Ular masuk pejabat ! - Cerita Ita                                                             Ular masuk pejabat ! Langkau ke kandungan utama

Ular masuk pejabat !

Ular masuk pejabat! 


Assalamualaikum semua, 

ni cerita pagi semalam.. ada ular masuk dalam kawasan bangunan pejabat tempat aku bekerja ni.. sangat menyeramkan ok! mujur la ada abang gagah perkasa yang dah sampai awal pagi di pejabat jadinya mereka-mereka inilah bersama pak guard yang mengawal keadaan.. 

doa hindari haiwan berbisa
lebih kurang ginilah rupa ular tu ~sumber wiki~

dan bila aku sampai pagi semalam aku pun tak tau lagi cerita pasal ular ni.. tapi dah petang sikit baru tau.. mujur la.. pasal aku pun bukan berani sangat pun.. haha.. walaupun aku ni doktor haiwan atau doktor veterinar tapi kalau part haiwan berbisa ni memang aku menyerah la.. tak tercapai akal kewarasan aku ni lagi.. sebabnya masa kami di universiti dulu pun bukannya ada sangat pendedahan pasal haiwal liar ni.. semuanya banyak tau dari pembacaan je la..

dan dari kawan-kawan yang sama terlibat dalam operasi memusnahkan dan memindahkan ular ni pagi semalam aku dapat tau rupa ular tu macamana.. mengikut gambaran saksi kejadian.. cewaaah.. ular tersebut berwarna hitam dan berbelang kuning.. dan besar badan dia lebih kurang sebesar lengan lelaki dewasa tau.. huhu.. memang besar la jugak tu.. membayang pun dah menakutkan..

dan hasil daripada pencarian seorang rakan pejabat yang lain melalui google.. ular ini dikenali sebagai ULAR KATAM BELANG.. dan aku pun gigihlah mencari info pasal ular katam belang ni lepas tu.. ye la kalau dah ada jumpa seekor ni tak mustahil kalau populasi dia ada je lagi di kawasan sekitar ni kan ? (huhu.. sambil jeling kiri kanan ni.. )

Ular Katam Belang 


Sejenis ular berbisa Bungarus fasciatus dari keluarga Elapidae. Ular ni biasanya tidak dijumpai semasa musim hujan dan biasanya pemalu dan sukar dilihat. Ianya hanya aktif di waktu malam dan apabila diganggu ia akan menyembunyikan kepalanya di bawah lingkaran. Ular ini juga akan berbaring di celah rumput, lubang atau longkang pada waktu siang dan merupakan ular yang agak pasif apabila diganggu. Pada umumnya ular ini tidak menggigit dan sumber makanannya ialah ular, ikan, katak dan tikus.


kalau baca info di atas ni aku agak musykil jugak.. memula dia kata biasanya tak dapat dilihat pada waktu hujan kan? tapi sebenarnya kat kuantan ni tengah musim hujan.. tapi mungkin la dia keluar sebab lapar atau mungkin dia ternampak tikus berkeliaran yang memang merupakan makanan dia kan.. mana la tau.. 

tapi aku harap sangat la takde lagi populasi ular ni atau yang seangkatan dengannya di mana-mana pun.. takut woo.. mau tak cuak.. berbisa tu.. walaupun jarang menggigit pun..  sampai dah nak balik semalam pun asyik la jeling-jeling kalau nak ke bilik air tu.. hari ni pun sama.. hahaha... 

disebabkan takut ni jugak aku rajinkan diri mencari info macamana nak kawal kehadiran haiwan liar yang berbisa macam ular ni ke rumah kediaman kita atau kawasan tempat tinggal kita.. antaranya yang aku dapat ialah dengan menaburkan garam kasar dan belerang / sulfur keliling kawasan rumah.. nak suruh orang pejabat beli belerang la kalau macam ni..

Doa menghindari haiwan berbisa


aku pun cari jugak info pasal doa untuk hidari dari haiwan berbisa macam ni.. dan ini doa yang aku dapat.. dari ayat As-Saaffat ayat 79 :


Doa menghindari haiwan berbisa ~ sumber dah hilang ~

korang pun boleh amalkan doa ni untuk hidari haiwan berbisa dan berbahaya di rumah.. doakan kami dilindungi dari haiwan berbisa macam ni ye... terima kasih..

Ulasan

  1. Bahya nya.. Maybe ular ni tsesat tak pun tmpat psembunyian dia d ganggu

    BalasPadam
  2. eiiii seriauuu baca!! amalkan doa tu ye

    BalasPadam
  3. Ngerinya Ita.....Kalau mak pun seram tu. Mau tidak, kena patuk kang tak pasal pasal.... Moga Allah jauhkanlah daripada benda benda bahaya cenggini hendaknya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...