Sukan Tahunan PASTI - Cerita Ita                                                             Sukan Tahunan PASTI Langkau ke kandungan utama

Sukan Tahunan PASTI

assalamualaikum semua,

abg ngah dan kakak husna masih di sekolah PASTI tahun ni.. dan aritu ada sukan di sekolah PASTI anak-anak.. seronok anak-anak..syukur alhamdulillah.. takde yang lebih mengembirakan bila tengok anak-anak gembira.. ada jugak sebelum ni kisah lawatan anak-anak PASTI ke Bomba.. banyak betul kisah pengalaman ceria yang dikumpulkan di sini..

Temasya Sukan PASTI ILMI


pada tahun ni pihak pengurusan PASTI dah mengaturkan akan menganjurkan acara sukan tahunan dan berserta dengan hari keluarga bagi semua tenaga kerja PASTI bersama ibubapa dan anak-anak asuhan PASTI.. dan kali ni merupakan kali pertama acara ni dianjurkan sejak penubuhan PASTI ni pada tahun 2014.. dan nampaknya segalanya berjalan lancar dan semua orang berpuashati dengan kelancaran majlis..

Acara dimulakan dengan perbarisan anak-anak dari pintu masuk padang.. kali ni pihak PASTI memilih Kempville sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti sukan ni.. memang sangat sesuai tau.. kami pun pernah dulu buat Hari Keluarga atau Family Day di Kempville Resort Kempadang ni.. tempatnya yang luas dan agak private kerana tersorok sikit memang jadikan ianya sangat sesuai terutama untuk aktiviti yang melibatkan anak-anak kecik yang ramai macam ni.. lainkali la aku flashback kunjungan kami ke Kempville dulu.. baru perasan tak tulis lagi entri tu.. update.. dah tulis rupanya.. kat sini.. haha

perbarisan anak-anak dan nyanyian.. 

nampak tak budak perempuan kecik yang tengah mendepa tangannya kat tengah-tengah tu? haa.. tu la si comel kakak husna.. ada 2 orang yang namanya husna kat sekolah dia ni.. dan orang akan panggil dia husna kecik.. dulu-dulu kaka kecik hati sebab dia rasa macam orang ejek-ejek dia.. terutama bila budak-budak lelaki siap nyanyi.. "husna kecik dah sampai...husna kecik dah sampai" nada nyanyi pulak macam nyanyian dalam cerita Sarjan Hassan arahan P. Ramlee tu.. "hassan penakut.. hassan penakut.." .. tapi tu sekejap je dulu.. lepas aku motivasi dia dengan kata-kata "kakak bukannya kecik tapi comel.. dan diorang sebenarnya semua jeles dengan kakak sebab kakak comel... dan kalau diorang masih ejek kakak.. kakak lawan balik... kakak cakap la saya tak kecik tapi saya comel!"... hahaha.. hebat tak aku jadi kaunselor budak-budak ?

ok kita dah melalut... mari sambung kisah sukan... banyak sangat acara hari tu yang dipertandingkan.. sampai dah tak terakam gambarnya setiap satu.. ada acara bawa bola dalam sudu, bawa bola dengan gelung, lari ikat kaki berganding, tiup belon, dan macam-macam lagi la.. masa diorang bermain ni aku terfikir satu je.. gigih betul cikgu latih budak umur 4, 5 dan 6 tahun ni.. macam-macam gelagat masa bertanding ni.. lagikan pulak masa berlatih kan... hahaha.. tak terbayang...


suasana bersukaneka


dan alhamdulillah nampaknya kakak husna dan abg ngah berbakat jugak dalam bersukan ni.. masing-masing berjaya mendapat tempat dalam acara yang mereka masuk.. kalau dikira hadiah dapat jugak seorang 3 buah hadiah setiap satu.. ada yang menang tempat pertama dan kedua jugak.. syukur.. ceria betul anak-anak... yang lebih kelakarnya bila dia sendiri tak tau bila dia dah menang.. hahaha.. terpaksa pulak cikgu yang beritahu yang kita dah menang!

rugi jugak tak sempat ambik video rakaman untuk sukan ni.. antara salah satu sebab aku tak dapat nak fokus ambik gambar adalah sebab di bawah ni haa.. di Kempville ni ada jugak haiwan belaan tuan punya resort.. antaranya kuda macam kat bawah ni... dan korang cam tak sapa budak yang baju oren dalam gambar tu ?

hadi sibuk nak main kuda

siapa lagi kalau bukan adik hadi... penat tau aku mengukur keluasan padang ni dengan mengejar adik hadi di segenap penjuru.. tapi nape la ummi awak ni tetap payah nak kurus nak oiii... #eh tetiba.. adik hadi langsung tak takut dengan kuda tu pun tau.. seboleh-boleh dikejarnya nak pegang kepala kuda tu.. aduhai anak.. jadi Vet je la dah besar esok.. boleh la pegang selalu... hihi...



tak takut langsung dengan kuda

dan salah satu puncanya lagi yang kami tak berapa fokus ialah bila kami sama-sama terlibat dalam aktiviti jualan di gerai jualan yang disediakan oleh pihak PASTI... dan alhamdulillah sambutannya agak menggalakkan.. kami jual susu segar , gctea dan jugak roti yang dibuat secara tiba-tiba sehari sebelumnya.. mulanya nak jual pau gebu tapi akhirnya bertukar kepada roti yang lebih mudah diuruskan.. dah sesiapa bungkus untuk 2 ketul seringgit... masa gambar ni diambil cuma tinggal 3 pek je lagi.. malangnya lupa pulak nak ambik gambar roti ni.. hehehe.. maaf la ye.. kalau siapa follow instagram @Ceritaita  mesti ada perasan roti yang aku tunjuk dengan hiasan chicken floss tu.. haa.. yang tu la aku jual sekali dengan roti sosej..


sibuk benar tokey tu.. :'P

awal lagi aku dah ceritakan pasal hari keluarga kan tadi... haa.. ada la jugak diselitkan sekali acara untuk si ibu dan si bapa di samping acara untuk abang kakak anak-anak PASTI yang belajar di PASTI ILMI... dan aku pun tak melepaskan peluang nak ambik bahagian jugak.. ada 2 acara untuk si ibu.. menganyam ketupat dan memasukkan manik dalam benang... 

ni ketupat yang aku hasilkan pada hari tu..

untuk pertandingan anyam ketupat aku dapat la tempat kedua.. dan sebenarnya dah bukak kali kedua ni.. memula nak buat ketupat bawang tapi disebabkan daun tu pendek maka ketupat sate je la yang jadinya... jadi la kan.... hehe..

manik dalam benang


acara kedua memasukkan manik dalam benang tu yang agak mencabar.. aku cuma berjaya memasukkan 15 manik je dalam benang tu.. dan tak berjaya dapat nombor pun... huhu.. yang tempat pertama tu memang aku tabik la... dia dapat masukkan 21 manik kau... kagum aku dengar.. tapi kan ini tengah pertandingan kan.. dengan tangan menggigil lagi.. harus la banyak yang jatuh.. haha.. dan yang paling kecewa yang dapat tempat ketiga tu cuma beza satu manik je dengan aku.. inilah yang orang cakap bukan rezeki agaknya kan.. rezeki sahabat tu nak menang hari ni...



bekal penne pasta bolognese

dan disebabkan pihak sekolah dah bagitau awal-awal yang makanan tak disediakan maka aku dah siapkan sesuatu pagi tu.. menu yang agak senang dan mudah nak sediakan.. bendanya pun cepat nak sediakan.. aku buat pasta penne bolognese je.. aku cuma asingkan je kuah dengan pasta tu supaya tahan lama.. kalau nak idea untuk potluck yang lain boleh jugak rujuk entri menu potluck ni...


abg ngah dan macaroni
yang paling penting menu yang dipilih mestilah yang kena dengan tekak anak-anak dan diorang suka.. tengok aje la cara abg ngah menghayati makanan dia tu.. langsung tak hirau sekeliling dah.. siap menjilat jari lagi... siap ajak kawan-kawan dia makan sekali dengan dia pulak tu...  alhamdulillah.. tiap yang dikurniakan pada kita ni rezeki.. dapat tengok anak-anak tersenyum gembira pun rezeki kan ? nanti kita sambung di entri lain ye.. sampai jumpa lagi..

Ulasan

  1. wahhh..anak saya pasti juga, baru 5 tahun..sukan sekolah hari tu buat kat Pantai Balok je..dekat. Hii

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat