Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016 - Cerita Ita                                                             Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016 Langkau ke kandungan utama

Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016

assalamualaikum semua,

terasa nak tulis pasal kemalangan ni dari hari pertama ianya berlaku... tapi akhirnya ada kekuatan cuma pada hari ketiga selepas kejadian... alhamdulillah masih lagi diberi peluang melihat dunia dan insan tersayang...

pada pagi hari kejadian kami keluar rumah seperti biasa dengan bawa motor dari rumah... rutin dimulakan dengan menghantar kuih pau ke kedai bersama abg long ke sekolah... kemudian shah pusing semula ke rumah dan ambik kesemuanya sekali untuk dihantar dengan kereta.. tapi pada hari kejadian tu kami terpaksa hantar anak-anak dengan motor juga kerana adik hadi dah buat drama berguling di dalam garaj sebab nak naik jugak motor ke taska...

kalah dengan drama anak..maka kami terus naikkan adik hadi, abg ngah dan kakak husna ke atas motor bersama beg untuk dihantar ke sekolah masing-masing... selesai je menghantar anak-anak kami terus menuju ke tempat kerja masing-masing... memang jadi rutin shah akan hantar aku dulu ke tempat kerja sebelum dia sendiri ke tempat kerjanya...

jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 8 pagi...kami bergerak di kelajuan dalam 50 ke 60 km sejam di atas jalan Tanjung Lumpur.. dan setibanya di hadapan Restoran Anak Ikan Bakar Petai segalanya berlaku... sekelip mata tayar belakang motor kami kempis secara tiba-tiba... aku boleh rasakan ada yang tak kena... kalau selalunya kalau jadi perkara macam ni aku akan terus laju bertanya... kenapa bang? ...tapi tidak hari ni... fikiran jadi kosong...aku terus peluk shah kuat-kuat dan bersedia dengan apa saja yang nak terjadi...

mujur shah tak panik... dia cuba layankan gerakan motor selepas melepaskan pulasan minyak... kami dah rupa orang yang sedang berlumba di litar dan sedang hilang keseimbangan diri... kami ke kiri dan ke kanan di atas jalanraya yang sedang sibuk dengan kenderaan nak ke tempat kerja macam kami jugak... pemegang motor tu dah makin jejak ke atas jalan sambil cuba shah stabilkan... Allah... tak terbayang kalau kami jatuh ke atas jalan tu dan kereta yang sedang laju menanti di belakang kami...

dan akhirnya... shah dah hilang kawalan... motor kami menghala ke tepi jalan dan terus melanggar batu yang terdapat di tepi jalan tu... mujur juga ada batu.. kalau tak rasanya kami akan terus melanggar penghadang besi di tepi jalan tu...


di tempat kejadian - nampak penghadang besi tu.?



dan selepas kejadian tu ada seorang hamba Allah yang bekerja dengan TNB datang menolong... dia menolong mengangkat dan mendirikan motor... namun ayatnya membuat kami berdua kemudiannya terdiam lama...

" Abang ok?... saya perhati abang dari tadi... lama dah abang layan je tayar tu... mujur abang boleh layan.. kalau tak jatuh lama dah bang... pastu kereta belakang abang tadi laju pulak tu..."

Allah... hati tak terkata apa lagi dah... terus bersyukur yang amat...Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

dan Allah mudahkan kami lagi... tak sampai pun setengah jam kami menunggu di tepi jalan adik ipar shah dan kawan sekerja shah dah datang menolong... kawannya menolak motor kami sampai ke stesen Petronas berdekatan dan adik ipar shah hantar kami berdua balik ke rumah.. dan disebabkan aku tak nampak kecederaan serius berbanding shah maka aku la yang bawak kereta untuk kami ke klinik pagi tu jugak...

dan syukur juga kerana kami cuma cedera ringan...shah tertindih motor pada lutut sebelah kiri dan terlipat tapak kaki kirinya... dan lebih teruk sebab lutut kiri tu pernah ada kesan kemalangan terdahulu masa dia bujang... dan alhamdulillah aku cuma melecet di lutut kiri dan terkehel di tapak tangan kanan je sikit.. syukur...bila dah reda dari debar sikit tu...kami sempat welfie di tempat bersejarah tu... (#sila jangan kecam kami)..dan tengahari tu aku teman shah makan ikan pais patin di Restoran Mabiq Tanjung Lumpur...

gambar orang masih berdebar..


Patin Pais di Restoran Mabiq



lega yang amat bila masih dapat melihat wajah-wajah tersayang lagi hari tu... bila bagi tau anak-anak, ummi dan ayah jatuh motor pagi tadi semua berebut-rebut nak tau cerita.. terpaksa la ummi bercerita dengan penuh gayanya petang tu... dan masing-masing nak tau kat mana kami jatuh tadi.. maka terpaksa la buat rombongan melawat kawasan pulak dah... tapi paling sentap ayat abg long la... nak tau apa dia cakap?

"Ummi...saya tengah rasa magic ni...Ummi dengan ayah jatuh tapi ummi tak mati eh?"

huhuhu... ko rasa? ini kes banyak sangat tengok berita kemalangan la ni...

dan kisah ini aku ada ceritakan di facebook... terima kasih pada yang mendoakan...



p/s dah masuk hari kedua baru badan rasa sengal dan lebam mula keluar di hari ketiga...sakitnya...









Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...