Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati - Cerita Ita                                                             Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati Langkau ke kandungan utama

Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati

assalamualaikum semua, hujung minggu lepas aku balik kampung di johor.. kononnya balik kampung boleh la kebahkan demam selsema kat badan kami anak beranak tapi rupanya makin teruk pulak.. mungkin jugak disebabkan cuaca yang agak berbeza antara Kuantan dan Kluang.. Kuantan tengah sibuk hujan tak berhenti berbanding dengan Kluang yang sangat panas dan terik sekarang ni.. apapun terima dengan bersyukur sebab semua tu rezeki dariNya.. cuaca hujan atau panas tentu ada kebaikan yang kita tak nampak di sebaliknya..

Kuih Lopes tradisi Johor tetap di hati


johor
kuih lopes


tapi bukan pasal cuaca pun nak ceritakan sangat tapi lebih pada rezeki pulang ke kampung aritu.. dapat jamah kuih tradisi yang semakin ditelan zaman.. sebab apa aku kata ditelan zaman tau ? sebabnya kuih nan satu ni dah bermacam variasi dah selepas diubahsuai dari resepi yang asal.. kuih yang aku maksudkan ialah kuih lopes.. ada sesiapa yang belum kenal kuih ni ?

kalau ikutkan aku memang tak pernah buat kuih ni sendiri.. rajin kan aku ? hahaha.. aku biasanya akan makan kalau mak abah buat je.. tak pun aku beli bila balik ke johor.. 

haaa.. mesti akan ada yang tanya nanti kenapa nak tunggu balik johor baru nak beli kan ? padahal ada je kuih lopes yang dijual di Kuantan pun sebenarnya.. tapi ye la.. tetap yang di Johor jugak yang lekat dihati.. nak tau kenapa ? haaa.. yang tu kena tanya orang Johor.. atau pun tanya shah pun ok jugak.. dia dah lama kawen dengan orang johor mesti dia pun tau kenapa orang johor macam bini dia ni selalu sangat cari makanan yang asal dari johor jugak..

sebenarnya antara salah satu sebab aku akan beli yang dijual di Johor adalah kerana cara pembuatannya yang lain benor dengan yang dijual di luar negeri Johor.. kalau di Kuala Lumpur contohnya.. aku pernah beli kuih lopes yang ditanak pulutnya dan kemudiannya ditekan dalam acuan untuk membentuk bulat atau segitiga.. dan tak asli lagi dah rasa dia.. kat Kuantan ni pun sama...

kalau di Johor, cara penghasilan kuih lopes ni sangat berbeza... pulut dibasuh terlebih dahulu kemudian ditoskan dan dibungkus dalam daun pisang yang dibentukkan segitiga macam gambar kat bawah ni.. dan kemudiannya diikat.. sebelum direbus sampai pulut masak.. bila dah masak.. ditoskan.. lepas tu bolot dia dengan kelapa parut kemudian curah air gula yang marbeles dan makan.. kenikmatan yang tak terhingga..


kuih lopes yang sudah siap dimasak



kalau korang nak tau apa beza pulut yang dah direbus atau ditanak dan kemudiannya dibentukkan dengan pulut yang direbus dengan cara tradisional macam ni korang cuba la buat dan bezakan.. kalau tak pun korang beli je bila melancong ke negeri Johor kelahiranku tu ye.. sehingga jumpa lagi..

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...