Nescafe : Kopi perisa pandan - Cerita Ita                                                             Nescafe : Kopi perisa pandan Langkau ke kandungan utama

Nescafe : Kopi perisa pandan

assalamualaikum semua,

hari ni nak kongsikan pasal salah satu barang yang ada dalam kotak Box of Joy Lazada aritu.. dan memula aku nak ceritakan pasal Nescafe dalam tin warna hijau yang menawan ni..

kopi rasa pandan


mesti macam pelik je rupa dia kan ? jangan pelik tau.. sebab ni sebenarnya Nescafe Kopi Rasa Pandan yang merupakan salah satu dari variasi kopi yang ada dalam pilihan kopi yang ditawarkan oleh Nescafe dalam Lazada.. dan kopi ni shah dah cuba dah baru ni.. sedap kata shah..


nescafe rasa pandan


mesti ada yang nak tanya kenapa aku tak minum kopi ni sendiri dan kena guna testimoni suami kan ? haha.. sebabnya ialah adik hadi masih lagi sekali sekala bergayut dengan menyusu badan dari maknya iaitu aku jadinya aku memang kurangkan minuman berkafien kalau aku menyusukan anak-anak ni sebenarnya.. sebab tu aku bagi shah yang cuba..

dan kalau korang nak tau lagi sekarang ni promosi jualan di Lazada ni jugak ada menawarkan barang-barang runcit macam Kopi Rasa Pandan ni dalam website Lazada tau.. dan kalau nak tau jugak ada promosi jualan dari 11.11.2016 hingga 12.12.2016 ni tau.. tinggal hari ni dan esok je tau... jadi cepat-cepat la rebut peluang.. 

dan bagi sesiapa pelanggan baru yang tak pernah lagi membeli di Lazada boleh tekan link di bawah ni yang terus ke website dan kemudiannya masukkan kod diskaun macam kat atas blog ni untuk dapatkan lebih lagi diskaun bagi pembelian barang korang... jadi jangan lepaskan peluang ni tau...



Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...