Menu mudah untuk Potluck berserta resepi - Cerita Ita                                                             Menu mudah untuk Potluck berserta resepi Langkau ke kandungan utama

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha.... 


MAKSUD POTLOCK


sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya jadilah satu fenomena yang dikenali sebagai POTLUCK!


BUDAYA POTLUCK DI MALAYSIA


di Malaysia sendiri tak terkecuali budaya ni dah mula menular... di mana-mana ada je acara yang dianjurkan berkonsepkan potluck... aku sendiri dan hadir banyak majlis berkonsep potluck ni... antaranya potluck untuk reunion bersama kawan-kawan, potluck untuk berbuka puasa dan yang paling best dan selalu kami buat adalah potluck untuk jamuan hari raya... yang potluck untuk jamuan hari raya ni bukan untuk pejabat je... selalunya bila dah ada anak macam kami ni yang jadi masalah adalah nak fikirkan menu untuk buat potluck bagi jamuan di sekolah anak-anak... 

jadi untuk entri kali ni aku cuba senaraikan semua menu yang terlintas di kepala dan yang selalu dijadikan pilihan untuk semua termasuk ibubapa yang cari sedikit kelainan untuk menu potluck untuk anak-anak... potluck ni biasanya terdiri dari semua jenis makanan... dari makanan utama hingga ke makanan pencuci mulut...


Menu Mudah Untuk Potluck Dengan Resepi


1. Meggi goreng - 

mesti ada yang marah... menu ni masuk nombor satu... jangan marah ok... bebudak confirm la suka menu ni... nak resepi meh rujuk sini... Meggi Goreng ada jugak satu lagi Resepi Meggi Goreng yang sedap ni


Meggi goreng




2. Lontong goreng - 


yang ni pun ada resepi kat Lontong goreng

Lontong goreng




3. Sandwich - 


ini menu paling mudah.. kalau korang letak macam dalam gambar ni je pun pasti abis licin...

sandwich





4. Tuna Baguette - 


yang ni pun cantik... susun comel-comel kan... resepi ada kat Tuna Baguette

tuna baguette




5. Roti John - 


haaa... yang ni ada kelainan kan? simple tapi gerenti sedap... Resipi Roti John


roti john




6. Fried Dumpling - 


kalau bawak ni gerenti tak menyesal.. abis licin.. resepi ada kat Resipi Fried Dumpling

dumpling



7. Kek - 


yang ni memang bebudak suka... banyak jugak aku ada kongsikan resipi kek kat blog Ceritaita ni..

kek cawan



8. Brownies - 


haaa... yang ni lagi sedap dan senang... kalau nak boleh follow yang cara kak Azlita Aziz buat... senang sangat...


9. Bihun Goreng


bihun goreng


10. Pasta Goreng



11. Kuih Muih 

Kuih muih ni paling mudah nak sediakan.. boleh tengok Resepi Donut Mudah dan Gebu ni 


12. Aiskrim malaysia - 


yang ni best...  kalau rajin boleh buat kalau tak boleh beli je... kawan aku ada sorang yang buat.. boleh tengok facebook dia.. Rodzianah Bachok... gambar ni pun aku pinjam dari fb dia... macam best je kan....

aiskrim malaysia



13. Mee goreng - 


nak resepi sedap dan mudah boleh tengok RESEPI MEE GORENG MUDAH

mee goreng

14. Durian crepe


haaa yang ni untuk sesapa yang nakkan kelainan...

durian crepe



15. Pizza - 


menarik jugak ni untuk yang nak menu mudah dan gerenti abis

pizza



16. Buah-buahan 



17. Nugget dan sosej


nugget dan sosej



18. Kerepek



19. Keropok



20. Mee bandung - 


sedap dan special kan? hehehe...


aku cuma dapat senaraikan 20 jenis je la setakat ni... karang korang lapar la pulak jadinya kan? kalau ada permintaan aku akan sambung entri ni ke 20 menu lagi... macamana? hahaha... bertabah la ye... kalau sesiapa yang nak cari menu potluck untuk jamuan raya atau nak pilih menu untuk rumah terbuka raya pulak boleh baca entri ni ye... Menu Popular Rumah Terbuka


p/s dah 2 hari ni ada tetamu yang sangat rajin kat rumah... siap pakej masak-masak dan kemas rumah dia bagi... mana nak dapat kan? hahaha... tenkiu la ye adik tersayang Azza Masturah... mlm ni nak gerak balik johor untuk prosedur abah esok.. tolong doakan abah kami ye semua... terima kasih...






Ulasan

  1. sedap.. sedap..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

    pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Bertambah idea untuk jamuan akhir tahun anak2 nanti. Terima kasih. Good job!
    AzuraAbdul.com

    BalasPadam
  3. Biasanya buah dan kek jadi pilihan. Malas nak serabut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...