Kejadian tak dijangka : Kening hilang! - Cerita Ita                                                             Kejadian tak dijangka : Kening hilang! Langkau ke kandungan utama

Kejadian tak dijangka : Kening hilang!

assalamualaikum semua,

baru ni kan aku ada cerita yang kami nak balik kampung di Johor kan...? alhamdulillah... hajat nak balik kampung jumpa mak abah dah tertunai... diselangi beberapa adegan mencuit hati dan jugak perasaan... Doa angah semoga abah mak terus sihat insyaAllah... amin...

Kakak husna @ Nur Syafiah Husna

cerita pasal abah belum dapat keizinan dari tuan punya badan nak cerita... masih tersimpan kemas rapi di dalam dada... tunggu kebenaran baru tulis draf... apapun kali ni bukan nak cerita pasal abah... tapi nak cerita pasal budak perempuan comel di gambar atas tu... ada kisah menarik tau...

kalau sesiapa yang belum kenal lagi siapa budak comel ni... meh aku kenalkan dulu... budak ni namanya Nur Syafiah Husna atau lebih senang kami panggil dia kakak husna... tapi kalau masa dia mengada-ngada nak perhatian tiba-tiba tukar nama jadi adik husna... hehe.. harap bertabah la...

sebelum ni kakak lebih selesa dengan rambut panjang ala princess kata dia... ni sebab banyak tengok cerita Frozen la ni... dan payah betul nak pujuk dia potong rambut pendek.. dan akhirnya hari Khamis lepas kami bawa kakak untuk potong rambut dia.. alhamdulillah dia nak... dan jadi la hasilnya macam gambar kat atas tu... fesyen rambut Dora the Explorer... minat betul dia dengan cerita tu... Dora the Explorer selain Frozen la..



ni sebelum potong rambut
ni gambar dia masa rambut panjang... tapi kisah sebenarnya adalah pada gambar di bawah ni... 

Kakak Husna cukur kening dia!

korang tengok la 2 kening tu... hukhukhuk....


apa reaksi aku masa tengok muka dia mula-mula... ok... ummi rasa nak pengsan nak oiii... kening lawa-lawa dicukurnya pulak... adoi... pitam sekejap.... lepas lama sikit macam kesian pun ada... aku sapu la minyak kelapa dara kat luka kat kening belah kiri yang tercukur teruk tu... lepas tu aku sapu jugak dekat luka kena pisau cukur kat jari dia... dari pengalaman aku memang bagus guna minyak kelapa dara untuk sebarang luka dan kalau melecur kena minyak atau air panas pun bagus guna minyak kelapa dara ni... Minyak kelapa dara 

gambar kat atas tu masa dah malam... kejadian berlaku petang Sabtu baru ni... bila  malam paklang dia ambik gambar elok je senyum... padahal masa petang tu aku ambik gambar muka dia sedih je tau... macam gambar ni...

masa ni aku suruh dia tengok cermin pun dia taknak...sedih je muka.. huhu..


tapi lepas tu asyik la ulang-ulang tanya aku... cantik tak saya ummi? aduhai kakak... apa yang patut ummi jawab?... 

mesti korang tertanya-tanya kenapa dia boleh cukur kening pulak tetiba kan? haaa... ada kisah di sebalik kejadian ni... itu pun puas aku fikir apa sebabnya... jangan kata sebab dia tiru aku eh... memandai je... aku tak pernah seumur hidup pun cukur kening... bukan la jadi cara hidup aku kot... bersolek pun jarang-jarang lagi nak cukur kening?

sebenarnya aku agak dia tengok masa moksu dia kawen bulan 5 tahun ni... aku belum sempat cerita kat blog lagi... masa tu dia ada tengok mak andam solekkan moksu dia... dan aku agak dia nampak mak andam tu cukur kening kot dan dia rasa sangat cantik hasilnya... dan akhirnya hari sabtu tu dia tiru.... huhuhu...

mesti ada yang akan tanya pulak kenapa dah lama baru dia nak tiru kan? haa... sebabnya masa balik cuti 1 Malaysia baru ni dia jumpa moksu dia tu yang dah sekian lama tak jumpa sejak bulan 6 aritu... jadi mungkin la dia terimbau la kenangan masa kenduri tu kot.... apa pun aku agak musykil jugak sebab tak pernah sebelum ni dia main dengan benda-benda pelik macam ni... 

moral dari cerita ni, korang kenalah sentiasa berjaga-jaga dan pantau anak-anak dari buat benda yang bukan-bukan... dan moral selanjutnya... mak bapak jangan la sesekali tidur siang pada waktu yang sama... haha... sekian....


p/s ada satu soalan ni nak tanya korang .... kalau anak baya ni patut tak cerita pasal hukum cukur kening tu ye?

Ulasan

  1. Hadoiii.. Abeh dah keningnya, haha..!

    Pasal hukum tu bole kot cerita kat dia dlm bentuk yg bole dia faham

    BalasPadam
  2. kadang budak ni mudah terpengaruh dengan sekeliling.. dia ingat benda tu tak salah sebab ade orang dewasa yang buat.. boleh kot bagitau hukum dekat dia.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg pun cuma kena fikir alasan lain utk cover kenapa org dewasa boleh buat... huhu...

      Padam
  3. melawa tu mmg ikut perangai moksu yang ni la ... hahaha tapi moksu dulu gunting rambut sendiri je, nak buat gaya gaya amoi .. kedepan kan bahagian depan rambut tu ... pastu kerat atas mata sikit ... masa basah ye memang la cantik terletak ... nah kau bila kering ... beropol rambut aku ! lupa pulak yang kita ni rambut tak berapa macam amoi ! uwaaaaa ada jugak yang ikut jejak langkah aku ! HAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... ntah yang tak elok pulak tu nak diikutnya... aduhai.. pengsan mak ni nak oiii...

      Padam
  4. Hihi....budak baye baye Husna tu mmg tgh suka pegang gunting ke, pegang pisau ke....tak bernasib baik keninglah jadi mangsanya hihi...
    Tak tanya dgn dia ke nape dia cukur tu Ta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat