Cara bersihkan permukaan seterika yang melekat - Cerita Ita                                                             Cara bersihkan permukaan seterika yang melekat Langkau ke kandungan utama

Cara bersihkan permukaan seterika yang melekat

assalamualaikum semua,

baru ni aku ada cerita pasal buat papan seterika ajaib DIY dan kali ni nak cerita pasal seterika lagi.. minggu seterika agaknya ek.. haha.. korang pernah tak kena bila guna seterika.. dia ada kesan melekat dekat seterika tu? pastu bila korang guna je yang kesan melekat tu pulak melekat kat baju korang? dan yang paling tak best bila jadikan baju korang tu jangkit sama melekat-lekit? ada pernah kena macam ni tak?

nampak tak kesan yang melekat-lekit tu?


aku jamin orang yang pernah duduk asrama memang pernah la mengalami keadaan macam ni.. lelagi la bila musim hujan.. atau masa korang dah lambat lepas tu korang hidupkan je seterika tu terus korang gosok kan ? yang harunya terus melekat baju kat seterika tu kan ? dan seterusnya mengecutkan kain dengan sekelip mata.. dan hasilnya korang merenung kain dengan perasaan menyesal ? hahaha.. ok aku pernah kena ok.. 

dan sekarang ni pun ada jugak kejadian seterika melekat ni melibatkan baju anak-anak tau.. lebih sedih lagi bila melibatkan baju uniform sekolah yang memang itu je la sepasang.. huwaaa.. mau menangis dibuatnya kan ?

jadi selepas mengalami pengalaman yang agak mengerikan tu korang buat apa dengan seterika tu ? humban ? buang dia jauh-jauh sebab dia telah menyebabkan korang mengalami pengalaman yang mengerikan yang tak mungkin akan dapat dilupakan seumur hidup tu ? 

Cara bersihkan permukaan seterika yang melekat


hish.. jangan la gitu.. kesian dia.. kan dah banyak berjasa.. jadi aku nak bagi penyelesaian dengan korang dengan hanya menggunakan peralatan yang sangat-sangat minimum.. dan jugak dengan kos minimum jugak... korang cuma perlu ada pisau dan tisu je.. ya... PISAU dan TISU.. mudah kan ?

caranya... korang hidupkan suis seterika korang tu dan kemudiannya korang pasang dengan kepanasan yang paling maksima.. kalau ada nombor 3 pasang sampai 3.. kalau ada nombor 4 pasang sampai angka 4 tu.. lepas tu bila korang angkat dan dah ada bau macam ada benda mencair dengan bau hangus je tu, korang mulakan misi.. kikis bahagian yang melekat yang dah mula mencair tu dengan pisau... kikis sehabis baik..


kikis dengan pisau

dah siap kikis tu korang sapu kawasan yang dikikis dengan menggunakan tisu.. supaya semua lebihan tu lekat kat tisu .. buat berulang-ulang.. ingat jangan korang sesekali kurangkan kadar kepanasan seterika tu.. buat masa seterika tengah panas..


nampak apa yang terkeluar dengan pisau tu? haa.. yang ni la kena kesat dengan tisu..  


ada peringatan jugak ni.. jangan lakukan aksi ini ketika korang tengah bergelumang dengan anak-anak kecik tau.. bahaya.. sebab korang gunakan benda panas dan peralatan merbahaya.. dan jangan jugak gunakan pada seterika yang jenis ada permukaan antilekat kat bawah dia tu.. yang jenis tu tak sesuai ok.. selamat mencuba ok !

Ulasan

  1. Dulu slalu kna macam ni trus tukar sterika

    BalasPadam
  2. Yelah Ta....benda gini mmg selalu berlaku maklumlah sejak hakak ambik kontrak gosok baju laki ni haha...Mmg sakit hati kalau melekat kat baju putih kan.

    Tp selalunya hakak geselkan je kat tepi iron board tu Ta...tanggal jugak hihi...

    BalasPadam
  3. kat asrama dulu kami guna garam atau daun pisang.. hihhi..

    BalasPadam
  4. Kena hati2 bila bersihkan ni. Bukan takut terkena kanak2 je, xleh leka masa bersihkan sbb guna pisau.. Take care!

    BalasPadam
  5. selalu buat pakai lilin ja... panaskan iron betul2.. pastu amek lilin... tenyeh kat atas permukaan dia.. pastu cepat2 gosok kat kain buruk.... huhu.. buat 2/3 kali...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...