Apa adik beradik ni tengah buat? - Cerita Ita                                                             Apa adik beradik ni tengah buat? Langkau ke kandungan utama

Apa adik beradik ni tengah buat?

assalamualaikum semua, pagi tadi aku ada upload gambar di facebook.. dan kemudiannya aku tanya sesiapa yang tau apa yang tengah adik hadi dan abg ngah buat pada masa tu.. saja je la nak bagi teka teki kot-kot orang tau jawab kan..gambarnya macam kat bawah ni...


Apa adik beradik ni tengah buat? 




tak sangka ramai yang hebat.. kebanyakan tekaan betul tau.. dan kali ni aku nak tanya pulak pembaca blog Cerita Ita ni pulak.. rasanya dua beradik kat atas tu tengah buat apa agaknya.. dan apa yang ditengoknya?

korang cuba teka dulu.. kemudian aku bagi jawapan boleh?...





hahaha.. ok aku malas tunggu dan aku bagi jelah jawapan sekali la kat sini.. gambar kat bawah ni akan menjawab persoalan kat atas tu..





yaa... diorang tengah bagi kucing makan.. ni antara hobi anak-anak kalau ada kucing kat area kedai makan.. memang kegemaran anak-anak la kiranya ni tapi biasanya aku akan bagi perlepasan kat anak-anak ikut pada kedai jugak..

sebab ada kedai yang tak bape suka orang bagi makan pada kucing-kucing yang datang-datang macam ni kan.. ada yang anggap bila sorang mula bagi makan kucing tu akan datang dan mintak makan kat orang lain pulak..

memang tak nafikan la.. tu sebabnya aku tengok kedai jugak baru bagi kebenaran.. biasanya aku bagi kat tepi-tepi jauh dari kedai sikit.. supaya diorang tak ganggu operasi kedai tu di lain masa kan .. sebenarnya hobi macam ni bagus jugak untuk galakkan anak berkongsi rezeki yang ada..

lokasi di atas kat kedai mamak Farouk Maju kat Pekan.. masa anak-anak bagi tokey kedai tu ok je takde pun bising-bising atau tengok-tengok... tapi perasan tak kucing memang banyak kat memana kedai mamak? aku rasa sebab diorang memang tak kisah kot pelanggan bagi makan agaknya ek?

korang pulak macamana? ada kegemaran sama macam kami tak? atau korang kategori tak suka orang bagi kucing makan? meh la share korang kategori mana?

Ulasan

  1. Ada baiknya bagi kucing makan. Nanti doa untuk kita juga. Cuma betullah, sepah dan kotor lantai kedai. Marah tuan punya.

    BalasPadam
  2. suak gak bgi makanan kt kucing . kdang kalau kt tmpt keje tu .. tau je timing kita makan.. kucing datang lalu pintu belakang . kalau tkde makanan.. bg air minum pun dah ok kucing tu .

    BalasPadam
  3. hehe bagus la kecik2 dah jadi penderma ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...