Kemalangan kecil menimpa.. - Cerita Ita                                                             Kemalangan kecil menimpa.. Langkau ke kandungan utama

Kemalangan kecil menimpa..

assalamualaikum semua,

dari minggu lepas aku dah jadualkan semua perjalanan aku untuk minggu ni.. terutama untuk menghadiri kursus Aset Tak Alih di ibupejabat Putrajaya.. tapi apakan daya.. benarlah manusia hanya mampu merancang.. Allah jua la sebaik-baik perlaksana.. satu kemalangan kecil menimpa abg ngah tengahari semalam..

muka sedih je.. aku tampal handyplast tu supaya dia diam..


panik sekejap aku semalam.. sebenarnya sebelum tu anak-anak sibuk bermain.. aku pun ada sekali.. permainan kreatif sebenarnya.. sekali sekala luangkan masa dengan anak-anak.. nanti la aku ceritakan apa permainannya.. lepas tu aku pun dah pesan dengan anak-anak.. dah azan zohor ni.. berhenti bermain dulu la.. syaitan memang suka sangat orang yang bergurau senda waktu-waktu gini.. 

selepas aku berpesan gitu.. aku ke dapur.. kononnya nak siapkan makanan tengahari la.. sebabnya pagi semalam aku dah siapkan sarapan jemput-jemput nasi.. biasanya kalau sarap jemput-jemput ni anak-anak akan kenyang lama sikit.. jadinya aku biasa akan lambat masak untuk tengahari.. 

dan tak lama pun aku kat dapur sebenarnya.. aku basuh beras.. tanak nasi dalam periuk.. masa ni masih dengar anak-anak riuh rendah bermain di ruang tamu... lepastu keluarkan ikan cencaru letak dalam sinki.. kononnya nak buat ikan bakar la tengahari tu.. ada sayur sawi putih sikit dalam peti dengan tauhu sekeping.. dah berangan la konon nak goreng je sawi tu dengan tauhu.. rencahnya aku nak letakkan lobak masin sikit dihiris-hiris.. kalau anak-anak makan pedas nak jugak ditambah cili padi hiris kasar tapi disebabkan bebudak tak makan pedas jadi aku batalkan niat nak tambah cili tu.. kalau terasa nak pedas kang boleh tambah sambal belacan je la..

sedang aku rendam ikan dan memikir apa nak dimasak tu la tragedi terjadi... aku tetiba terdengar abh ngah meraung sekuat hati.. bergegas aku ke ruang tamu nak tengok apa terjadi.. masa ni aku tengok abg ngah dah terkinja-kinja sambil meraung kesakitan kat tengah ruang tamu yang bersepah dengan segala selimut dan alat permainan anak-anak... dan lepas tu nampak abg ngah tunjuk mata dia dengan abg long tanya ada darah ke tak?

aku nampak abg long geleng.. agak panik jugak aku.. kenapa dengan mata abg ngah? lepas tu dia tutup mata kiri dia semula dengan tapak tangan dan menjerit lagi.. "aduh... aduh.. sakitnya..." berulang-ulang... kelam kabut aku dapatkan abg ngah dan bertanya dengan abg long apa yang terjadi sebenarnya... 


aku : kenapa dengan abg ngah ni abg long ? 
abg long : kitorang tengah bermain ummi, tiba-tiba abg ngah dengan kakak husna pergi bermain kat buai adik.. dia lompat macam ni.. (sambil abg long tunjuk demo dengan kaki sebelah dalam kain buai adik ) lepas tu buai tu terkena mata dia..
aku : Allah.. berapa kali dah ummi pesan jangan bermain dengan buai adik.. kena yang bahagian mana abg long?
abg long : kat sini ummi ... (tunjuk bahagian yang cangkuk tajam tu)


aku dah luluh hati masa ni... lagi pulak tengok abg ngah menangis tak berhenti... aku terus suruh abg ngah berhenti menangis untuk tengok kecederaan mata dia.. risau kalau-kalau serius pulak.. aku check bahagian bola mata dia dulu.. tengok ok je.. takde kecederaaan .. pastu aku check pulak bahagian kelopak mata dia.. ada kemerahan.. macam ada tanda koyakan.. tapi aku tak pasti la.. sebab takde darah nampak pun keluar.. lagipun sebab check laju-laju kan... dengan abg ngah mengelupur macam apa lagi..

aku terus mesej shah suruh balik.. masa tu kebetulan shah takde rumah dia pegi bandar... kelam kabut agaknya dia memandu balik.. dia sampai rumah... kami bersiap solat zohor semua.. pastu hantar abg ngah gi klinik.. selesai semua dalam pukul 3 lebih.. abg ngah masa ni dah ok dah.. takde meraung dan menangis lagi..

sebenarnya sebelum gi klinik lagi aku dah suruh dia berenti nangis.. aku kata kalau dia tak berenti nangis luka dia akan jadi lagi teruk sebab airmata dia tu.. dan alhamdulillah dia faham.. lepas doktor check dan sahkan memang takde apa koyakan yang berlaku hati aku jadi lega sikit.. doktor bagi ubat surutkan bengkak je.. alhamdulillah syukur...

dan malam tadi badan dia ada dedar jugak.. macam nak demam.. terkejut agaknya... aku dah tuamkan area mata yang lebam tu... nampak macam surut sikit pagi ni.. dan pagi ni dia pulak mintak aku tuamkan macam malam tadi.. selesa katanya.. abg ngah.. abg ngah...alahai anak.. turutkan jugaklah kehendak orang sakit...

masih bengkak dan bertaik mata lagi.. kesian pulak tengok gambar ni..


dan pagi ni aku bagitau tak payah pegi sekolah sebab matanya masih bengkak.. risau jugak kalau tetiba demam dia naik balik.. tapi seboleh-boleh nak jugak pegi sekolah sebab ada latihan untuk graduasi dia Ahad ni.. siap cakap lagi...

ummi jangan risau.. nanti saya bagitau dengan cikgu.. mata saya besar sikit sebab kena buai semalam tapi saya ok !

alahai anak... kuatnya semangatmu...

terima kasih buat semua kawan-kawan dan keluarga yang risaukan dan doakan untuk abg ngah.. alhamdulillah abg ngah ok.. dan harapnya benda ni boleh jadi pengajaran la buat abg ngah.. bagi dia ingat kenapa sesuatu perkara tu ummi larang dia dan adik beradik buat.. mencabarnya jaga anak-anak amanah Allah ni...


Ulasan

  1. Alahaiii kesiannya abg
    Nasib tk serius sangst kan
    Itulah kdg2 benda tk terjangkau dek akal boleh berlaku

    BalasPadam
  2. ADOYAIII.. AKAK PULAK YG TERASA2 KENA BESI BUAI KAT MATA NI, HUHU.
    SEMOGA CEPAT SEMBUH aBG NGAH

    BalasPadam
  3. Subhanallah... itulah kan kalau nak terjadi sekelip mata tanpa kita duga
    Tapi bila yg kena anak hati kita luluh dan bimbangnya lain macam

    Moga abg ngah kuat ye sayang..
    Semangat nak graduation tu ada dlm diri. Bagus.

    BalasPadam
  4. kadang budak-budak ni kalau main ganas jugak . tapi sekali kena next time tk buat dah .. akan ingt sampai bebila

    BalasPadam
  5. allah sedihnya......mujur tak seruis......air mata masih mengalir lagi tu yang buat sedihhh....semoga lekas sihat yer abg ngah....gi mintak umi apa2 sementara sedang disayangi......kfc ker pizza ker kann.......

    ehehehe gurau jer....semoga ita pun kuat dan sabar melayan karenah anak......insyallah ada hikmahnya tu.....

    BalasPadam
  6. Hakak baca pun ngeri Ta.... seriau mengenangkan buai yg tajam tu. Masuk mata pulak tu. Adehhhh... Nasiblah tak kena kat mata....Tapi biasalah budak budak ni, kalau main mmg tak menghingat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...