Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? - Cerita Ita                                                             Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? Langkau ke kandungan utama

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua,

aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu..

Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?


Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tabika




memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa..

dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pulak nak hantar abg long ke tempat lain bagi suasana lain sikit buat dia..

kalau korang nak tau maksud nama tu pun lain-lain tau.. kalau tadika tu maknanya taman didikan kanak-kanak.. dan kalau tabika tu taman bimbingan kanak-kanak dan taska ialah taman asuhan kanak-kanak.. transit pulak tempat perpindahan sementara bagi anak-anak sekolah..


dan untuk umur pulak kalau taska ni biasanya dari umur baru lahir hingga la ke umur bawah 6 tahun biasanya.. kalau untuk tadika pulak ada yang terima dari seawal umur 4 tahun.. dan bagi tabika pulak biasanya tengok samada tabika swasta, tabika kemas atau tabika perpaduan.. kalau tabika swasta ni macam tadika jugak terima pelajar seawal 4 tahun.. kalau tabika kemas jugak sama seawal 4 tahun dah boleh hantar.. cuma tabika perpaduan je yang ada syarat mulai umur 5 tahun je boleh hantar.. 


Semua Tadika Berbeza


sebenarnya aku pun baru je tau kewujudan tabika yang berbeza ni.. ni semua berpunca dari pemohonan kakak husna ke Pra Sekolah gagal baru-baru ni.. dan disebabkan pendaftaran bagi PASTI yang sekarang ni dia belajar dah penuh dan yang kami ni yang sememangnya tak buat permohonan ke sekolah yang lain terus buat keputusan nak tempatkan kakak husna di sekolah Tabika Perpaduan..

Syarat ke Pra Sekolah


kalau korang nak tau ada 3 jenis sekolah yang di bawah kelolaan jabatan kerajaan kalau anak korang mencecah umur 6 tahun.. antaranya Pra sekolah yang disediakan di sekolah rendah di seluruh negara.. tapi sayangnya Pra Sekolah ni ada syarat kelayakan yang mesti dipenuhi baru la boleh mendapat tempat ke Pra Sekolah.. Pra Sekolah ni baru je dimulakan pada tahun 2001.. dan biasanya kumpulan sasaran adalah di kalangan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun..

Pra sekolah diasaskan untuk memberi ruang pendidikan lebih baik bagi semua bagi persediaan sebelum ke tahun 1 tanpa mengira nilai pendapatan ibubapa.. tetapi ianya bergantung pada jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Pra Sekolah, Guru Tahap 1 dan 2 dan juga seorang wakil dari komuniti.. permohonan dibuka biasanya pada bulan Ogos setiap tahun dan keputusan akan dimaklumkan melalui pos samaada berjaya ataupun tidak..

Syarat ke Tabika KEMAS


bagi Tabika KEMAS pulak ianya dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS*).. dan aku rasa kewujudan dia dah ada sejak zaman-berzaman yang dulu.. aku dan adik beradik pun belajar di Tabika Kemas kecik-kecik dulu.. kumpulan kanak-kanak sasaran adalah yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.. setakat yang aku tau syarat permohonan untuk memasuki Tabika KEMAS ni cuma umur je.. syarat yang lain tak begitu ketat termasuk pendapatan ibubapa dan sebagainya.. dan pendaftaran dibuka sepanjang tahun kecuali pada waktu cuti sekolah..

pada pendapat aku walaupun memang betul Tabika KEMAS banyak melahirkan tokoh ternama pada masa ini tetapi yang kenyataan yang perlu kita terima ialah pendekatan konsep "Belajar sambil bermain" yang digunakan mungkin tak berapa sesuai bagi kanak-kanak di zaman era yang sangat mencabar sekarang ni.. ini berdasarkan pengalaman kami menghantar abg long ke Tabika KEMAS satu masa dulu ok.. kalau ada yang tak setuju harap dimaafkanlah kami..*ini merupakan pengalaman kami pada tahun 2012, mungkin sekarang dah banyak perubahan..

Syarat ke Tabika Perpaduan


sebab  tu kali ni aku nak cuba pendekatan baru melalui pembelajaran di Tabika Perpaduan untuk kakak husna.. kalau nak tau Tabika Perpaduan ni dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri.. Tabika Perpaduan pun dah diwujudkan sejak lama dulu sejak dari tahun 1976 lagi tau.. tapi maaf kalau aku cakap yang aku kurang pendedahan pasal tabika ni disebabkan mungkin kewujudannya hanya di sesetengah tempat je.. macam kawasan kami ni contohnya.. 

cuma ada satu je tabika perpaduan dan terletak agak jauh sedikit dari taman yang kami duduk.. tapi harus tau jugak yang tabika ni jugak ada syarat tertentu.. pendaftaran biasanya dibuka pada sehingga bulan Oktober setiap tahun dan keputusan akan dimaklumkan melalui pos samaada berjaya ataupun tidak.. mengikut laman web Jabatan Perpaduan Negara syaratnya ialah pendapatan ibubapa tidak melebihi RM1,500.00 sebulan tetapi kanak-kanak yang berumur 6 tahun adalah diutamakan.. dan ini antara sebab kakak husna diterima masuk..

ini serba sedikit info yang aku tau.. jika ada kesalahan di mana-mana tolong komen atau email untuk tambah atau betulkan info yang mana patut ye.. dan sebarang kesalahan dimohon kemaafan terlebih dahulu.. dan pesanan untuk ibubapa, selamat memilih tadika yang sesuai untuk anak anda ok..

*dikemaskini pada 12/1/2017 terima kasih pada komen pembaca ye.. maaf kurang peka pada shortform jabatan orang lain.

Ceritaita

Baca juga mengenai Amalan Zikir Anak Menghadapi Peperiksaan , Nama Anak Lelaki , cara pindahkan Duit Tabung Haji buat anak... jika ada anak-anak yang minat membela haiwan peliharaan boleh baca pasal Kucing dan Cara Memilih Makanan Kucing.










Ulasan

  1. Oleh kerana hakak dah tak de anak kecik yg nak kena masukkan tadika so tak delah berapa nak ambik kisah sangat Ta...

    Tp bagus jugaklah tau bezanya tak delah nampak kosong sangat makcik ni hihi...

    BalasPadam
  2. 3 org anak abam kie hantar ke tadika swasta je. meme mahal ckit sbb mrka berada dari jam 7 am hingga 5.30pm. tadika merangkap nurseri la tu. done follow back here...thanks!

    BalasPadam
  3. 3 anak akak pernah belajar di tadika kemas....rasanya masa tu banyak belajar asas je ,jadi terpaksalah lebih mengajar mereka sendiri di rumah.2 di tadika agama Johor...Alhamdullilah tapi biasalah kena ajar sendiri jika nak anak cepat dari anak2'lain.

    BalasPadam
  4. Akk mengajar di tadika swasta. Done follow sini;)

    BalasPadam
  5. Ada bezanya ye. Plan mcm nk anta Dhia ke KEMAS je. Huhuhu tak berapa bagus ye KEMAS.

    BalasPadam
  6. anak ema dua-dua sekolah tadika perpaduan... yuran pun murah.

    BalasPadam
  7. pra-sekolah oke sbb boleh biasakan bdk2 dgn suasana bila dorg melangkah ke sekolah rendah.cuma pra-sekolah dia lebihkan kepada keluarga yg berpendapatan rendah rasanya.

    BalasPadam
  8. Salam, hai, saya cikgu tabika kemas, nak buat pembetulan sedikit, Tabika KEMAS di bawah jabatan kemajuan masyarakat (KEMAS) di bawah kementerian kemajuan luar bandar (KKLW) dan tiada kaitan dengan jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) , 😄
    Sukatan pelajaran bagi prasekolah seluruh malaysia, tak kira prasekolah, perpaduan atau KEMAS adalah diselaraskan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh KPM(kementerian pelajaran Malaysia) jadi tidak timbul isu kaedah pembelajaran di sini kerana kami menggunakan kaedah yg sama.
    Terima kasih, serba sedikit untuk Makluman 😄😄

    BalasPadam
  9. Pra sekolah pun dah lama ada, bukan nya baru ada tahun 2001. Adik saya sekarang umur 30tahun antara yg terawal masuk pra sekolah.

    BalasPadam
  10. Pra sekolah pun dah lama ada, bukan nya baru ada tahun 2001. Adik saya sekarang umur 30tahun antara yg terawal masuk pra sekolah.

    BalasPadam
  11. @Shahida DzulkafliAssalam hi.. sy cikgu tabika KEMAS.. maaf ye.. ada sdikit pembetulan kaedah tu.. bukan belajar sambil bermain ttpi belajar melalui bermain.. pn boleh tmbahkan ilmu dgn membaca sistem pendidikan di finland yaa.. sbnarnya bnyak lagi kaedah yg digunakan tapi klu nak sebut satu2 tu mmg xdone lah kan hehehe..anyway tabika kemas ni mempunyai pdpc yang holistik.. klu puan xpaham bleh je search kat mr.google yaa..sya pun pernah meminta maklum balas drpada ibubapa tentang perbezaan tabika/tadika/pra dsbgnya..mmg ada perbezaan dr segi krganisasi dan namanya.. ttpi secara keseluruhannya, ia bergantung kpda guru yang mengajar anak muridnya dan ibubapa yg memberikan kesinambungan pembelajaran anak2 di rumah.. sekian😘

    BalasPadam
  12. @ain fatwa alhamdulillah terima kasih atas maklum balas cikgu nanti saya betulkan info tu sikit, tentang bergantung guru yang mengajar tu saya setuju jugak..

    BalasPadam
  13. Tak pernah dapat bila mohon pra sekolah. Sejak tu malas nak serabut, hantar saja dekat dengan rumah

    BalasPadam
  14. Banyak ea..saya dulu..mak bekalkan..hahah

    BalasPadam
  15. anak-anak akak kesemuanya ke Tabika Kemas seawal umur 5 tahun dan umur 6 tahun ke prasekolah

    BalasPadam
  16. tadika ni mcm pengenalan anak2 kpd alam persekolahan.. so kira penting juga la kan
    MA dulu anak yg sulung hantar tadika swasa ... & anak yg 2nd tu, masa 5 tahun hantar tadika kemas, plan nya masa 6 tahun tu nak hantar tadika swasta la mcm abg nya..but she insist nak tadika kemas jugak sbb ada kawan & cikgu semua..so ikut kan je
    but now alhamdulillah..dua2 dah sekolah menengah pun.

    BalasPadam
  17. ldy dulu waktu kakak usia 4 tahun.. ldy cume fikir nak hantar ke tadika yng boleh ambil lkewat sebab ldy kerja.. maka dihantar ke tadika swasta.. Alhamdulillah cpt belajarnya.. jd adik pun ldy hntr ke tempat yg sama, cume skrg sb kami berpindah rumah maka tahun ni insyaAllah hantar ke Pasti.. tapi Pasti ni org2 bagitahu perlu ibu bapa juga ajar anak sendiri dan jgn harapkan seratus peratus pd cikgu... berbeza dgn tadika swasta.. sejauh mana kebenarannya ldy x berapa pasti.. cuma skrg ldy lebih ada masa untuk ajar anak sendiri berbanding waktu kakak kecik dlu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat