Ular masuk pejabat!
Assalamualaikum semua,
ni cerita pagi semalam.. ada ular masuk dalam kawasan bangunan pejabat tempat aku bekerja ni.. sangat menyeramkan ok! mujur la ada abang gagah perkasa yang dah sampai awal pagi di pejabat jadinya mereka-mereka inilah bersama pak guard yang mengawal keadaan..
lebih kurang ginilah rupa ular tu ~sumber wiki~ |
dan bila aku sampai pagi semalam aku pun tak tau lagi cerita pasal ular ni.. tapi dah petang sikit baru tau.. mujur la.. pasal aku pun bukan berani sangat pun.. haha.. walaupun aku ni doktor haiwan atau doktor veterinar tapi kalau part haiwan berbisa ni memang aku menyerah la.. tak tercapai akal kewarasan aku ni lagi.. sebabnya masa kami di universiti dulu pun bukannya ada sangat pendedahan pasal haiwal liar ni.. semuanya banyak tau dari pembacaan je la..
dan dari kawan-kawan yang sama terlibat dalam operasi memusnahkan dan memindahkan ular ni pagi semalam aku dapat tau rupa ular tu macamana.. mengikut gambaran saksi kejadian.. cewaaah.. ular tersebut berwarna hitam dan berbelang kuning.. dan besar badan dia lebih kurang sebesar lengan lelaki dewasa tau.. huhu.. memang besar la jugak tu.. membayang pun dah menakutkan..
dan hasil daripada pencarian seorang rakan pejabat yang lain melalui google.. ular ini dikenali sebagai ULAR KATAM BELANG.. dan aku pun gigihlah mencari info pasal ular katam belang ni lepas tu.. ye la kalau dah ada jumpa seekor ni tak mustahil kalau populasi dia ada je lagi di kawasan sekitar ni kan ? (huhu.. sambil jeling kiri kanan ni.. )
kalau baca info di atas ni aku agak musykil jugak.. memula dia kata biasanya tak dapat dilihat pada waktu hujan kan? tapi sebenarnya kat kuantan ni tengah musim hujan.. tapi mungkin la dia keluar sebab lapar atau mungkin dia ternampak tikus berkeliaran yang memang merupakan makanan dia kan.. mana la tau..

Ular Katam Belang
Sejenis ular berbisa Bungarus fasciatus dari keluarga Elapidae. Ular ni biasanya tidak dijumpai semasa musim hujan dan biasanya pemalu dan sukar dilihat. Ianya hanya aktif di waktu malam dan apabila diganggu ia akan menyembunyikan kepalanya di bawah lingkaran. Ular ini juga akan berbaring di celah rumput, lubang atau longkang pada waktu siang dan merupakan ular yang agak pasif apabila diganggu. Pada umumnya ular ini tidak menggigit dan sumber makanannya ialah ular, ikan, katak dan tikus.
kalau baca info di atas ni aku agak musykil jugak.. memula dia kata biasanya tak dapat dilihat pada waktu hujan kan? tapi sebenarnya kat kuantan ni tengah musim hujan.. tapi mungkin la dia keluar sebab lapar atau mungkin dia ternampak tikus berkeliaran yang memang merupakan makanan dia kan.. mana la tau..
tapi aku harap sangat la takde lagi populasi ular ni atau yang seangkatan dengannya di mana-mana pun.. takut woo.. mau tak cuak.. berbisa tu.. walaupun jarang menggigit pun.. sampai dah nak balik semalam pun asyik la jeling-jeling kalau nak ke bilik air tu.. hari ni pun sama.. hahaha...
disebabkan takut ni jugak aku rajinkan diri mencari info macamana nak kawal kehadiran haiwan liar yang berbisa macam ular ni ke rumah kediaman kita atau kawasan tempat tinggal kita.. antaranya yang aku dapat ialah dengan menaburkan garam kasar dan belerang / sulfur keliling kawasan rumah.. nak suruh orang pejabat beli belerang la kalau macam ni..
Doa menghindari haiwan berbisa
aku pun cari jugak info pasal doa untuk hidari dari haiwan berbisa macam ni.. dan ini doa yang aku dapat.. dari ayat As-Saaffat ayat 79 :
Doa menghindari haiwan berbisa ~ sumber dah hilang ~ |
korang pun boleh amalkan doa ni untuk hidari haiwan berbisa dan berbahaya di rumah.. doakan kami dilindungi dari haiwan berbisa macam ni ye... terima kasih..
Bahya nya.. Maybe ular ni tsesat tak pun tmpat psembunyian dia d ganggu
BalasPadamtq kak ita, share doa yang baik
BalasPadamtakutnya
BalasPadameiiii seriauuu baca!! amalkan doa tu ye
BalasPadamNgerinya Ita.....Kalau mak pun seram tu. Mau tidak, kena patuk kang tak pasal pasal.... Moga Allah jauhkanlah daripada benda benda bahaya cenggini hendaknya...
BalasPadam