Penagih dadah "dilahir" setiap jam di Malaysia - Cerita Ita                                                             Penagih dadah "dilahir" setiap jam di Malaysia Langkau ke kandungan utama

Penagih dadah "dilahir" setiap jam di Malaysia

assalamualaikum semua, 

dah 2 hari aku berada di luar kawasan dari kuantan... rindu dengan semua yang berada di sana... terlebih rindu dengan anak-anak... dan suami jugak... hehe... 

tadi terbaca suratkhabar menunggu di ruangan lobi hotel... ada berita yang agak mengejutkan dan menakutkan aku terbaca... merisaukan pun ada... cerita pasal penagih dadah... hmmm... sedih nak ulas tapi ini la hakikat... penagih dadah bertambah seorang dalam sejam... Ye sejam tau bukan sehari... jika begitu bayangkan dalam setahun... 2 tahun? berapa ramai penagih dadah yang ada berbanding dengan penghafal al-quran yang kita ada ? 


Penagih dadah dilahir setiap sejam
~ sumber Utusan Malaysia ~

Dan statistik ini jugak menunjukkan melayu adalah bangsa tertinggi melahirkan penagih dadah dalam Malaysia ni.... ujian bagi kami ibu bapa di zaman ini... sangat menakutkan untuk hadapi zaman anak-anak akan membesar dan akhirnya hidup sendiri suatu masa nanti... adakah kami cukup kuat ? 

kadang-kadang bila berada di luar kawasan begini emosi sangat terganggu lagi-lagi bila terbaca berita macam ni... mesti tertanya dalam hati... adakah aku mampu? 


sebenarnya sejak hari Isnin semalam , anak-anak ada peperiksaan yang mereka perlu hadiri untuk sepanjang minggu ini... amat penting bagi seorang ibu macam aku untuk berada di sisi anak-anak untuk membantu persiapan diri dan emosi tapi apakan daya... hanya doa je mampu diiringi supaya anak-anak tetap tenang menjawab apa jua di depan mata... 

ketahuilah wahai  anak-anak... jika suatu masa awak semua pandai membaca apa yang ummi tulis ini... doa ummi sentiasa buat awak semua ye anak... walaupun kadang kala ummi terlepas waktu sangat berharga bersama kalian... doa ummi sentiasa mengiringi... tiada daya ummi mengembalikan apa yang sudah terlepas cuma doa ummi supaya Allah sentiasa meletakkan kalian dalam peliharaanNya...

huwaaa.... tak sabarnya nak balik esok....


p/s pesanan ustaz pagi tadi buat aku sentap dan cuba ikhlaskan hati...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...