assalamualaikum semua,
sejak kelmarin hujan lebat dah bermula di Kuantan ni.. dan ada kawasan dah pun mula banjir.. aku bergerak ke Putrajaya masa tu.. dari Kuantan hujan tapi elok je sampai Sri Jaya masa tu dah agak cerah dan sepanjang jalan masih elok je hari sampai ke Putrajaya je baru hujan mula menitik petang tu..
dan semalam aku habis mesyuarat dalam pukul 5 lebih setelah bermesyuarat sepanjang hari.. lepas tu disebabkan aku kena ikut satu lagi kenderaan untuk balik ke Kuantan, kami transit di Kajang untuk bertukar kenderaan.. lama jugak tersangkut kat lampu isyarat depan balai polis Kajang sebab lampu isyarat tu rosak..
lepas je dari bandar Kajang kami sangkut pulak di Cheras sampai ke MRR2.. fuh baru la rasa macamana orang KL hadap kesesakan hari-hari.. lemah lutut tau walau aku cuma duduk kat tempat duduk penumpang je.. tapi lepas je dari area Taman Melati dan Jalan Genting Kelang tu jalan dah ok sikit.. agak lancar cuma hujan je la makin lebat.. tapi masa tu jam dah pukul 8 lebih malam dah pun..huhu
risau jugak sepanjang perjalanan kami tu.. pemamdu cuma bawak tak lebih dari 80km/jam je.. risau jugak dia.. bukan risau apa, risau air yang tiba-tiba memenuhi jalan je..kalau laju boleh terbabas kereta nanti.. sambil perjalanan tu aku berbual dengan pemandu bagi dia hilang ngantuk dan segar sikit sesambil tu baca jugak doa ketika hujan macam kat bawah ni..
banyak kali jugak terserempak dengan air kat atas jalan.. terutama kat area yang ada bukit dan air turun dari bukit ke jalan.. pastu kami berhenti kejap kat RNR Temerloh, berenti makan dan solat dulu.. hujan masih lebat kat Temerloh waktu ni.. dah jam 10.30 malam wakty kami singgah tu..
lepas tu kami gerak balik ke Kuantan, sambung perjalanan yang terhenti tadi.. sampai lepas tol Gambang dah rasa tak sedap hati, terbaca pulak whatsapp shah hantar yang air dah mula naik kat Batu 12 Jalan Gambang-Kuantan.. lepas tu kami ingat nak naik semula lebuhraya tapi kuatkan hatu redah dulu tengok teruk tak jalan..
Gambar yang shah hantar air naik kat batu 12 Jalan Gambang.. kami lalu lagi teruk dari ni |
sampai kat Bt 12 tu dekat dengan Rumah Sembelih Kuantan, memang ada pun orang awam yang dah tolong lencongkan semua kereta supaya ikut jalan lagi sebelah yang hala ke Gambang.. jauh jugak kami jalan sampai nak dekat dengan Tunas Mart Bt 12 tu baru nampak air banjir yajg memenuhi jalan.. sebenarnya air dari kawasan paya bersebelahan simpang ke Tunas Mart tu la.. laju jugak airnya sampai ke jalan lagi sebelah tu pun dah mula naik air.. siap ada kereta dah naik atas kenderaan tarik tu pun.. mesti sangkut dalam air..
kami teruskan perjalanan sampai ke depan Kem Tentera dekat Jaya Gading pun dah ada 2 biji buah kereta lagi yang terkandas sebab langgar air di hadapan kem.. dan kami pilih jalan hala ke bandar untuk ke rumah aku sebab taknak lalu kawasan berdepan dengan Taman Kempadang Makmur yang biasanya akan naik air kalau wakty hujan lebat..
akhirnya penjalanan aku tamat bila jam menghampiri 2 pagi.. fuh.. lama betul perjalanan rasanya.. letih teramat badan.. dan sekarang ni hari ni molwk sikit hari. elok panasnya ni.. harap kawasan yang naik air tu boleh la surut..
jugak diharapkan kawasan yang mula banjir si di seluruh negara sekarang ni beransur pulih.. sedih pulak hati bila tengok keadaan banjir di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu.. juga di seluruh negeri kelahiranku, negeri Johor.. jugak yang terlibat banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini.. semoga diharapkan semua orang tabah menghadapinya..
semoga semua pulih sperti biasa..aamiin
BalasPadamSemoga banjir kali ini tidak berpanjangan..
BalasPadamKeadaan semakin pulih..
Mak cik yg kat Johor pun dah bagi gambar utk berjaga2 perpindahan..
riso jer bab banjir ni kan... moga ita okay kat sana and tak affected..
BalasPadamMusim hujan mcm ni kena berhati hati kalau nak memandu tambah lagi malam ye Ta. Biasalah Ta duk KL ni kalau tak jem, bukan KL namanya.
BalasPadamYg penting hang selamat sampai Kuantan, alhamdulilah