Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur - Cerita Ita                                                             Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur Langkau ke kandungan utama

Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur

assalamualaikum semua,

aku nak kongsikan dengan korang macamana aku beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur masa pergi ke KL baru ni.. senang je tau.. dan kalau beli melalui online ni korang boleh jimat banyak jugak tau..

jual tiket bas online
Redbus perkhidmatan tiket bas online


aku kan sepenuh masa biasanya ada di pejabat.. pergi kerja dan balik kerja pun berhantar dan berjemput sebab aku tak bawak kereta sendiri.. alhamdulillah masih ada orang tersayang yang sudi dan masih mampu hantar dan jemput aku pergi dan balik kerja lagi.. syukur..

tapi bila dan berhantar dan berjemput ni satu je la masalah.. nak ke sana sini pun kena la tunggu shah.. jadinya pergerakan aku agak terbatas.. oohh.. mungkinkah ini sebab shah tak bagi aku bawak kereta sendiri agaknya.. takut aku panjang langkahnya.. hahaha.. maaf ye bang.. terfikir negatif pulak..

ok kita sambung kisah bas.. disebabkan aku kena pergi ke majlis semalam di KL tu aku pun mula terfikir kenapa tak aku pergi sorang je naik bas berbanding aku pergi sekeluarga naik kereta dengan alasan nak hantar aku je sorang dan akhirnya memakan belanja yang banyak kan ? disebabkan tu maka aku terfikir nak kira-kira kos perjalanan aku ke KL naik bas seorang diri dibandingkan dengan menaiki kereta bersama keluarga..

aku pun terajin la google syarikat bas yang buat perkhidmatan bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur .. dan disebabkan aku nak balik jugak hari yang sama maka aku cari jugak perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Kuantan hari yang sama.. 

dan alhamdulillah.. rezeki aku dipermudahkan.. klik-klik je dah jumpa laman web ni.. Redbus.. senang sangat nak guna dan boleh bank in macam biasa je guna online banking..

korang boleh pilih destinasi dengan masukkan ikut destinasi korang nak.. lepas tu masukkan tarikh.. dan kalau nak pilih tiket pergi balik boleh je masukkan dua-dua tarikh yang ada..

masuk destinasi pilihan


lepas tu dia terus keluar senarai bas yang bergerak pada hari tu tau.. senang sangat.. bukan setakat senarai bas je yang dia tunjuk.. 

senarai bas dari kuantan


korang jugak boleh pilih nak duduk kerusi mana mengikut kesukaan korang tau.. boleh pilih dan book siap-siap.. dah macam naik kapal terbang kan? kalau naik kapal terbang pun kena bayar bayaran tambahan kalau nak book tempat duduk kan ? jadinya yang ni lebih la bebaloi..

korang klik kotak merah kat gambar sebelum ni untuk lihat tempat duduk.. dia keluar macam ni


lepas je korang dah pilih bas mana korang nak dan pilih tempat duduk korang boleh la terus buat bayaran.. macam aku memang pilih online banking la yang senang.. laju je dan pasti terjamin..

boleh terus buat bayaran dengan tekan teruskan


dan kalau nak tau sekarang ni ada promosi sempena Tahun Baru Cina tau.. memang rezeki betul la .. kalau ikutkan aritu aku kena bayar dalam RM48. 40 untuk perjalanan dua hala dari Kuantan ke KL dan KL ke Kuantan.. tapi disebabkan ada promosi ni aku cuma bayar tak sampai RM40 je tau.. sebab dah ada potongan 20% tau.. haa.. kan dah kata tadi jimat banyak tu.. kalau korang nak cuba jugak boleh la jengah ke laman web dia kat REDBUS.my 

diskaun sehingga 20% tu


ingat Klik REDBUS tau... jangan kata aku tak payung.. hehe




Ulasan

  1. Hihi...pilihan yg tepat sangat tu. Takkanlah satu family nak hantar hang ye Ta. Lainlah kalau cuti sekolah, hujung minggu ke....

    Lama dah meninggalkan zaman bas. Yelah....zaman serba canggih sekarang ni Ta. Haruslah bas pun ada tiket online jugak

    BalasPadam
  2. Kalau dah dapat tiket yg dikirim ke email kan, adakah perlu untuk dapatkan tiket print di kaunter tiket bas tu kat terminal sentral?

    BalasPadam
  3. @Fzl ya masih perlu dapatkan tiket sebenar di kaunter tijet di terminal untuk naik bas.. boleh dapatkan sebelum naik bas jugak.

    BalasPadam
  4. @Rozita Abdul Rahmanooo. Contoh kalau tiket saya pukul 1 pagi ni jadi saya hanya perlu tunjuk tiket elektronik ini sahaja?

    BalasPadam
  5. @Fzltiket yang elektronik print dr komputer ke? kalau tiket tu tak dikira laku lagi, FZL masih perlu tunjuk di kaunter dan mereka aka printkan tiket bas sebenar utk perjalanan.. tak kisah waktu bila tiba di terminal sbb setau saya selagi ada waaktu tiket dicetak selagi tu kaunter menjual tiket masih dibuka..rujuk pada kaunter pengusaha bas seperti nama yang tertera pada tiket yang anda beli.. harap dapat membantu..

    BalasPadam
  6. hai nak tanya ..kalau kita beli tiket bas tu dari orang lain..bole redeem tiket kt kaunter xpakai ic ke dia akan mintak ic orang yang membeli tiket dari redbus ni?mcm mne eh sy da beli tiket bas nama orang lain

    BalasPadam
  7. @Cik Mizah boleh je cik mizah, terus pergi ke kaunter bas tu dengan bawak salinan keratan tiket tu.. atau nombor booking pun boleh.. cuba ya.. nasihat saya pergi awal tuntut di kaunter sebelum perjalanan.. jadi senang kalau ada masalah apa2 yang lain nanti..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...