Ucapan Selamat Hari Lahir Teristimewa - Cerita Ita                                                             Ucapan Selamat Hari Lahir Teristimewa Langkau ke kandungan utama

Ucapan Selamat Hari Lahir Teristimewa

assalamualaikum semua,

Tahun 2016 telah pun memulakan kiraannya.... 2015 telah tertinggal di belakang.... jauh...


saban tahun sama je setiap tahun aku akan cukup umur setiap kali ketibaan tahun baru menjelma....kerana hari lahir aku jatuh pada 3 Januari setiap tahun.... (kalau ikut mak dulu patut due bulan 12 tapi ntah kenapa nak lahir lambat...hehehe...) dan tahun ni genap usiaku 37 tahun...

dan tahun ni sama je dengan tahun-tahun sebelumnya pun tiada sambutan besar-besaran yang kami buat pun...lagipun kami bukan orang besar-besar pun....(cuma badan je besar..huhuhu)



dan tahun ni ditambah pulak dengan pakej demam.... alhamdulillah... aku diuji dengan demam bengkak susu lagi sekali...setelah pernah diuji sekali dulu...DEMAM BENGKAK SUSU... mujur kali ni tak seteruk dulu...kali ni berpunca dari puting yang luka digigit adik hadi...pasti aku pulak tak sempat pam... melarat la jawabnya... dan diakhiri dengan badan mengigil dan aku tumbang 2 hari demam dan sakit urat....

masa tu jugak la otak ligat memikir apa nak buat dengan barang sekolah anak-anak....aduhai...kononnya cuti inilah sempat buat sebab baju sekolah pun baru dapat beli... nanti aku cerita kat mana beli baju sekolah murah kali ni...

lepas tu terus terlupa pulak nak ambik name tag yang dah ditempah di kedai... sudahnya bila demam dah kebah tu aku gigihkan jugak bangun untuk tetas name tag pada baju lama dan jahit semua lencana... ini yang dinamakan kasih seorang ibu agaknya... kalau buat drama pasti korang sama meleleh la... kalah cerita khabi kushi khabi gam ni...hahaha...silap-silap mata korang yang tergam sebab menyampah tengok muka aku ek...

sebenarnya untuk tahun ni tiada ucapan istimewa sangat kecuali dari orang-orang yang tersayang....sahabat...dan mereka yang memang setia setiap tahun akan bagi ucapan di telefon... di facebook...sungguh buat hati aku sangat terharu...terima kasih semua...aku sangat menghargai...cuma nak bagi penghargaan baru sempat hari ni...


SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI SENDIRI!

nanti aku harap ada peluang jugak untuk kongsi kisah bekal sekolah abg long dan hari pertama persekolahan anak-anak tahun ni...


p/s banyak azam yang baik-baik untuk tahun ni...semoga Allah permudahkan urusan...

Ulasan

  1. selamat hari lahir
    ain datang singgah sini dan follow awak.
    salam perkenalan :)

    nanti singgahlah ke blog ain ye
    akuainkausiapa.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih farahain... insyaAllah nanti saya singgah...

      Padam
  2. Selamat hari lahir akk sayang. Moga sht selalu dan berjaya dunia akhirat. Siannye bengkak susu smpi demam. Dh kena masa dia 5 bln aritu. Luka, pastu dia x nyusu semalaman terus bengkak dan tersumbat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dik... bila la nak jumpa ek... amin utk semua doa2 yang baik... untuk awak jugak ye dik...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...