Hadiah Hari Ibu 2016 - Cerita Ita                                                             Hadiah Hari Ibu 2016 Langkau ke kandungan utama

Hadiah Hari Ibu 2016

assalamualaikum semua,

kan aku ada buat ucapan sempena hari ibu aritu kan? dan semalam hari yang best... dapat hadiah pulak... hadiah hari ibu dari anak yang paling manja tak lain tak bukan abg long la...

nak tau apa hadiahnya yang istimewa sangat tu? haaa ini la dia...


hari ibu malaysia
hadiah hari ibu dari abg long


'sekeping' baju untuk ummi dia... tapi agak pelik pulak bila dia tulis S kat baju tu... aku punyalah fikir apa kaitan huruf S tu... aku memula fikir SUPERMAK tau... terus la terkeluar tagline... Dia di dapur... Dia memasak... Dia la Supermak... eh..hehehe..

lepas tu ada pulak member aku komen kat fb aku katanya mungkin S tu merujuk pada saiz baju... so ko rasa? menyirap tak? hahaha... ini perli suruh kurus ke apa ni?... jika ye... ok aku memang ada azam untuk kurus... eh ye la... malam ni aku cuma mkn kue tiaw goreng je tau... apa tak gigih lagi ke tu?

tapi sebenarnya nak bagitau ini bukan pertama kali abg long bagi hadiah macam ni tau..tahun lepas pun origami jugak tau tapi bentuk rumah...huhuhu... yang aku nak share sebenarnya cerita di sebalik hadiah ni... ada syahdu sikit tau...

masa abg long bagi hadiah tu dia ada la cakap...

abg long : ummi, ni hadiah untuk ummi ni... Selamat Hari Ibu... ummi...

aku : ooooh... terima kasih nak... tapi hari ibu kan semalam...

abg long : ooo... saya dah buat ni hari jumaat lepas ummi tapi tertinggal kat sekolah (ooo... patutlah dia asyik tanya je bila hari ibu....)

aku : alahai terima kasih nak...

abg ngah : selamat hari ibu ummi (suara latar sambil senyum-senyum)

aku : terima kasih nak....

abg long : ummi, tadi ada kad untuk hari ibu jual kat kedai buku...tapi saya takde duit nak beli.. pastu ada yang bentuk buku keras bila kita bukak bunyi lagu tau ummi...

aku : ooo... itu kad ucapan bermuzik tu... ada jugak jual eh?

abg long : ada ummi... RM10 ringgit satu... best ummi... nanti saya nak bawak duit beli la...

aku : hish tak yah la nak membazir je... benda yang kena keluar duit banyak tapi tak berguna sangat tak payah beli la...

abg long : ala ummi best tu kalau beli...

keesokkannya.....

abg long : ummi... tadi ummi lupa bawakkan duit untuk saya beli kad bermuzik tu...

aku : .............

#ehemmm.... nampak tak permainannya di situ? ;)

p/s tadi main boling... esok aku cite eh.... 


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...