Veterinar : Cabaran sebagai Doktor Veterinar - Cerita Ita                                                             Veterinar : Cabaran sebagai Doktor Veterinar Langkau ke kandungan utama

Veterinar : Cabaran sebagai Doktor Veterinar

Cabaran sebagai Doktor Veterinar 

assalamualaikum semua,

bestnya dapat menulis tengahari ni.. kami baru balik dari menjalankan bengkel untuk unit virologi semalam...alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar walaupun masih ada kekurangan yang kami perlu baiki..itu semua adalah antara cabaran dalam pekerjaan... walau kerjaya apa pun semuanya ada cabaran yang tersendiri..

aku pernah ceritakan sebelum ni pasal entri Kerjaya dan Kehidupan sebagai Doktor Veterinar dan hari ni aku nak kongsikan cabaran yang kami sebagai doktor veterinar di Malaysia hadapi melalui pendapat dan pandangan kerjaya ini di mata aku sendiri... tidak mewakili mana-mana pihak pun.. ini adalah pendapat peribadi..jika ada sahabat-sahabat yang di dalam bidang yang sama ingin menegur atau memperbetulkan dipersilakan email atau memberi komen supaya aku dapat membetulkannya..

haiwan - google



antaranya cabaran yang kami lalui adalah...

1. Cuba memahami pelbagai bahasa tubuh


cabaran ini tentu sahaja memahami bahasa tubuh oleh pesakit (haiwan yang dirawat) yang sudah semestinya tidak dapat nak difahamkan melalui pertuturan.. kami perlu bijak membaca dari simptom (tanda-tanda sakit) yang ditunjukkan dan cuba menganalisanya dengan betul serta mengaitkan dengan apa yang mungkin menyebabkannya berlaku.. ini mungkin lebih mudah kalau kami faham bahasa haiwan... hehehe.. yang mana memang tak mungkin la kan.. kami bukan Dr Dolittle.. bukan juga Nabi Sulaiman A.S... Nabi Allah yang dikurniakan mukjizat istimewa boleh memahami bahasa haiwan... dan akhirnya kami cuma boleh bergantung pada pengetahuan yang ada pada tuan punya haiwan.. dengan harapan maklumat yang diberi amat sempurna dan tepat...jadi sila la sayangi haiwan peliharaan anda serta tau rutinnya..

2. Perlu mengetahui maklumat lebih dari satu spesis pada satu masa dan kadangkalanya spesis di luar kotak


ketika kami belajar di universiti dulu... kami diajar semuanya tentang perkara asas termasuklah anatomi, fisologi, histologi, patologi dan lain-lain lagi perkara asas... pembelajaran asas kami meliputi pelbagai spesis yang juga asas termasuk haiwan ruminan besar (lembu dan kerbau), haiwan ruminan kecil (kambing dan bebiri), haiwan bukan ruminan (babi), haiwan-haiwan lain termasuk kuda, ayam , kucing dan anjing. dan tidak pernah pun secara langsung  pun mempelajari haiwan-haiwan zoo seperti  ular, beruang, gajah dan lain-lain. tetapi berbeza apabila kami didedahkan di alam perkerjaan...segalanya menjadi unik kerana kami perlu tahu.. hehehe... ada kecelaruan di situ... mungkin...aku kata mungkin bagi sesiapa yang lebih berminat mereka akan mendalami lebih mendalam mengenai haiwan ini tapi tak semua... jadi janganlah dipukulrata yang kami semua amat pakar dalam semua bidang...amat tidak adil di situ..

3. Kadangkala perlu menjadi bomoh atau tok nujum


yang ini aku la yang saja buat andaian... kadangkala kami dihidangkan dengan kes yang tanpa latarbelakang yang cukup untuk membuat diagnosa pun... bila ditanya apa tanda yang ditunjukkan haiwan peliharaan dan dijawab berak cair..tapi bila ditanya warna najis dan berapa lama berlaku pun tak dapat nak berikan maklumat yang tepat atau sekurang-kurangnya membantu untuk mencari punca... dan lebih malang lagi bila diletakkan situasi seperti... letakkan haiwan yang sakit dan terus meminta ubat untuk menyembuhkan... mungkin ada di hati kami terdetik yang kami doktor tapi bukan tok bomoh atau ahli nujum yang boleh meramalkan apa sakitnya tanpa apapun ujian dilakukan...tapi apakan daya jika itu saja cara yang ada untuk menyelamatkan nyawa yang ada..

4. Berdepan dengan kemajuan teknologi


pada zaman ni banyak maklumat boleh diperolehi dengan mudah melalui internet... jadinya segalanya menjadi pantas.. adakalanya ianya membawa kesan negatif.. ada maklumat salah yang akan disampaikan... ada maklumat yang kurang tepat disampaikan... dan kemudiannya diterimapakai dan diamalkan oleh tuan punya haiwan peliharaan tanpa merujuk orang yang pakar dalam bidangnya... ini termasuklah mengenai rawatan haiwan yang sakit...bila keadaan menjadi kritikal biasanya barulah akan dirujuk kepada peramal veterinar untuk bantuan... tolonglah jika anda sayangkan haiwan peliharaan anda sila jangan membuat rawatan melulu tanpa berjumpa dan berbincang dengan doktor veterinar..

5. Masalah Bogus Vet


Masalah Bogus yang ini adalah merupakan cabaran semua doktor di dunia.. tak kira dalam bidang veterinar atau perubatan manusia... Bogus Vet adalah merujuk kepada orang yang melakukan rawatan kepada haiwan tanpa menggunakan sijil kedoktoran yang sah di segi undang-undang...kemunculan doktor veterinar "palsu" ini amat menyukarkan pengamal veterinar yang mempunyai sijil yang sah..mungkin ada yang dilakukan oleh mereka tanpa sedar dan ada yang memang sengaja menjalankan aktiviti ini dengan sedar... mereka juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan...

6. Kekurangan ubat


Masalah yang agak serius pada masa ini adalah kekurangan ubat penenang yang digunakan oleh semua doktor veterinar bagi prosedur pembedahan..iaitu ketamine ada diterangkan di dalam PETITION ini sekarang ni...


ini adalah cabaran yang dihadapi oleh doktor veterinar di malaysia yang aku boleh ringkaskan... mungkin akan ada penambahan atau perubahan dari masa ke masa...

p/s inilah aku tak berapa suka bila cerita pasal kerjaya.. tulisan aku akan jadi serius... mesti korang baca macam baca paper kan? hahaha...maaf la...


Ulasan

  1. betul doc.. diakui ada yang xde kelulusan. kami di barisan vet ass ni hanya menjalankan tanggungjawab yg diperturunkan oleh pengarah negeri. tapi kami tdak boleh menghalang smua itu. Sebab tu blog cik en banyak menerangkan mengenai tips dan pencegahan penyakit.. better mencegah dari merawatkan. Dan paling letih ada cus yg tidak tahu history kucing.. terpaksa la jadi ahli nujum tu.
    ada dengar yg vet perak dah xguna ketamil dah doc.. tp x pasti kenapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul cik en..dapat tau kekurangan ni darikawan2 vet swasta la.. bila ketamine disalahgunakan untuk buat dadah untuk mengkhayalkan ianya telah dimasukkan ke dalam kategori dadah berjadual..itu yang menjadikannya sukar utk diperolehi dalam pasaran..

      Padam
    2. yup.. tp ketami paling safe rasanya.. lps ni kami pakai zeolotil.. tapi rasa was was.. sbb daerah cik en xde doc.. klu klinik mmg cik en yang jadi pakar bius tak bertauliah.. bl nk guna zeolotil kena menuntut btul2.. takut gak lain dos lain jadinya.. lagi2 yg mmg xde basic ni. harap petition tu boleh beri sedikit harapan kan..

      Padam
  2. maafkan saya nk bertanya, biasanya doktor veterinar muslim selalu ke merawat haiwan seperti anjing dan khinzir?

    BalasPadam
  3. Salam kak, akak mintak kursus vet dulu memang sebab betul2 minat haiwan ka?

    BalasPadam
  4. Salam kak, akak mintak kursus vet dulu memang sebab betul2 minat haiwan ka?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...