Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan - Cerita Ita                                                             Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan Langkau ke kandungan utama

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

assalamualaikum semua,

sebenarnya banyak sangat cerita yang dah tertangguh nak tulis.. tapi mari kita ceritakan cerita yang baru je berlaku dalam masa terdekat ni ye.. baru-baru ni aku ada hadiri kongres di sebuah resort yang cantik di tepi pantai.. nama resort tu ialah Tok Aman Bali Beach Resort.. cantik betul hotelnya.. pasal kongres tu nanti aku cerita ye.. banyak info menarik jugak mengenai vet..



masa awal-awal tau dpat peluang hadiri kongres ni aku dah mula nak survey tempat nak tinggal bermalam.. biasanya kalau penjawat awam mesti nak cari yang sesuai dengan kelayakan yang dia dapat kan? makanya aku pun survey dulu hotel kat mana kongres tu diadakan.. bila tengok google map... alamak.. macam jauh je dengan hotel lain.. jadinya aku terus buat keputusan call je la Tok Aman Bali Beach Resort tu sendiri untuk tanya harga bagi semalam di situ..


memula aku tengok dulu website diorang dan aku tengok ada tulis kat situ harga satu malam RM298 untuk bilik Deluxe... dan kemudiannya aku buat keputusan nak call untuk tau kot-kot hotel ada sediakan harga special untuk penjawat awam atau badan koprat... mana la tau rezeki kan? tapi call tak dapat, ok takpe la petang karang boleh call balik.. dan bila dah petang tu aku call dan alhamdulillah kali ni dapat bercakap dengan orang hotel dan tanya harga bilik semalam... dan staff hotel beritau aku harga bilik Deluxe Room bagi walk in ialah RM239 pada hari Ahad hingga Khamis.. dan pada hari Jumaat dan Sabtu harganya menjadi RM298.. ooo baru aku sedar yang negeri Kelantan dan Terengganu cutinya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu... hehe.. mujur tak tanya... oh lupa ada pilihan bilik yang lain jugak kalau korang bawak family tau.. ada Deluxe Triple, Family room dengan suite.. jadi boleh je pilih yang mana menepati bajet.. 

disebabkan aku akan pegi dengan seorang lagi kawan sekerja dari kuantan ni... makanya aku kata dengan staff tu  nanti aku confirmkan semula... bila tanya dengan kawan sekerja aku tu pun dia kata ok.. dan kami berkongsi untuk bayar bilik yang sama... alhamdulillah.. selesai urusan.. jadi aku cuma call semula dan pastikan booking dibuat untuk sebuah bilik deluxe di Tok Aman Bali Beach Resort.. 

penulis mestilah nak tunjuk muka ye tak? senyum....

Tok Aman Bali Beach Resort


meh aku ceritakan kemudahan serta gambar yang mana aku sempat tangkap sepanjang menginap semalaman di resort ni.. ada gambar adalah sumbangan dari kawan sekerja aku jugak.. 

gambar ni dari website dia

gambar bilik dia sepatutnya rupa macam ni la kalau korang masuk tu... memang cantik tau view dia... tapi disebabkan aku lupa nak ambik gambar pasal jadual kongres tu padat makanya aku cuma ambik gambar setelah bilik tu dah berantakan ... hahaha.. harap bertabah je la korang melihat ye..

berantakan.. haha

ni pulak permandangan dekat lobi hotel.. kemas jugak cuma aku tak berapa berkenan bila takde kerusi untuk orang yang menunggu proses untuk check in dan check out tu.. bukan la takde cuma agak jauh pada aku... nun jauh di sudut sana.. bila dah duduk kat kerusi dan nampak pelanggan dan selesai tapi bila korang je kaunter orang dah sempat caras dulu tempat tu... hahah.. bosan gila tau.. aku la yang kena tu.. bila elok je sampai turn aku orang lain pulak potong line.... menyampah...





tempat menunggu nun kat hujung sana tu.. 


untuk proses check in dia biasa-biasa je la pada aku tak cepat dan tak lambat jugak... untuk orang yang walk in tapi dah book melalui telefon macam aku laju jugak la.. dan untuk proses check out sangat la laju.. haha.. ok untuk bilik dia .. konsep resort ni ada banyak blok dan cuma ada 2 tingkat untuk setiap blok.. masa aku gi tu memang penuh sebab orang kongres ramai jadinya peluang nak pilih bilik tu tipis la.. tapi alhamdulillah diberi bilik yang pemandangannya sangat cantik.. nanti aku share...aku tunjuk bilik seminar dia dulu la.. pasal ni yang aku jumpa dulu..

cantik kan?


apa yang aku tau ada bilik di sebelah bawah ada tandas yang istimewa sikit... ada pemegang kat tandas macam yang biasa kita tengok untuk tandas orang OKU tu.. mungkin persediaan untuk orang istimewa atau warga emas yang tak daya naik tangga kot kan.. bagus ni.. jarang ada hotel nak sedia kemudahan gini..

bayaran untuk bilik tu termasuk sarapan pagi kat cafe dia.. cafe yang kat bawah ni.. tapi aku tak makan kat situ pun sebab rupanya kongres tu ada sediakan sarapan pagi untuk semua peserta.. rugi kalau tau aku suh dia tolak sesiap duit sarapan..

cafe


dan kami makan kat cafe bawah ni untuk sarapan pagi, dan makan tengahari... makan malam cari sendiri kat luar... pada aku kualiti makanan dia ok la .. tak la gah sangat tapi kategori boleh makan.. aku pernah pun pergi kat hotel area ipoh yang kualiti makanan lagi teruk... macam makanan asrama tau.. kesian betul hotel tu... eh salah kesian betul kami masa tu... tapi yang bestnya cafe ni ialah korang boleh makan menghadap air tau... macam permandangan dari bilik kat atas tu.. best gila!


alamak tempat telur ni je ada dalam kamera.. haha

mujur tempat roti ni ada jugak

dan akhirnya... asyik-asyik nak selfie

dan jugak lokasi dia betul-betul menghadap ke pantai tau.. memang best... masa banjir tahun 2014 dulu diorang kata hotel ni kena banjir jugak.. mungkin sebab kedudukan dia yang agak rendah dari pantai kot... pastu sebelah sana tu pulak ada sungai tau.. cantik... meh aku tunjuk korang gambar dari bilik kami... bilik kami yang hujung sekali dekat blok tengah.. jadinya tingkap dia ada 2 yang boleh intai sungai dari bilik.. best gila kalau datang untuk berehat dan berbulan madu kat sini...


ni dari bilik air tau... boleh tengok pasangan tengah mandi.. #eh

haa.. nampak yang putih tepi bathtub tu? yang tu la boleh singkap
ni aku singkap dah 

nampak tak langsir coklat kat atas tu... aku singkap ada tingkap yang nampak luar macam ni

ni kat balkoni luar... tenang je kan?


permandangan dari balkoni

pantai kat depan tu je.. tapi bukan private beach


tapi apa yang menarik sekali kat resort ni ialah kolam renang dia..


ni aku ambik dari luar bilik seminar dia

korang perasan tak ada tangga yang agak tinggi kat belakang area kolam tu? aku baca dia tulis menara tinjau... aku rasa boleh nampak laut kot kalau korang tinjau dari situ...mesti lagi cantik... tapi disebabkan aku ni dan masuk dalam species berat kaki maka tak daya makcik nak memanjat tangga bebanyak tu... semput ko...


gambar ni dari web dia dan aku rasa diambil dari menara tinjau dia


ada banyak lagi kemudahan yang disediakan tau... ada taman herba dengan buaian yang cantik macam kat bawah ni...

nampak tak buai cantik belakang tu? (ann..aku dah tepek gambo ko.. hihi)


tapi aku cuma berani gambar tepi buai je... risau kalau tetiba aku duduk buaian tu tak dapat menampung berat aku ni je... haha...

ada jugak disediakan gym untuk mereka yang suka bersenam.. tapi untuk perempuan macam segan kot sebab gym ni duduk kat laluan orang jalan kaki ke bilik... risau jugak kalau orang perempuan yang bersenam dalam gym ni mau ada yang tak sampai-sampai ke bilik kang...hehe..

gambar dari web jugak


ada jugak disediakan bilik untuk sesiapa yang perlukan suasana pejabat ketika bercuti dan dilengkapi kemudah wifi internet sekali tau.. tapi malangnya aku tak boleh nak kongsi pengalaman gunakan internet sebab aku cuba masuk beberapa kali tapi tak berjaya.. sudahnya guna data kat hp je la...



tapi ada sesuatu yang aku lupa nak buat tau... lupa nak ambik gambar taman di belakang kolam renang resort ni... cantik gila tau... kalau buat wedding kat sini ala-ala garden wedding tu pun aku rasa sesuai sangat la.. dengan lampu dia.. peh.. rugi tak ambik gambar.. mesti nak tanya apasal aku tak ambik? sebabnya hp aku dah abis bateri daa.. gambar kat atas yang dari menara tinjau tu ada tunjuk taman yang ada lampu bulat keliling tu.. cuma takde la gambra waktu malam yang aku kata cantik tu...

salah satu sebab lagi aku tak sempat ambik gambar sekeliling ialah aku sangat letih menapak ke sekitar Pasar Wakaf Che Yeh sebelumnya tu.. hehe.. yang tu aku cerita kemudian ye.. sekarang ni berazam nak bawak family datang sini semula la..








Ulasan

  1. Cantik juga tempat ni... InsyaAllah suatu masa nanti boleh datang :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...