Anak dibuli di sekolah - Cerita Ita                                                             Anak dibuli di sekolah Langkau ke kandungan utama

Anak dibuli di sekolah

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak cerita pasal cara nak atasi anak kena buli di sekolah.. bukan la aku nak kata ni cara penyelesaian terbaik tapi cuma nak berkongsi pengalaman anak yang dibuli di sekolah je.. kalau nak tau abg ngah kena peras ugut di sekolah baru ni.. nampaknya kes buli dan peras ugut ni memang berlaku tak kira usia agaknya..


peras ugut
semuanya kerana wang



kan aku pernah cerita yang aku kami bagi duit je kat abg ngah hari-hari untuk belanja.. jadinya biasa kami akan bagi RM2 untuk belanja di sekolah rendah sesi petang.. yang selalu kami buat adalah tanya je apa yang dia beli hari tu untuk pantau apa je yang dibeli hari tu..

dan biasanya memang dia akan cakap je dengan jujur dia beli apa.. pernah dulu dia ngaku beli gula-gula.. itu pun lepas aku tengok dia makan macam lapar benar waktu makan malam kat rumah.. siap habiskan nasi abg long yang mana memang dia tak pernah la buat..

lepas tu aku pun tanya.. risik-risik dia apa yang dia beli waktu di sekolah? terus tak sengaja dia jawab.. beli gula-gula..aku tanya balik berapa harga gula-gula tu.. dia jawab seringgit je.. kan kami bagi dia RM2 kan? pelik la aku mana pergi lagi seringgit.. aku memang selalu pesan beli makanan je.. kalau air jangan beli, aku risau dia akan batuk kalau minum air bukan-bukan.. dan memang setakat ni dia ikut la cakap kami..

bila tanya mana duit lagi RM1 dia sengih je.. aku pelik.. terus dia jawab.. kawan ambik.. dia sebut la nama kawan dia tu.. dan aku memang sedia maklum pasal budak ni.. sebab abg ngah memang sekolah tadika yang sama dengan budak ni dari dulu dan memang kaki buli budak-budak yang lebih kecik dari dia..

aku tanya dia macamana dia ambik? abg ngah cakap dia rampas waktu saya keluarkan dari kocek sambil cakap.. "bagi saya duit ni!".. panas pulak hati aku dengar masa ni.. terus aku fikir apa nak buat.. aku tanya balik kalau abg ngah tak bg apa dia buat? abg ngah jawab dia nak tumbuk saya.. ohoii.. lagi la panas.. sesuka hati kau je nak debik anak orang ye..

lepas tu aku ajar abg ngah, nak keluarkan duit tengok dulu dia ada tak kat keliling.. atau kalau dia mintak abg ngah cakao je ummi saya tak bagi.. sehari dua hari elok je la.. itu pun lepas abg ngah cakap kat dia macam aku ajar.. "ummi saya tak bagi!".. masa tu dia tanya jugak abg ngah.. "awak cakap dgn mak awak ke?".. abg ngah jawab ya.. mungkin dia takut agaknya..

tapi lepas tu selang beberapa hari jadi balik.. dia mintak duit lagi.. budak ni aku rasa memang jenis tak makan saman agaknya.. aku kenal mak bapak dia.. memang duduk satu taman pun tapi sebab kenal la aku rasa bukan jalan terbaik untuk bagitau pasal perangai anak dia ni dengan orang tuanya..

aku teringat cikgu kelas dia ada mesej aku aritu.. jadi aku buat keputusan nak bagitau cikgu kelas dia je.. esoknya aku mesej ke cikgu.. dan dah 2 hari lepas aku bagitau.. setakat ni aku ada tanya abg ngah ada tak budak tu kacau dia lagi.. abg ngah jawab takde dan nampaknya cara ni lebih berkesan lagi.. buat masa ni la.. kita pantau dan bagi masa lagi seminggu dua ni..

jadi kalau korang ada masalah anak di sekolah elok la rujuk dengan sekolah dulu sebelum ambik apa-apa tindakan sendiri.. lelagi la kalau melibatkan anak-anak kecil macam ni.. dan di dalam kawasan sekolah.. bukan apa kadang-kadang aku tak nafikan, tindakan melulu mak bapak yang kadang-kala menyerang budak, menyerang sekolah atau mak bapak budak tu menjadikan masalah tu jadi lagi kronik.. 

ada kawan aku pesan, kalau ada masalah pasal anak di sekolah dan kalau korang rasa takut menganggu cikgu atau sesiapa di sekolah.. elok la mintak untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.. mana tau boleh selesai dengan cara lebih baik kan..


Ulasan

  1. kecik2 dah jd samseng budak zaman sekarang ni..huhu

    BalasPadam
  2. Bukan budak lelaki je yg kaki buli ni ita....pengalaman anak ppuan akak masa awal sekolah dulu siap dia ambil dari dalam saku baju sekolah.lagi.

    BalasPadam
  3. haa baik mcm tu dlu, report kat cikgu dlu. Cikgu akan pantau tu lepas trima aduan mcm tu, then kalo buat lg, mmg cikgu akan direct kpd ibu bapa atau kaunseling skolah. Anak2 mmg perlu di ajar cara2 mlindungi diri mcm ni spya dorg brni untuk mklumkn jg kpd guru atau ibu bapa

    BalasPadam
  4. Anak dara Kak Sue pun pernah kena buli masa sekolah rendah,Kak Sue call ustaz aja bagi tau masalahnya..tak lama tu terus settle..

    BalasPadam
  5. Anak perempuan sy baru tukar sekolah dr International ke Sek Kerajaan. Dia kena buli secara verbal sampai nangis. Yg buli tu budak perempuan sama kelas dgn dia. Baru darjah satu je pun. Risau pulak sy. Tgh Google cari cara terbaik utk handle. Klu ada tips tlg la share ye.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat