Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor - Cerita Ita                                                             Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor Langkau ke kandungan utama

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing, Johor

assalamualaikum semua,

dah lama sebenarnya nak kongsikan pasal tempat best ni... tapi asyik la bila kami pegi je takde rezeki kedai ni bukak.. tapi kami memang dah sedia maklum yang keropok lekor dari kedai ni sedap... sedap gila la sampai kami bersungguh-sungguh nak pegi beli...

dan selepas diduga beberapa kali dengan bermacam ujian...antaranya.... kami sampai dah lewat sangat...kami tiba mersing dah malam... kami sampai kedai tak bukak walaupun hari siang lagi... huhuhu....

inilah yang dinamakan rezeki kan?

mesti korang pelik macamana aku boleh tau keropok kat kedai ni sedap sedangkan aku sendiri tak pernah berjaya beli lagi kan? hehehe... mesti la sebab aura keropok sedap tu memanggil-manggil... hahahah....sila jangan percaya yang tu...

sebenarnya aku tau kedai ni dari adik aku la yang selalu beli kat kedai ni... kira regular customer la gitu....siap dia pesan lagi kalau nak beli jangan beli yang harga rm2 satu...beli yang rm1 je sebatang tu... bukan sebab harga dia lebih murah tapi adik aku kata rasa dia lain... yang rm2 tu rasa ikan dia dah kaw sangat macam yang singgit tu.... dan aku tak tau sebab aku percaya bulat-bulat kat adik aku aku terus borong yang singgit... hehehe... tak kuasa la aku nak merisikokan diri...

ok.... memula kita perkenalkan kedainya dulu.... nama kedai ni ialah Kedai Keropok Amliza... aku rasa takde kaitan pun dengan Ambank... bukan jugak ditaja ambak kot...cuma mungkin nama tuan kedai dia ni... aku pun tak tau pasal tak tanya... masa beli tu aku ala-ala drive tru je sebab shah yang turun...hehehe...

ni gambar signboard dia....

mersing
keropok amliza

dan ni pulak gambar depan kedai dia... tapi korang bukan kena beli kat depan ni tau...kena pegi belah tepi dia...

haaa...nampak tak jumaat diorang cuti..





yang ni pulak gambar peta jalan dia kalau sesiapa yang berminat nak pegi...

yang biru tepi tu laut ok...


aku zoom sikit ye....

nampak yang merah tu?...haaa itu la dia..


dan apa punya sengal la aku boleh pulak tak ambik gambar keropok lekornya... aduhai...
tapi aku ada crop gambar dari google ni haa... memang dari kedai dia...

nampak sedap je ek...


tapi aku gerenti... lepas korang makan keropok lekor amliza ni mesti korang rasa nak datang mersing lagi la semata-mata nak beli keropok ni aje...

rasa dia macamana? aku jarang puji makanan atau kedai ok... tapi kalau sedap dan berbaloi aku memang bagitau jujur punya... dan keropok lekor amliza ni adalah dalam kategori rugi kalau tak cuba....

cuma pada pandangan aku sebagai pelanggan yang cuma sebenarnya lalu je mersing ni untuk ke destinasi seterusnya...aku rasa lebih elok kalau Keropok Lekor Amliza ni sediakan keropok yang siap digoreng untuk makan segera... itu lebih bagus bagi pelanggan yang nak merasai kesedapan keropok ni lagi....

kalau keropok keping dia atau lain-lain produk aku tak cuba jadi tak boleh bagi komen...korang boleh cuba kalau nak....takde paksaan...

kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat...

nak contact...

Kedai Keropok Amliza
No 7, Jalan Abdullah, Mersing



p/s lapar la pulak tengok gambar keropok ni....menu apa nak buat dinner ni eh?

Ulasan

  1. oh , kalau singgah ke mersing boleh lah beli nanti .hehhee..

    BalasPadam
  2. Tq kak ita, nnt g sana blh cuba. Aritu kitorang hantam je kedai mana pun.

    Haah kan? Klu ada yg dh goreng sedap blh mkn dlm kereta

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak dulu macam ko la dik.. abis semua kedai jelajah.. rugi x tau awal...

      Padam
  3. Saya nak ke sana untuk kajian projek akhir saya, tapi saya tak dapat contact beliau. Ada tak no lain 😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi singgah...maaf ye...saya tak ambik no contact yang lain... mungkin boleh usahakan untuk terus ke kedai..

      Padam
  4. jauhnya keropok 'berhijrah'dari terengganu ke johor ... Dikatakan dekat Mersing majoritinya asal usul orang terengganu . betul ker ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keropok ada dimana-mana awak en tanpa nama.. dan bukan mersing saja yang berasal dari susur galur dari terengganu.. di kota tinggi juga..

      Padam
  5. lama dah tak pekena keropok lekor. Nampak sedap je ni! :)

    BalasPadam
  6. No fon tu salah..call td siap bg salam,skali cina yg angkat��

    BalasPadam
  7. @ct aien ok saya padam.. tu nombor yang dia letak kat depan kedai tahun 2016 dulu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...