Dorothy Perkins Malaysia Di Zalora Malaysia! - Cerita Ita                                                             Dorothy Perkins Malaysia Di Zalora Malaysia! Langkau ke kandungan utama

Dorothy Perkins Malaysia Di Zalora Malaysia!

assalamualaikum semua,

hari nak kongsikan pasal fesyen... hahaha.. ada yang terkejut ke ? alahai.. jangan la buat terkejut gitu.. walaupun aku ni tak berfesyen sangat tapi ambik tau la jugak kalau setakat fesyen-fesyen terkini yang orang-orang dok sibuk sana sini.. cuma tak sanggup nak pakai je kadang-kadang tu.. huhuhu..


Dorothy Perkins


Mencari jenama terbaik yang menawarkan seleksi produk paling menarik boleh menjadi satu proses yang cukup memenatkan. Malah bagi aku sendiri ianya memerlukan tenaga dan masa yang cukup banyak untuk dilakukan. Walaupun aku agak terkebelakang sikit dari fesyen tapi biasanya nak cari baju yang sesuai serta yang kena dengan jiwa pun mau makan berejam tau.. Namun pencarian jenama fesyen yang terbaik itu mungkin sudah boleh dihentikan kerana hari ini aku nak memperkenalkan kepada korang untuk jenama fesyen yang baru aku jumpai dan cukup minati iaitu Dorothy Perkins!  Jadi, mari aku kongsikan dengan korang sedikit sebanyak tentang Dorothy Perkins. 

Established nearly 90 years ago, Dorothy Perkins Malaysia has had fantastic moments in the fashion industry with tons of great achievements, I must say. Over the years they have managed to successfully gain popularity among their customers even until today. How cool is that? Now this brand has almost 600 stores in the United Kingdom alone, and more than 50 outlets around the globe.

Apakah yang membuatkan jenama ini cukup berjaya? Apakah yang menjadi kunci kepada segala kejayaan yang dikecapinya selama ini? Jawapannya mungkin terletak pada koleksi fesyennya yang cukup indah terdiri daripada pakaian, kasut dan aksesori. Dorothy Perkins Malaysia menawarkan barangan fesyen yang berpatutan harganya untuk wanita gayakan tidak mengira umur. Apa yang lebih menarik ialah ia mereka koleksinya berdasarkan trend fesyen terkini yang sedang popular dan konsepnya merangkumi elemen elegan, feminin dan funky.

mari kita tengok sikit pilihan yang ada ditawarkan oleh Dorothy Perkins Malaysia ni.. korang tengok la pilihan blause yang ada kat bawah ni.. berpinar mata aku bila tengok.. nampak sweet dan feminin kan? suka betul warna yang last sekali tu..

 





untuk yang sukakan corak-corak yang agak retro dan berani boleh cuba gayakan baju-baju macam kat bawah ni... aku suka sangat yang plain tu.. sweet sangat.. lebih best sebab dia ada butang dan boleh digunakan oleh ibu menyusu jugak.. cantik kan kalau si ibu-ibu pakai...






bukan tu aje tau.. ada jugak seluar yang cantik dan sesuai nak dipadankan dengan baju-baju kat atas ni... korang boleh je pilih nak jeans ke.. palazo ke.. janji rasa selesa la..




dan ada jugak pilihan aksesori lain macam beg, kasut dan scarf jugak tau.. molek je semuanya.. janji korang pandai la sesuaikan.. 








macamana? cantik-cantik kan? kalau korang berminat boleh klik kat link aku bagi kat atas tu.. dan pilih la ikut minat korang masing-masing... yang pastinya pastikan kemampuan korang dulu tau.. selamat bershopping!

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...