Promosi buku hanya RM2 - Cerita Ita                                                             Promosi buku hanya RM2 Langkau ke kandungan utama

Promosi buku hanya RM2

assalamualaikum semua,

aku sebenarnya nak kongsikan sesuatu kat korang ni... aku memang seorang yang suka membaca... sejak dari kecik lagi memang dah ada minat suka membaca... tak kisah la baca apa pun bahan bacaan... bak kata mak dulu... kalau suruh angah menyapu... tetiba jumpa kertas tak kira kertas apa pun bertulis...kerja boleh siap 10 minit jadi 2 jam...hehehe... kan mak? boleh leka tau membaca ni... best...tenang je jiwa... 

klik gambar untuk maklumat lanjut



buku ni rm2 je tau


dan hari ni aku nak kongsikan dengan korang pasal tawaran menarik dari kedai buku online yang aku selalu beli ni... aku suka betul beli dengan kedai buku ni... kedai buku yang aku maksudkan tu ialah kedai buku Kedai Bookcafe ... banyak buku-buku ilmiah yang aku beli dari kedai buku ni... 

klik gambar untuk maklumat lanjut

ada banyak pilihan buku-buku yang ada tau... sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk buku-buku berharga RM2 je... menarik kan? berlangsung pada satu hari je tau... Hari Jumaat ni, 12 Ogos 2016.... haaa...apa lagi cepat la terjah... murah gila ni tak dapat kat tempat lain tau...

dan kalau korang nak tau antara buku best yang ada kat tawaram RM2 ni adalah buku ni...  aku dah beli dah ... dulu paling murah pun cuma dapat RM5 je tau... sekarang ni lagi murah... RM2 je... aduhai...

banyak lagi stok tu...


tengok gambar ni....stok banyak lagi tau... cepat la beli sebelum habis... elok sangat untuk korang bagi pada kawan-kawan, sedara mara yang baru menyambut kelahiran anak kecil... atau untuk ziarah kawan-kawan yang akan menimang cahayamata.... cepat pergi ke web Kedai Bookcafe...

sebenarnya ada banyak lagi tawaran menarik yang ada dalam Bookcafe ni... antaranya...wakaf al-Quran...

klik gambar untuk maklumat lanjut


wakaf buku ilmiah....


klik gambar untuk maklumat lanjut


dan jugak potongan sehingga 50% bagi buku-buku agama yang lain dari masa ke semasa.... 

buku-buku haji dan umrah



ni dah nak abis tau... ramlee awang mursyid di situ... nampak?


dan ada promosi potongan 10 % sepanjang tahun bagi yang mendaftar sebagai ahli....  


klik gambar untuk maklumat lanjut

info ringkas


menarik kan? apa tunggu lagi.... kalau korang rasa susah nak cari klik je banner bookcafe kat belah atas blog ni... terus sampai ke website dia dan bersedia memilih buku pilihan... aku pasti korang akan rasa rambang mata nanti...

ok selamat membaca ye....

p/s audit dah abis sehari... hati dah lega sikit.... fuh....

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...