Cara memasang Alat Penjimat Gas DIY - Cerita Ita                                                             Cara memasang Alat Penjimat Gas DIY Langkau ke kandungan utama

Cara memasang Alat Penjimat Gas DIY

assalamualaikum semua,

maaf la tertangguh je nak kongsikan macamana caranya alat penjimat gas yang murah dipasang.. kalau nak tau alat apa yang aku ceritakan ni meh baca entry ni ALAT PENJIMAT GAS yang ada aku ceritakan sebelum ni..


alat penjimat gas


dan kali ni aku nak kongsikan macamana alat ni nak dipasang.. aku demo guna dapur memasak rumah aku je la ye korang... kalau ada gambaran yang tak sedap di mata korang untuk tengok tu korang abaikan je la ye...

Cara memasang alat jimat gas 

Langkah pertama : 

memula korang kena tengok macamana gambaran dapur aku dan jugak tungku yang ada kat dapur aku ni.. aku dah try kat rumah mak aku yang dapur jenis lain dari yang kaca macam kami guna ni.. tak boleh nak masuk tau alat jimat gas ni.. 



dapur kat rumah mak aku yang jenis macam kat bawah ni... 

sumber dari google


Langkah kedua : 

Korang kena cabut tungku yang ada kat atas tempat membakar atau tempat api keluar tu..

tungku kat bahagian luar dah dicabut


Langkah ketiga : 

korang letak je alat jimat gas tu kat atas alat pembakar tu.. yang aku punya tempat membakar tu ada macam bonjol kat tengah-tengah dia jadi aku cuma letak je la alat tu kat atas bonjol tengah tu.. sedang elok je dia duduk kat situ.. faham tak? kalau tak faham korang tengok gambar kat atas yang tunjuk tempat pembakar tu..

aku dah letak alat tu atas bonjolan tang kat tengah

bagi korang tengok gambar dengan flash.. 


Langkah keempat :

korang letak je balik tungku yang kat luar dia tu... tarra... dah siap.. haha.. dah boleh guna dah pun tau...

letak balik tungku luar tu


Langkah kelima :

mari cuba petik api dan tengok macamana dia berfungsi.. gambar pertama kat bawah ni aku tunjuk masa api kuat.. lepas tu gambar kedua selepasnya aku tunjuk pulak api dah diperlahankan dan alat penjimat gas tu sedang membakar jaringan yang ada pada dia dan mengekalkan bahang kepanasan yang ada..


ni masa api kuat



lepas tu aku dah perlahankan apinya... nampak tak jaringan yang membakar tu?


perasan tak api macam tak rata kat dapur aku ni? haa.. ni la jugak salah satu sebab aku guna alat jimat gas ni.. untuk bagi api tu sekata.. dapur ni dah lama jadi lubang-lubang tu memang dah banyak sumbat.. nak diservis tak terbuat-buat jugak sampai ke hari ni.. jadi dengan adanya alat jimat gas ni takdelah ketara sangat api yang tak sekata tu...

nak tau harga ada aku ceritakan kat entri ni.. Alat Penjimat gas..

Ulasan

  1. menarik nih ...nak carik gak lahhh

    BalasPadam
  2. menarik. baru tau wujud jugak benda camnie. memang boleh jimat gas kat dapur tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya... snagat jimat tau... ni tong gas kami dari bulan 7 aritu tau..

      Padam
  3. Thanks for sharing. I boleh jimat gas dengan cara itu.

    BalasPadam
  4. teruja sangat dgn benda ni tau Ita. semalam saya ronda2 DIY nak cari benda ni tp tak ada pulak kat tempat saya. Kalau tgk kan dapur Ita tu, dah sebijik sejibun, sama dah. Hai...bilalah nak ada kat tmpt saya ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai kesiannya KB.. takut laku sangat kot.. cuba cari kat DIY lain la pulak

      Padam
  5. Salam kenal Ita.....
    Pertama kali ni jumpa alat penjimat gas macam ni....Wujud rupanya ye. Tahan lama ke dawai dawai tu Ita....mcm halus je nampaknya takut lelama dia lobos hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal mak.. ok je.. yg ni kami dah guna dekat 4 bulan tau..

      Padam
  6. Menarik jugalah. Logik akal betullah panas dia lebih dek kerana alat yg dipasang. Kakak nak tengoklah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...