5 Tips menggalakkan anak untuk minum air - Cerita Ita                                                             5 Tips menggalakkan anak untuk minum air Langkau ke kandungan utama

5 Tips menggalakkan anak untuk minum air

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak kongsikan hasil dari pembacaan aku tentang cara menggalakkan anak-anak untuk minum air... terutamanya dalam cuaca yang sangat panas sekarang ni... kita sebagai ibu bapa la yang kena main peranan supaya anak boleh minum air sebanyak mungkin...dan banyak kejadian yang berlaku kekeringan badan akibat dari kekurangan air... yang seboleh-bolehnya kita sepatutnya elakkan... 

macam aku sendiri kat rumah aku akan buat macam-macam cara untuk galakkan anak-anak minum air... kalau hari bekerja dan bersekolah tu kami memang bekalkan anak dengan botol air kecuali anak yang di taska dan di tadika... kami tegaskan memang abg long terutamanya kena abiskan bekal air yang dia bawak setiap hari... dekat rumah pulak memang wajibkan diorang minum selepas makan dan sebelum tidur malam...

alhamdulillah setakat ni anak-anak belum lagi ada masalah kurang minum air.. mungkin abg long la ada kadang-kadang tapi masih boleh dinasihat...yang pentingnya sekarang ni bukan minum air manis tapi minum air masak dengan kadar yang mencukupi untuk badan...

oklah aku nak kongsikan panduan untuk menggalakkan anak minum air sewaktu di rumah...aku kongsikan juga apa yang aku dan shah buat kat rumah untuk anak-anak kami sekali...

air minuman


Panduan menggalakkan anak minum air



1. Sediakan air secukupnya 


jadikan sumber air ini mudah dicapai dan diambil oleh anak-anak terutamanya anak-anak kecil.. kalau kami di rumah kami ada peti ais yang ada bekas untuk menyimpan air masak sejuk... setiap kali kami penuhkan boleh isi sehingga 2.5 liter... jadi anak-anak memang mudah minum air yang sejuk ni.. cuma tadah dan minum.. untuk adik hadi pulak aku sediakan dalam botol air kecik (500ml) dan aku akan tambah setiap masa...

ini contoh peti ais kami...

ada ruangan air sejuk
nampak tempat ambil air tu?

2. Jadikan waktu minum itu menarik 


yang ini kena guna kreativiti diri sendiri... kita sebagai ibubapa yang tau apa uang anak kita suka... kalau aku memang aku tau sangat anak-anak memang suka air cantik...air cantik yang aku maksudkan ni sebenarnya air sirap je..hehehe... mesti korang pelik kan? sebab sirap tu kan warnanya merah dan cantik..oleh sebab anak suka warna sirap yang menarik ni aku cuba bermain dengan warna.... aku akan buat ari sirap yang sejuk setiap kali tapi kadar gulanya amat kurang dan aku bubuh ais yang banyak... air tu jadi sejuk dan warna yang cantik... anak tak pernah komen tentang rasa yang agak tawar sebab warna tu lebih menarik perhatiannya...jadi gunakan kelebihan pada setiap kegemaran anak-anak... jika anak korang suka dengan rasa limau... mungkin boleh cuba letakkan perahan limau sedikit dalam air masak sejuk untuk menggalakkannya minum...boleg juga pelbagaikan cara untuk minum untuk menjadikkannya seronok.. guna straw yang berwarna warni salah satu caranya... banyak straw dijual di pasaran sekarang ni...

straw pelbagai bentuk


air masak nampak menarik dengan kreativiti

3. Gunakan botol yang sesuai dan istimewa


yang ini kena guna kreativiti ibubapa dalam memahami anak-anak... mungkin boleh sediakan botol mengikut kegemaran anak-anak..watak kartun kegemaran dia ke... atau warna yang anak suka... kena juga sesuaikan saiz dengan umur anak-anak..janganlah anak kecil berumur bawah 2 tahun kita belikan botol 1 liter pulak... kena cari yang sesuai dengan umur dan jantina... kalau anak lelaki aku memang elak warna pink.. kalau pink semua kakak husna punya... hahaha...

botol berwarna-warni




4. Bagi mereka kebebasan untuk minum


yang ini ada kami memang sediakan bila kami sediakan air melalui peti macam kat atas tu... mereka ada peluang untuk letak cawan... tekan dan mengeluarkan air mereka minum sendiri tanpa dibantu... bagi anak-anak yang sedang membesar ini merupakan penghargaan untuk mereka tanpa sedar...mereka diberi kepercayaan untuk membuat sesuatu kerja dengan keupayaan mereka sendiri... tak dinafikan mereka akan bermain pada mulanya... isi dan letak tanpa diminum tapi percaya la diakhirnya mereka akan manfaatkan kemudahan ini dan akan minum secukupnya...


5. Kurangkan pilihan air yang ada 


yang ni pun kami praktiskan jugak... kami memang akan ada buat air teh dan sirap di rumah tapi jika abis mereka hanya ada pilihan air masak sahaja untuk diminum... jika abis air masak yang sejuk mereka masih ada air masak biasa yang boleh diambil dari dispenser air biasa... dan setakat ni anak-anak sedia maklum dan faham.. mereka terpaksa minum jika mereka haus.. ini akan menggalakkan mereka untuk meminum air masak secukupnya...



diharap panduan yang diberi dapat la dimanfaatkan sebaiknya dan membantu ibubapa yang menghadapi masalah untuk menggalakkan anak-anak untuk minum air masak terutamanya... dan pastikan juga anda sebagai ibubapa tidak menggalakkan anak-anak terutamanya anak kecil untuk minum banyak minuman bergas dan bergula tinggi.. kita yang mencorakkan hidup anak-anak..percayalah jika korang terus buat macam tu... korang yang merosakkan anak secara tak langsung...



p/s hari ni hati ada rasa gundah gulana sebab kena tinggalkan anak-anak dan suami untuk satu kerja yang jauh... semoga abg dan anak-anak kuat ye...

artikel utama sumbangan www.babycenter.com

Ulasan

  1. buatkan air tu nampak menarik tu memang menarik sangat sampai saya pun tertarik ;)

    BalasPadam
  2. Tips yang bagus! Terutama sekarang ni musim panas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah nina.. semoga ada yg dapat manfaat..

      Padam
  3. suka la budak2 mcm tu kan..

    good idea kak.. tq yee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.. bukan budak je..mak budak pun suka.. hehe..sama2..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...