Kesihatan : 3 Serangan Fungus, Diagnosis dan Rawatan - Cerita Ita                                                             Kesihatan : 3 Serangan Fungus, Diagnosis dan Rawatan Langkau ke kandungan utama

Kesihatan : 3 Serangan Fungus, Diagnosis dan Rawatan

Serangan Fungus 1


Assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan pengalaman kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri ni... aku sebenarnya dah banyak kali terkena serangan kulat ni... serangan kulat atau sering dipanggil fungus..

kali pertama kena dulu adalah ketika aku baru je bekerja di jabatan veterinar ni... dan masa tu aku duduk berjauhan dengan shah.. aku ditempatkan di kota bharu pada awal perkhidmatan... dan masa tu aku kena sakit telinga secara tiba-tiba... sakitnya macam ada benda masuk dalam telinga dan mengigit-gigit dalam telinga tu... puas la aku suruh shah tengok dan intai apa yang ada dalam telinga masa tu... sebab sakitnya cuma Tuhan je yang tau...

dan selepas diagnosis oleh "doktor pakar" shah tak berjaya aku ke HTAA jugak untuk check... dan... ini part paling seram... ada fungus hidup riang gembira dalam telinga aku masa tu... aduhai.. aku nak taip semula cerita ni pun rasa meremang ok... dan doktor sahkan ada kumpulan Aspergillus spp. yang membiak dengan jayanya... 

contoh fungus atas media - ihsan wiki

apa dia Aspergillus spp. ni?

ianya adalah sekumpulan fungus yang boleh terdapat di mana-mana dalam apa jua cuaca di dunia... Kalau dalam haiwan biasanya akan menyebabkan masalah penafasan... Dan puncanya daripada sumber makanan yang telah tercemar dengan Aspergillus spp. ni.. 


dan selepas dari pengesahan doktor tu aku pun diberi pelbagai rawatan macam sedutan dalam telinga atau dipanggil suction (ketahuilah bahawa ianya sangat...sangat menyakitkan ok... :(  )...aku jugak diberi ubat penahan sakit dan ubat titis telinga bersifat antifungal.. alhamdulillah ianya sangat membantu...keadaan aku pulih dalam masa tak sampai seminggu... ini kejadian tahun 2006... 

aku percaya mungkin kerja-kerja rencam aku masa tu mempengaruhi kot macamana aku boleh dapat penyakit Otomycosis ni.. aku bekerja dengan bermacam spesis haiwan.. mungkin ada satu dua yang boleh menjangkiti manusia bila keadaan manusia itu sendiri mengizinkan.. dengan kata lain selalunya bila kita dalam keadaan tertekan berbagai penyakit pun boleh datang...masih boleh ingat lagi ayat doktor pada masa tu... "Nasib baik awak datang awal..kalau tak gegendang telinga awak dah bocor dah"...huhuhu...

inilah rupa dalam telinga aku masa tu.. -google

Serangan Fungus 2


dan jangkitan kedua yang aku dapat adalah pada tahun 2007... tak sampai setahun dari jangkitan pertama... kali ni lebih menyeramkan... aku kena sakit mulut yang berpanjangan... masa ni aku baru je dapat pindah dari Kota Bharu ke Kuantan... kononnya seronok la kan dapat duduk dengan suami yang selama ni berjauhan... tapi bila diuji sakit mulut macam ni.. nak senyum pun payah wooo... 

aku kena sakit tu dekat 2 minggu jugak la... berasa sakit mulut nak telan dan kunyah makanan.. dan di akhir jangkitan tu aku memang dah sampai tahap tak boleh bercakap serta makan dan minum... aku cuma minum susu khas untuk orang yang tak boleh makan dan minum yang biasanya digunakkan di ICU je tu... tapi tak boleh nak cakap azabnya bila nak menelan susu tu walaupun aku gunakan straw pada masa tu...

setelah 3 kali berulang alik ke klinik dalam masa 2 minggu tu..dan diberi pelbagai antibiotik dan aku sampai tahap hanya menggunakan kertas dan pen untuk bercakap...abg long pun sampai dah tahap demam-deman sebab tak dengar suara ummi dia....akhirnya di minggu terakhir tu aku diminta untuk buat ujian saringan HIV.... ajer... ko rasa tak seram ke? maunya kan... aku dah ketar-ketar lutut je tau bila tau kena buat ujian saringan HIV pulak... masa tu hati memang tertanya-tanya la... kenapa? kenapa? kenapa? aku dah la sakit mulut...disuruh pulak buat ujian saringan HIV... bagi je la ubat je kan... bukan aku nak kahwin baru pun sampai nak kena buat ujian saringan HIV bagai...

dan ujian saringan HIV pun dijalankan...bukan sekali ok... 2 kali ok... setelah ujian saringan HIV dan dijalankan dan keputusan adalah negatif baru la doktor nak berbincang dengan aku apa sebab musababnya... dan akhirnya aku dapat la tau jawapannya... doktor kata mereka dapat asingkan fungus dari kumpulan Candidia spp. dari mulut aku... masa tu aku cuma terlopong ok... haaa... Candidia spp. boleh tumbuh dalam mulut aku? huwaaa... macamana ni?

Candidiasis - google
biasa kita tengok keadaan ni dalam kes budak kecik atau selalunya bayi bawah usia 2 tahun kena macam ni kan.. ? atau selalunya orang panggil oral trush.. aku pernah ceritakan masa abg ngah kena dulu... anak-anak aku memang semua la dikatakan kena...

apa dia Candidia spp ni pulak?

Candidia spp. ni adalah sejenis fungus yang hidup di merata dunia jugak tapi ianya jarang-jarang menyebabkan penyakit pada manusia kecuali orang yang ada masalah dengan ketahanan badan mereka macam pesakit immunocompromised (maaf tak tau nak terjemah dalam melayu) seperti pesakit yang menghidap HIV...

ok...nampak tak kesinambungan kisah ujian saringan HIV dengan kes sakit mulut aku yang disebabkan oleh Candidia spp. ni?... Kalau penyakitnya dipanggil Candidiasis... dan akhirnya aku sembuh dari penyakit ni dengan diberi rawatan antifungal selama seminggu... ubat melalui mulut yang aku kena minum dan berkumur selama paling kurang seminit dan telan... alhamdulillah aku sembuh dalam masa tak sampai 4 hari pun.. 

mula-mula nak berkumur tu memang rasa sakit tu jangan cakap la... Tuhan je yang tau... rasa nak luruh semua gigi ni tau... dan ada jugak ayat doktor yang mencuit rasa masa tu..."Nasib baik dapat kesan awal dan diberi rawatan awal.. kalau tak dengan gusi awak pun abis..." ...huwaaaaa...

Serangan Fungus 3


dan kes yang terbaru berlaku ni pulak... ingat tak aku ada cerita kisah aku ambikkan Daun Betik untuk rawatan demam denggi shah dulu? haaa... bertitik tolak daripada tu la sebenarnya ni... aku mula ada kesan gatal-gatal di ibu jari kiri sejak ambik daun tu.. aku sangkakan aku cuma kena getah betik yang sememangnya kalau orang yang kalah akan rasa gatal... jadi aku cuba buat tak tau dengan keadaan tu sehingga dia berlanjutan sampai ke bulan 4 ni haaa... bayang la kes dari bulan 12 tahun lepas hingga bula 4 tahun ni... dah dekat 5 bulan dah pun... masih tak baik tangan aku tu... 

aku dah cuba guna ubat krim antibiotik tapi masih tak berubah.. dan yang terbaru aku gunakan krim alovera untuk kononnya dan kurangkan kesan pada tangan aku tu... tapi apa tau kesannya... bekas kawasan terkena getah daun betik tu makin melarat dan makin membesar... hati aku jadi tak tenteram... dan bila ada pulak saranan dari seorang pengawai teknikal makmal yang senior yang aku panggil Kak Odah suruh periksa untuk kehadiran fungus... huwwaaa... mimpi ngeri berulang lagi... maka aku bertekad... balik makmal lepas dari bengkel di Salak Tinggi masa tu terus nak hantar untuk ujian....

dan akhirnya aku hantar sampel kikisan kulit dari kawasan yang dijangkiti... dan selepas 7 hari dalam pengeraman... akhirnya hari ni staf dari makmal bakteriologi mengesahkan memang ada fungus yang tumbuh dari media... huwaaa... ketakutan akhirnya terjawab... dan lebih sedih sebab ada 2 kumpulan Fungus yang menjangkiti.... satu adalah Aspergillur niger dan satu lagi adalah Penicillium spp.

nak aku tunjukkan hasil dari media tu?


aspergillus niger dan penicillium pada media


dan dalam mikroskop rupanya adalah seperti berikut...


aspergillus niger


penicillium spp.

cantik kan? hehehe....


jadinya misi selepas ni ialah berjumpa dengan doktor kemudian beritahu keputusan makmal dan minta doktor bagi preskripsi ubat yang sepatutnya aku gunakan...insyaAllah..moga kali ni pun cepat sembuh...

moral dari cerita aku ni sebenarnya...dalam banyak kes jangkitan Fungus adalah berpunca dari penggunaan antibiotik... bila antibiotik digunakan maka secara tak langsung kita bagi ruang untuk fungus membiak dengan lebih sempurna tanpa halangan dari bakteria...dan dalam kes terakhir ni jugak tak mustahil Penicillium spp. tu berasal dari antibiotik yang aku pernah guna sebabnya ianya adalah bahan utama dalam pembuatan antibiotik... huwaaa...

p/s badan masih sakit-sakit dari peristiwa semalam.. tapi kerja banyak untuk audit minggu depan...


Ulasan

  1. assalam Ita
    ita.. spnjg musim panas ni akk kena gatal2 smpi beli sabun n losyen mahal utk kulit sensitif pun tak baik. hari ni baru cuba krim rsl.. nt akk blog kalu bleh baik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...