Kalau ummi mati... - Cerita Ita                                                             Kalau ummi mati... Langkau ke kandungan utama

Kalau ummi mati...

assalamualaikum semua,

ni cerita malam kelmarin... perbualan masa sebelum tidur atau lebih tepat lagi masa nak tidurkan anak-anak...

macam biasa akan ada sesi bercerita... kadang-kadang cerita merapu ummi reka untuk bagi anak-anak moral kehidupan.. yang penting ceritanya kena ada watak baik dan jahat... dan watak jahat akhirnya mendapat balasan setimpal atau watak baik tu mendapat balasan yang baik juga...

kadang-kadang aku selitkan juga cerita-cerita Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. cerita yang tentu menjadi panduan buat anak-anak... dan selalunya cerita haiwan menjadi kesukaan anak-anak... dan selalunya jugak aku akan suruh anak-anak pilih haiwan yang perlu menjadi watak utama... pilih la dua... kucing dengan ayam ke... gajah dengan tikus ke... ular dengan gajah ke...

haaa... cerita ular dengan gajah ni abg ngah pun pandai reka cerita dia sendiri tau... tapi yang bestnya ular tu makan batu pasal mula-mula dia ada niat nak makan gajah... hahaha... pelik pengakhirannya...

dan terbaru kelmarin, aku bercerita kisah yang dikongsikan oleh adik aku di facebook... Cerita Rasulullah dengan Pengemis Buta... tengok kartun dia di facebook tu buat aku menangis ok.. Subhanallah.. indahnya akhlak baginda... tak tercapai walau sedikit pun rasanya kalau aku ni....orang yang selalu membebel..yang selalu marah-marah... insaf...

ceritanya begini lebih kurang...

Rasulullah selalu mendamping seorang pengemis yahudi yang buta... namun setiap hari kata-kata cacian dan makian kepada Rasulullah keluar dari mulut pengemis ini. Namun Rasulullah tetap setiap hari menyapanya dengan baik... menghulurnya wang dinar emas dan memberinya makan... tetapi pengemis ini setiap hati mengatakan yang Muhammad itu seorang penipu besar... sehinggalah suatu hari baginda wafat... tiada lagi yang menziarahi pengemis ini...sahabat baginda Saidina Abu Bakar telah bertanyakan kepada anak Rasulullah Aisyah tentang kebiasaan Rasul yang belum dikerjakannya.. Aisyah lalu bercerita mengenai pengemis ini... lalu Abu Bakar segera pergi dan melaksanakan kelaziman seperti mana Rasulullah lakukan setiap hari... namun bila pengemis itu terus bercakap memburukkan Rasulullah, Abu Bakar jadi marah lalu terus memberitahunya bahawa orang yang selama ini melayannya dengan sangat baik..menyuapnya makan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W yang sangat dibencinya... menangislah pengemis itu setelah mengetahui kebenarannya...



puas jugak aku nak keluarkan moral yang baik dalam cerita ni.. nak cuba untuk fahamkan anak-anak kecik ni bagaimana bagusnya akhlak baginda Rasul...

cuma seperti biasa ada soalan dari abg ngah....

abg ngah : wafat tu apa? 

aku : meninggal dunia... 

abg ngah : meninggal dunia tu pergi ke tempat lain ke ummi?

aku : ya nak... orang kita panggil mati... 

abg ngah : kalau kita mati... dah tak hidup lagi kan?

aku : ye... bila orang dah mati orang yang hidup kena uruskan dia.. tanamkan mayatnya... kalau ummi mati abg ngah tanamkan ummi ye...?

abg ngah : taknak la... saya nak sayang ummi...

aku : boleh sayang ummi tapi kalau ummi mati tetap kena tanam...

abg ngah : taknak la... saya nak sayang ummi jugak... (masa ni suara dia dah lain, terus dia datang dekat dengan aku)... kakak pulak kat sebelah aku dah teresak-esak... sambil cakap saya nak sayang ummi...

alahai anak-anak.....

aku cerita pun hati rasa sebak.... apa la nasib anak-anak kalau aku takde kan... selalu berdoa pada Allah...semoga Allah jaga mereka dimana saja mereka berada...amin...


p/s entry bekal macam kena hutang lagi je ni....huwaa...


Ulasan

  1. ala,, sedih pulak. moga jd anak soleh solehah. Aminnn

    BalasPadam
  2. alahai mmg sayu kan kakk
    bru isteri kwn sklah rendah sy mninggal. tinggal dua org anak.
    yg baby bru lahir thn lps.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat