Bedak Ular dan bedak sejuk untuk demam campak dan ruam - Cerita Ita                                                             Bedak Ular dan bedak sejuk untuk demam campak dan ruam Langkau ke kandungan utama

Bedak Ular dan bedak sejuk untuk demam campak dan ruam

assalamualaikum semua, sekarang ni musim demam campak ye? kawan-kawan sana sini asyik cerita pasal demam campak.. ada kawan sekolah dulu siap anak kecik belum setahun lagi dah kena.. kesian pulak nengoknya...kalau tanya aku...memang aku serik dengar perkataan demam campak, chicken pox dan sewaktu dengannya...

Demam Campak


sebabnya aku baru je ada 4 orang anak tapi dan berjumpa dengan pengalaman menakutkan tengok kesan chicken pox ni pada anak... kalau nak tengok boleh gi baca kat entri ni Panduan untuk Chicken Pox ... aku pun tak sanggup nak tengok gambar abg ngah masa tu... rasa nak menitis airmata je tau.. sedih tengoknya.. kalau kita yang dewasa pun rasa luka sikit atau kena bisul sikit je bisanya Allah je yang tau... ni pulak budak kecik... masa tu abg ngah baru umur tak sampai 2 tahun pun... kesian betul... alhamdulillah sekarang ni elok membesar budaknya... hehehe..

abg ngah sekarang :)


kalau masa abg ngah dulu aku gunakan calamine lotion yang doktor dari klinik bagi je sebab nak bagi luka dia kering betul-betul... tapi kat badan yang lain yang luka tak basah tu aku sapu la bedak ular bagi dia sejuk je kat badan dia tu... badan orang yang kena campak atau chicken pox ni kan selalu rasa gatal...jadi kalau kita sapukan bedak sejuk macam bedak ular tu akan rasa nyaman dan diorang tak rasa la gatal tu sangat...jadinya tak la menggaru macam apa kat kulit... lebih kesian kalau budak atau anak kecik kan... menangis dan menggaru je la taunya.....

Bedak Ular


bagi korang yang masih tak tau rupa bedak ular ni aku letak balik la gambar bedar ular ni... nama sebenar bedak ular ni ialah Prickly Heat Powder Snake Brand tapi aku la panggil bedak ular sebab kat luar tin dia tu ada gambar ular melengkor je... ada banyak jenis bedak ni... macam gambar kat bawah ni... tapi yang biasa jumpa yang jenis classic je tu... dulu-dulu kedai RM2 ada jual... tapi sekarang ni aku macam dah tak nampak pulak... lelagi selepas ada GST... Mydin masa aku survey dulu ada jual yang kaler biru tu... yang antibakteria... ok jugak bila guna...

bedak ular
prickly heat powder Snake Brand


bedak ular ~ prickly heat powder Snake Brand


sebenarnya bedak ular ni bukan sahaja boleh guna untuk menghilangkan gatal-gatal... kalau anak ada ruam panas pun aku guna je untuk sapu.. sekurang-kurangnya dia bersifat sejuk dan boleh la menggelakkan badan berpeluh seterusnya menggelakkan ruam...dan dalam musim panas macam sekarang ni memang la sangat berguna... terutama kalau anak tak boleh nak tidur malam... aku ambik je bedak ni sapu je kat badan memasing... bila terasa badan sejuk anak-anak boleh la tidur dengan lena... bagus kan?

selain dari bedak ular aku jugak guna bedak sejuk untuk kurangkan rasa gatal kat badan anak-anak... yang ni memang anak-anak suka... bukan bedak sejuk yang biasa bertempek-tempek kat muka putih melepak tu haaa... ni bedak sejuk yang dalam botol kaca selalunya... jenis berangin je...macam sekarang ni aku guna bedak sejuk nasila harum kasturi... (kirim dengan adik aku yang comel kat jeli...tak bayo lagi ni...huhuhu) 

bedak sejuk nasila harum kasturi

bedak ni sangat ok... kalau jerawat pun sekejap je dia kecut... dan kalau orang kena demam campak ke aku rasa memang la sangat best  guna... dia bukan jenis bedak sejuk yang bertempek putih melepak macam dalam drama Mak Cun tu haa... anak-anak suka gila cerita Mak Cun tu sampai lagu pun ngikut-ngikut... eh melalut... tapi serius kalau korang pakai banyak-banyak pun dia tak rasa pun tebal dan bertempek... kira macam pakai penyegar atau toner je kat muka lepas kita cuci tu...memang best la... cuba la kalau korang tengah hadapi masalah gatal-gatal atau selalu kena ruam atau tengah alami demam campak...sekurang-kurangnya boleh kurangkan risiko dapat parut akibat menggaru...kalau kena bisul pun aku rasa ok je sapu ni...

dan petua lain untuk hilangkan parut akibat demam campak atau chicken pox tu sapu aje dengan krim vitamin E... tak kisah pun brand atau jenama apa... yang penting ada isi kandungan Vitamin E dalamnya... insyaAllah mesti ok.. tapi kena la istiqamah part yang ni...


p/s tengahari jumaat adalah waktu paling sunyi...

Ceritaita

Baca juga cadangan UBAT BUASIR , cara nak tangani ULSER MULUT BAYI dan UBAT SAKIT GIGI yang mujarab.



Ulasan

  1. wah.. bedak pink air tu bedak lama gila kot.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah eh ada? nape akak baru je tau... huhuhu...

      Padam
  2. akak baru tahu sebab adek dia yang comel kat jeli baru je hebahkan ... hahahaha , 20% tuan penasihattt :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. gulp...hahaha..yg tau lama gila tu pasai dia org kedah...memang la x heran...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat