Kaedah Berkhatan untuk lelaki - Cerita Ita                                                             Kaedah Berkhatan untuk lelaki Langkau ke kandungan utama

Kaedah Berkhatan untuk lelaki

assalamualaikum semua,

sejak kelmarin dalam group whatsapp mak-mak sibuk cerita pasal bersunat atau berkhatan untuk anak-anak lelaki.. maklum la cuti sekolah dah dekat ni kan... buat mak-mak yang ada anak lelaki macam aku ni memang la isu berkhatan ni penting.. isu yang agak mengerunkan jugak ni... sebab isu ni selalu melibatkan nyawa anak-anak lelaki kan? mak-mak kan... kalau tak risaukan keselamatan anak-anak dan suami nak risaukan apa lagi..

ini peta menunjukkan peratusan lelaki yang berkhatan seluruh dunia oleh WHO.. sumber dari WIKI


disebabkan perbincangan menjurus kepada apa kaedah berkhatan yang terbaik dan selamat untuk guna makanya aku pun buat la sedikit bacaan.. penting jugak ni.. untuk faham betul-betul mana kaedah yang terbaik sebenarnya.. dan yang paling penting kaedah yang paling kurang risiko dan senang dijaga.. haa.. part senang dijaga ni lagilah penting untuk mak-mak yang bakal jadi misi nanti..

berkhatan ni nampaknya dah beri kesedaran pada semua orang tak kira agama.. buktinya pada gambar peta peratusan berkhatan di dunia yang aku tunjuk kat atas tu.. yang warna biru pekat tu menunjukkan lebih 90% populasi lelakinya telah bersunat atau berkhatan dan diikuti oleh warna biru yang tak berapa gelap.. yang warna merah tu peratusan yang paling sedikit.. lagi pekat merahnya lagi sedikit peratusannya.. dan yang warna biru gelap tu kebanyakkannya adalah negara Islam..

dan disebabkan oleh penambahan permintaan untuk berkhatan ni wujudnya jugak cara yang direka untuk memudahkan proses untuk berkhatan bagi lelaki ni.. dan aku pun teruslah mencari sumber pembacaan yang sahih untuk tau lebih lanjut..

gambaran berkhatan


kenapa nak tau lanjut? haa.. mesti korang sibuk je nak tau kan? pasalnya ialah.. dalam group whatsapp tu sibuk la cerita pasal kebaikan dan keburukan setiap kaedah mengikut pengalaman masing-masing.. yang mana akhirnya menerbitkan rasa seriau buat mak macam aku yang ada 3 anak lelaki.. huhuhu.. terus terfikir apasal la aku tak sunatkan je diorang masa dalam pantang dulu ek...

itu cerita dah lepas.. sekarang ni kena cerita yang masa depan.. dipendekkan cerita setelah aku menjelajah google aku pun terserempak la dengan blog Dr Azwan ni.. alhamdulillah Dr Azwan menerangkan dengan jelas setiap kaedah yang ada sebagai pilihan untuk berkhatan...

Kaedah Berkhatan untuk lelaki


menurut beliau dari blognya.. terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk berkhatan ni.. iaitu kaedah konvensional dan jugak kaedah terkini..

Kaedah konvensional

bagi kaedah konvensional ni ada pelbagai cara jugak.. ada yang menggunakan pisau atau blade untuk memotong dan kemudiannya pendarahan diberhentikan dengan kaedah mengikat menggunakan benang.. kaedah ini dikatakan lebih selamat kerana salur darah pasti tertutup dengan menggunakan benang...


cautery - sumber google



dan sekarang ni kaedah konvensional telah diinovasikan dengan menggunakan satu alat yang dipanggil cautery.. kebanyakkan dari kita memanggil alat ini laser tapi sebenarnya ianya bukanlah laser.. tapi ianya merupakan satu alat yang menggunakan bateri atau elektik yang berfungsi memotong lebihan kulit dan kemudiannya membakar saluran darah.. ianya menjadikan proses berkhatan kurang pendarahannya.. tetapi dikatakan oleh Dr Azwan lagi proses berkhatan melalui kaedah cautery ni lebih memakan masa..

cautery - sumber google

dan kerana itu jugak meurut beliau lagi, ramai doktor yang menggunakan kaedah konvensional dengan memotong menggunakan pisau dan kemudiannya membakar salur darah menggunakan cautery.. dan kemudiannya menjahit kulit.. proses ini akan mempercepatkan proses berkhatan..

Kaedah terkini

clamp - sumber google


kaedah terkini yang dimaksudkan ialah kaedah klamp (clamp).. kaedah ini prosesnya agak cepat dan mengurangkan risiko pendarahan semasa proses berkhatan tanpa menggunakan jahitan.. tapi berdasarkan  Dr Azwan sendiri ada ramai doktor yang tidak berapa menyukai kaedah klamp ini.. terutama bila melibatkan prosedur menanggalkan klamp selepas seminggu berkhatan atau bersunat.. adakala pesakit akan mengalami sakit yang sama seperti ketika mereka bersunat dan kadangkala akan berlaku pendarahan semula.. juga ada kemungkinan berlaku jangkitan dalam kaedah klamp yang menyebabkan luka lambat sembuh...

jadi sekarang ni aku tengah berkira-kira cara mana yang terbaik dan jugak kos yang diperlukan... cadangnya aritu nak sunatkan abg long cuti sekolah ni.. kononnya nak join majlis khatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh komuniti setempat ke kan... tapi bila dia beria-ia kata taknak.. dan shah pun kata takpelah.. jadinya tunggu la sampai dia bersedia dulu.. bersaing dengan abg ngah ke nanti kan....

Ulasan

  1. TQ sharing info ni..memang bermanfaat, sy pun nak tunggu masa nak khatankan anak lelaki sy tu.. boleh lah rujuk sni nti... cuti sekolah mesti byk orang buat majlis khatan ni kan...

    BalasPadam
  2. adoih.. apsal kite plak rasa ngilu.. hahahaha~ thanx tau.. memang tengah study sikit2 pasal khatan nih.. anak bujang nak masuk 7 tahun.. nak carik klinik..

    BalasPadam
  3. Ngilu pulak bila baca entri nie.. btw, sekarang nie dah canggih, berkhatan pun tak sakit cam dulu lagi

    BalasPadam
  4. erkkk tetiba pulak rasa ngilu hahaha. sakitnya tuhh disiniii x'D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat