Petua cara mengeluarkan bisa lipan - Cerita Ita                                                             Petua cara mengeluarkan bisa lipan Langkau ke kandungan utama

Petua cara mengeluarkan bisa lipan

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi... disebabkan aku tak boleh tidur malam ni.. (sebenarnya dah terlelap tapi rindu menggamit maka terjaga dari lena)... jadi tulis entri lebih baik kan? Aku nak kongsikan satu petua mengeluarkan bisa lipan dari badan.. sebab teringat perbualan dengan kawan tadi di whatsapps pasal lipan dan aku guna pernah ada pengalaman digigit lipan masa sekolah dulu...

Masa kejadian digigit lipan tu berlaku aku tak ingat la samaada aku di sekolah menengah atau rendah... tapi rasanya aku dah bersekolah menengah kot masa tu...dan memang jadi habit aku sejak dulu suka sangat bangun malam untuk kencing.. (tapi kencing malam pun penah...apa ada hal...kuikui...) jadi satu malam aku pun pegi la ke tandas... entah macamana tiba-tiba balik dari tandas tu aku rasa sakit sangat tangan aku masa tu... terfikir macam digigit sesuatu...bila aku ketiskan tangan jatuhlah seekor lipan yang menjalar... panik ko.. tapi aku tak la panik sangat...agaknya semangat veterinar tu memang dah mula mengalir dalam diri kot masa tu... aku terus dengan aktifnya berfikir apa patut aku buat?

Tanpa buang masa aku terus teringat nak ikat tangan aku pada pergelangan tangan... tangan yang kena gigit tu sebelah kiri... jadi bersusah payah la aku menggunakan tangan kanan dan mulut nak bagi ikatan kuat... kalau tak salah aku...aku gunakan tuala kot untuk ikat masa tu... kalau tak pun aku guna kendit (bahasa jawa untuk tali pinggang diperbuat dari tali) untuk ikat... dalam fikiran aku masa tu yang bisa tak akan mengalir bila aku dah ikat kuat-kuat di area tangan tu... dalam pada tu aku cuba picit-picit di kawasan yang digigit iaitu sekitar bawah jari tengah dan jari manis..pedihnya terasa..macam ada sesuatu tengah bergerak...

Sebenarnya aku dah tak nampak pun lipan tu besar mana tapi aku agak.. agak besar jugaklah...parut digigit kesannya masih ada sampai sekarang...lipannya adalah besar macam gambar kat bawah ni kot...

lipan - ehsan google


Lepas tu disebabkan bisa makin mencucuk-cucuk aku pun kejut mak dengan abah dengan harapan ada sesuatu boleh dibuat...itu pun dah lepas dalam setengah jam aku duduk di ruang tamu sambil cuba tahan sakit...kononnya taknak la menyusahkan mak abah...baguskan aku..eh-eh.. terpuji diri sendiri pulak.. hehehe...pertamanya respon mak aku adalah tanya...laaa....nape tak kejut mak awal-awal...bahaya ni... respon abah pulak adalah... mana lipannya? Dah mati belum? Nampak tak persamaannya di situ walaupun pertanyaannya berbeza..kedua-duanya mengambilberat... tu yang buat aku sayang sangat kedua orang tua....rindu mak abah...


Lepas je mak tanya mak terus ke dapur mengorek sesuatu... aku agak pelik la...tapi pelik tak terasa sangat sebab tangan dah mula rasa kebas...jadi aku tengok je apa yang mak aku cuba buat...mak ambik bekas asam jawa dan mengais biji asam jawa dari bekas asam jawa tu... lepas tu mak ambik biji tu dan dipanggang di atas api begitu saja... agak-agak dalam seminit dua gitu mak ambik biji asam jawa tu dan dipotong dua... kemudiannya sebelah dari biji asam jawa tu mak letakkan pada tempat digigit lipan tu... terus biji tu melekat pada tangan aku dan mula menyedut bisa... terasa berdenyut-denyut di celah jari dan tangan...terasa seperti disedut sesuatu...lepas tu aku tanya mak apa nak buat...mak kata biar je sampai dia tanggal sendiri..mak kata bila dia tanggal bermakna dia dah sedut abis bisa tu..

contoh asam jawa -ehsan google jugak

biji asam jawa - ehsan google


selepas dari rasa berdenyut-denyut tu...dalam 2 minit macam tu la.. biji asam tu tertanggal sendiri...rasa ajaib pulak aku masa tu...hahah..mak dah macam tok bomoh.. dan akhirnya aku dibawak jumpa ada sorang tukang urut kat kampung aku sebanyak 2 kali... dan tangan aku membengkak macam kuih pau di kawasan belakang tapak tangan hingga pergelangan...rasanya disebabkan aku ikat tangan aku dipergelangan tu maka rasanya bisa lipan tu berada sekitar kawasan tu je la.. 2 kali jugak tangan tu membengkak ...best je rasa...panas je masa tu...dan mengelembung...dalam dia terasa kosong... macam korang tekan belon tau... kalau ikut pengetahuan selepas jadi vet ni sebenarnya tangan aku mengalami proses inflamasi masa tu...tapi apa boleh buat zaman tu orang tua cuma ada pilihan ubatan kampung...aku tak ingat dah daun apa wak tu bubuh kat tangan aku masa proses pengubatan...

tapi cara mengeluarkan biji eh biji pulak dah...bisa dengan menggunakan biji asam ni memang mujarab dan digunakan oleh orang tua-tua zaman dulu... harap boleh la membantu sesiapa dengan info ni ye...


p/s jom tidur supaya rasa rindu ni boleh hilang sikit-sikit... hukhukhuk...

Ulasan

  1. Ita, akak nak tengok kesan/ bekas gigitan lipan tu boleh tak?

    BalasPadam
  2. good info..petua orang dulu2 kan... ila dah kena sekali haritu..lipan yg besar dan colour merah..kalau xsilap org panggil lipan bara kot..huhu...ya ampunnn sakit yg amat..cepat2 gi klinik...mula2 ingat nk suh doctor cucuk tapi doctor cakap..kalau sesak nafas or ada allergic ngan bias tu baru dia cucuk..kalau ok jer..xsesak nafas..and just sakit2 tu dia kasi ubat makan ngan sapu.....ooo baru faham.. mmg kenangan betul lah..harap2 lepas nie xder dah terkena ngan haiwan2 bisa nie..amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ila...kalau orang tua tak kongsikan memang kita tak kan tau sampai bila-bila la..fobia kan? huhu

      Padam
  3. abah tanya lipan tu mana sebab abah nak gigit pulak lipan tu .. haha "berani kau gigit anak aku eh ?"

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... abah memang selalu jadi penyelamat segera la...

      Padam
  4. Kalo di kampung saya hewan itu namanya langgir mbak, memang lipan itu sangat berbahaya mbak apalgi kalo masuk telinga ih sangat berbahaya sekali mbak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi singgah dan drop komen ye iman.. langgir namanya? wah bagus juga bila tau namanya dalam bahasa lain..

      Padam
  5. Ak try buat mcm yg mak auther buat ni, tp x menjadi pon, x mnjadi tu biji asam jawa tu x melekat dkt tmpat lipan gigit tu, pastu ak sapu je asam jawa kt tmpat tu, nk gi klinik jauh, da pagi buta lak tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat