assalamualaikum semua,
hari ni aku bermalam di Putrajaya untuk hadiri mesyuarat esok.. dan sejak semalam aku dah cari hotel untuk duduk sementara tunggu hari mesyuarat.. dan alhamdulillah aku dapat cari maklumat melalui google pasal Hotel Mihrab atau Mihrab Hotel Purajaya yang merupakan hotel bajet di Putrajaya ni..
kalau sebelum-sebelum ni aku suka cari hotel di kawasan berdekatan macam area Kajang, Bangi atau Serdang.. atau pun aku menginap dekat Puspanitapuri kalau semua ahli keluarga ikut sama.. tapi disebabkan kali ni aku sorang dan aku malas nak cari hotel yang jauh-jauh.. makanya aku cari yang berada di kawasan Putrajaya je la..
kalau aku sorang-sorang memang jarang sangat aku nak duduk hotel yang mahal-mahal sangat pun.. asal ada tempat nak tidur dengan selesa tu pun dah cukup sangat dah.. tapi kalau dapat WIFI laju tu bonus.. haha..
dan kali ni aku rasa aku boleh bagi 4 bintang kat Hotel Mihrab Putrajaya ni tau.. 4 bintang untuk hotel bajet la.. sebabnya.. aku tengok semua kelengkapan cukup.. alhamdulillah.. ada disediakan jugak sejadah dan Al-Quran Terjemahan untuk dibaca..
molek je katil dia dan bersih |
ada disediakan sejadah tersedia dalam bilik, pintu yang ada cermin tu bilik air |
walaupun ruang biliknya tidaklah begitu besar berbanding dengan hotel lain tu tapi aku rasa selesa dan berpatutan dengan harga jika dikira berdasarkan lokasi.. macam bilik yang aku duduk ni bayarannya RM100 untuk semalam.. aku rasa harganya berpatutan sebab aku pernah menginap di satu hotel dengan bayaran yang sama tapi biliknya terlalu kecil sampaikan masa nak solat tu terpaksa bersolat atas katil.. serik terus..
pasal lokasinya pulak dia berada di Jalan Diplomatik, dan macam kat Precint 15 ni rasanya.. maaf kalau salah info ye.. tapi kedudukan hotel yang sangat strategik yang mana berhadapan dengan Mydin Putrajaya, serta tempat makan bermacam pilihan ada di sekitar hotel je.. pilih je nak apa.. semua ada kat bawah tu.. kedai makan melayu, kedai makanan arab dan restoran mamak pun banyak..
aku pilih kedai makan melayu malam tadi dan makan bihun tomyam.. kuah dah ok cuma bihunnya pulak tak celur.. aiseh.. kacau selera betul bila makan mihun macam tali tangsi.. hihi..
eh lupa nak kongsikan pasal perkhidmatan lain.. siaran tv kat hotel ni sangat bagus pada aku.. jelas dan dapatlah tengok semua saluran tv yang asas tu.. macam tadi dapat jugak aku tengok Drama Biarkan aku jadi penunggu kat TV3 tu kejap.. dan yang paling best ialah Wifi dia yang agak laju tau.. sampai dapatlah aku update blog ni haa.. hehe.. jom tidur.. esok hari yang panjang akan bermula..
Update 14/1/2023 : Hotel Mihrab sudah ditutup operasinya.
bilik cantik..murah pulak tu....
BalasPadamBetullah tu, kita bukan nak berendam dalam swimming pool pun haha.... yg penting selesa. Murah lagi bonus hihi...
BalasPadamDiaorang ni agaknya kalau mee berkuah mcm tu suka tak celur dulu kot meenya. Hakak pun selalu terkena.