4 Koleksi Wangian Memikat Syahirah Vitalis Eau De Cologne - Cerita Ita                                                             4 Koleksi Wangian Memikat Syahirah Vitalis Eau De Cologne Langkau ke kandungan utama

4 Koleksi Wangian Memikat Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Assalamualaikum semua,

tengahari ni aku nak kongsikan pasal wangian baru keluaran Syahirah yang aku dah cuba.. Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. tak tipu sebab aku dah cuba.. 



Syahirah Vitalis Eau De Cologne



Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.






Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan memberi kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesama individu menerusi kuasa harumannya.





Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona meraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:









1. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.






2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.






3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.






4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara sosial ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasi hanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.




Ulasan

  1. tak sabar nya nak testing jugak perfume Syahirah nih..:3

    BalasPadam
  2. Botolnya cantik:)
    Kakak tak pernah lagi mencubanya.
    Menarik juga nampaknya.

    BalasPadam
  3. Sedap ke baunya Ita? Suka jugak dengan minyak wangi ni. Tp kat rumah ni dah ada. Adalah dlm 2-3 jenis...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...