Banjir di Malaysia dan perjalanan yang panjang - Cerita Ita                                                             Banjir di Malaysia dan perjalanan yang panjang Langkau ke kandungan utama

Banjir di Malaysia dan perjalanan yang panjang

assalamualaikum semua,

sejak kelmarin hujan lebat dah bermula di Kuantan ni.. dan ada kawasan dah pun mula banjir.. aku bergerak ke Putrajaya masa tu.. dari Kuantan hujan tapi elok je sampai Sri Jaya masa tu dah agak cerah dan sepanjang jalan masih elok je hari sampai ke Putrajaya je baru hujan mula menitik petang tu..

air yang naik di jalan berdekatan rumah kami


dan semalam aku habis mesyuarat dalam pukul 5 lebih setelah bermesyuarat sepanjang hari.. lepas tu disebabkan aku kena ikut satu lagi kenderaan untuk balik ke Kuantan, kami transit di Kajang untuk bertukar kenderaan.. lama jugak tersangkut kat lampu isyarat depan balai polis Kajang sebab lampu isyarat tu rosak..

lepas je dari bandar Kajang kami sangkut pulak di Cheras sampai ke MRR2.. fuh baru la rasa macamana orang KL hadap kesesakan hari-hari.. lemah lutut tau walau aku cuma duduk kat tempat duduk penumpang je.. tapi lepas je dari area Taman Melati dan Jalan Genting Kelang tu jalan dah ok sikit.. agak lancar cuma hujan je la makin lebat.. tapi masa tu jam dah pukul 8 lebih malam dah pun..huhu

risau jugak sepanjang perjalanan kami tu.. pemamdu cuma bawak tak lebih dari 80km/jam je.. risau jugak dia.. bukan risau apa, risau air yang tiba-tiba memenuhi jalan je..kalau laju boleh terbabas kereta nanti.. sambil perjalanan tu aku berbual dengan pemandu bagi dia hilang ngantuk dan segar sikit sesambil tu baca jugak doa ketika hujan macam kat bawah ni..

Doa Ketika Hujan


banyak kali jugak terserempak dengan air kat atas jalan.. terutama kat area yang ada bukit dan air turun dari bukit ke jalan.. pastu kami berhenti kejap kat RNR Temerloh, berenti makan dan solat dulu.. hujan masih lebat kat Temerloh waktu ni.. dah jam 10.30 malam wakty kami singgah tu..

lepas tu kami gerak balik ke Kuantan, sambung perjalanan yang terhenti tadi.. sampai lepas tol Gambang dah rasa tak sedap hati, terbaca pulak whatsapp shah hantar yang air dah mula naik kat Batu 12 Jalan Gambang-Kuantan.. lepas tu kami ingat nak naik semula lebuhraya tapi kuatkan hatu redah dulu tengok teruk tak jalan..

Gambar yang shah hantar air naik kat batu 12 Jalan Gambang.. kami lalu lagi teruk dari ni


sampai kat Bt 12 tu dekat dengan Rumah Sembelih Kuantan, memang ada pun orang awam yang dah tolong lencongkan semua kereta supaya ikut jalan lagi sebelah yang hala ke Gambang.. jauh jugak kami jalan sampai nak dekat dengan Tunas Mart Bt 12 tu baru nampak air banjir yajg memenuhi jalan.. sebenarnya air dari kawasan paya bersebelahan simpang ke Tunas Mart tu la.. laju jugak airnya sampai ke jalan lagi sebelah tu pun dah mula naik air.. siap ada kereta dah naik atas kenderaan tarik tu pun.. mesti sangkut dalam air..

kami teruskan perjalanan sampai ke depan Kem Tentera dekat Jaya Gading pun dah ada 2 biji buah kereta lagi yang terkandas sebab langgar air di hadapan kem.. dan kami pilih jalan hala ke bandar untuk ke rumah aku sebab taknak lalu kawasan berdepan dengan Taman Kempadang Makmur yang biasanya akan naik air kalau wakty hujan lebat..

akhirnya penjalanan aku tamat bila jam menghampiri 2 pagi.. fuh.. lama betul perjalanan rasanya.. letih teramat badan.. dan sekarang ni hari ni molwk sikit hari. elok panasnya ni.. harap kawasan yang naik air tu boleh la surut.. 

jugak diharapkan kawasan yang mula banjir si di seluruh  negara sekarang ni beransur pulih.. sedih pulak hati bila tengok keadaan banjir di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu.. juga di seluruh negeri kelahiranku, negeri Johor.. jugak yang terlibat banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini.. semoga diharapkan semua orang tabah menghadapinya..

Ulasan

  1. semoga semua pulih sperti biasa..aamiin

    BalasPadam
  2. Semoga banjir kali ini tidak berpanjangan..
    Keadaan semakin pulih..
    Mak cik yg kat Johor pun dah bagi gambar utk berjaga2 perpindahan..

    BalasPadam
  3. riso jer bab banjir ni kan... moga ita okay kat sana and tak affected..

    BalasPadam
  4. Musim hujan mcm ni kena berhati hati kalau nak memandu tambah lagi malam ye Ta. Biasalah Ta duk KL ni kalau tak jem, bukan KL namanya.

    Yg penting hang selamat sampai Kuantan, alhamdulilah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...