah
    asalkan dari air tangan umi.
    pasti anak suka dan mkn, kan !

    BalasPadam
  3. Berbaloi dan dapat jimat banyak bila bawak bekal dari rumah. Anak2 sempatlah merasa 3 bulan ibunya ni buatkan bekal.. tapi lepas tu eemm.. tak dan dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang jimat sangat2...alhamdulillah ibunya daya jugak 3 bulan tu.. ni masih mencuba...jauh lagi nak sampai 3 bulan..hehehe

      Padam
  4. Akak baruuu mula bawa bekal hr ni...hihihi. gigih juga la skeettt.

    BalasPadam
  5. Kira rajin lah ita ni buat bento anak..
    Akak buat roti sapu kaya jer ..
    Mana anak2 dah jemu :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...