Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 2 - Cerita Ita                                                             Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 2 Langkau ke kandungan utama

Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 2

assalamualaikum semua,

meh kita sambung cerita semalam Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 1  yang tertangguh tu... masa sampai sebenarnya kami memang tak la menjangkakan akan menang besar ke apa ke kan ? al maklumlah yang ahli rombongan kami ni tak ramai... sudah la tak ramai yang boleh diharap pun belum tentu lagi boleh bagi harapan untuk menjulang kejuaraan ni...

nampak muka bersemangat nak menjulang kejuaraan di situ?


dan tibalah kami di dalam Zoo Kemaman... kami terus dibawa naik dengan tram khas yang memang ada disediakan untuk pengangkutan semua pengunjung... jangan salah faham sebab kami buat Hari Keluarga kat sini je boleh naik tau... semua orang boleh naik... dan tiada bayaran tambahan pun dikenakan... haaa... menarik kan? naik la berapa kali korang nak naik pun... takde salahnya pun... dan takde pun konduktor yang tukang periksa tiket... so jangan bimbang la kalau anak korang macam anak-anak syurga comel kami yang suka beno ulang-ulang naik tram ni... hahaha...

zoo kemaman
atas tram yang kami ulang-ulang naik... shah cuma nampak sikit je...huhu


pastu bila dah masuk kami terus angkut semua barangan kami ke kawasan yang kami dah tempah awal untuk adakan hari keluarga ni... iaitu di kawasan kolam renang ! yeay ! tapi malangnya hari tu kolam kanak-kanak sedang dalam operasi pembaikpulihan... jadi tak dapat la anak-anak nak berendam dalam tu.... 

nampak tak barang-barang kami pagi tu... ni tak semua ni..


acara kami mulakan dengan ucapan pengerusi... eh aku lupa... hari tu kami memang tak sempat sarapan tau dari rumah... aku pulun masak mihun goreng dan kek marble kekonon nak sambut harijadi abg long dan abg ngah serentak la... inilah juadah yang sempat disediakan...

bihun

marble cake with love.. haha


pastu selepas ucapan pengerusi kami pun mulakan acara dengan makan pagi... alhamdulillah...berebut-rebut ambik makanan ko... hahaha (aku la tu).. lapar sangat dah masa tu... juadah pagi tu meriah... dengan nasi lemak... dengan mihun... dengan puding roti... dengan kuih muih... alhamdulillah... murah rezeki...


walau kolam renang kanak-kanak ditutup... tapi takpe aktiviti kami pada pagi tu sudah cukup untuk buat anak-anak merasa kegembiraan suasana... bermula dengan acara mengisi air dalam botol menggunakan span... tapi maaflah masa ni mak-mak sibuk benar menjadi jurulatih tak bergaji dan si ayah pulak sangat sibuk menjadi pengasuh sementara... makanya tiada gambar yang dapat diletakkan...dan abg long berjaya dapat tempat ke 2 dan abg ngah cuma berjaya dapat tempat ke 4... takpe abg ngah ... tahun depan kita cuba lagi...

dan selepas itu ada acara boling kelapa... hahaha... setelah dikalahkan dalam acara boling sebelum ini dengan rasminya acara bagi boling kelapa perempuan kali ni aku kelaut  jugak... hahaha... memang takde bakat la nampaknya... tapi jangan tak caya shah berjaya dapat tempat ke 3 walau cuma berjaya jatuhkan 1 je pun sama macam aku ok... nampak tak perempuan lebih hebat saingannya di situ... hehehe... dan abg long berjaya dapat tempat ke 2 hari tu tau... dengan jatuhan pin sebanyak 7... huhuhu... malu ummi ayah nak oiii...
ini la acara yang paling meriah... sebab anak-anak tak jemu-jemu membaling... hehehe...



nampak anak yang sibuk memasing tu?


dan acara selepas tu adalah lari berpasangan... masa ni aku hampir menang tau... dah dapat tempat ke 2 dah... sekali 2 pasangan lagi macam pelesit dia punya laju... terus memotong kami ke garisan penamat.... fuh... formula one pun kalah dia pun laju tu... tapi takpe kami teruskan lagi dengan harapan ada ahli yang lain boleh menyumbang kemenangan pulak...

nampak tak aku jauh dipotong itu?


namun kecewa pulak akhirnya bila di acara terakhir iaitu mewarna yang lain terus taknak bertanding... huh... kecewa abis jurulatih pasukan yang tak bertauliah ni... kakak husna je yang nak masuk... tapi boleh pulak masa tu la jugak dia nak ke tandas buang air... adeh... punah harapan... datang balik pulak bila dah hujung-hujung masa... memang takde harapan la jawabnya... 


nak tau pulak yang lain ke mana masa tu? haaaa.... ni haaa jawapan dia....


hadi siap tak nak balik tau... huwaaa...



pastu kami meronda ke sekeliling Zoo Kemaman melihat apa saja haiwan zoo yang ada.... pukul 5 petang baru kami keluar dari zoo dan makan bungkusan.... tak dapat la nak bayang keletihannya... tapi apa nak buat kami memang hantu zoo... tengok je la entri ni dulu...dan ini... eh ada lagi ini... dan ini... dan ini... fuh! nampak tak betapa kami ni memang dilahirkan dalam keluarga pencinta haiwan... hahaha....

dan hasil dari hari keluarga ni... ini saja hadiah yang kami dapat... jangan jeles naaa....



p/s hari ni cuma sempat buat cupcake je untuk sambutan hari guru Pasti... pi la jeling gambar kek tu kat instagram kita...hehehe...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...