Makan-makan di Hutan Bandar Bistro - Cerita Ita                                                             Makan-makan di Hutan Bandar Bistro Langkau ke kandungan utama

Makan-makan di Hutan Bandar Bistro

assalamualaikum semua,

ni sebenarnya cerita bulan lepas.. kami berkira-kira dah lama sangat dah nak luangkan masa untuk makan kat luar sekeluarga dengan anak-anak.. tapi selalu je ada halangan.. jadinya sempena anak-anak tengah cuti sekolah la kami rebut peluang ni.. kalau tak lewat petang macam tu baru la sampai ke rumah.. semua muka dah letih nak makan luar pun dah tak larat..


Hutan Bandar Bistro

Makan-makan di Hutan Bandar Bistro

kali ni kami pilih nak makan kat tempat murah tapi berpatutan yang dah lama orang Kuantan sibuk cerita.. dah bertahun dah.. tapi baru ni la dapat kesempatan nak pegi.. kebetulan pulak sebenarnya tarikh kami pegi tu dekat dengan ulangtahun kelahiran kakak husna.. kebetulan yang tak dijangka la tu.. walaupun ummi sebenarnya dah lupa tau nak.. haha.. tempat yang kami pilih ni tak lain tak bukan dari Hutan Bandar Bistro yang terletak di Pantai Teluk Cempedak Kuantan..

nak cari tempat ni senang je.. korang boleh je halakan waze atau gps korang ke Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC oleh penduduk tempatan.. Pantai ni memang selalu jadi tumpuan orang la.. bukan saja pengunjung luar yang datang melancong ke Pahang tapi penduduk tempatan jugak sebagai pusat rekreasi yang memang jadi tumpuan semua orang.. 



salah satu tarikan yang ada di Pantai Teluk Cempedak - bumper car




kat Pantai ni ada macam-macam la.. ada kedai makanan yang sedap.. jualan cenderahati yang menarik.. kalau korang cari cenderahati macam kerang, keychain dan dan t-shirt untuk kenangan tu, sini salah satu tempat yang patut korang pegi.. tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal pantai ni pun.. aku nak cerita pasal tempat makan best yang wajib korang pergi kalau korang datang ke Kuantan ni..

Sejarah Hutan Bandar Bistro ni aku tak berapa tau sangat.. bila dia wujud pun aku tak reti nak cerita tapi aku lebih pada nak cerita apa menu yang ada dan pilihan yang korang boleh beli bila nak makan kat sini..

macam aku memula dengar pasal kedai makan Hutan Bandar Bistro ni aku pelik jugak.. apa la yang best sangat orang makan sampai sanggup beratur panjang sampai nak sampai baris kat pantai tau.. tapi tak la betul sampai pantai pun cuma memang betul ramai la.. kalau korang datang waktu peak hour macam dari pukul 8 malam hingga nak tutup dalam pukul 10 tu aku rasa memang korang kena berjuang la untuk makan.. dan kalau korang datang sorang dan takde kawan lain untuk berfungsi sebagai tukang booking meja maka untuk makan kat situ macam tinggal harapan je la.. 

macam aku aritu datang petang lepas asar.. kami sampai situ dalam pukul 5.30 petang macam tu.. hari cuti ni tau.. hari Ahad.. tapi rezeki la untuk kami mungkin bukan peak hour maka ada harapan lagi untuk tengok meja kosong.. jadi Shah automatik akan jadi tukang book meja dan jaga anak-anak.. haha.. merangkum ek bang.. dan aku pulak tukang beratur dan order makanan.. ok..jangan nak kata aku malas ok.. susah woo keja beratur untuk order ni dari jaga anak-anak tu..  hihi

lepas separuh aku beratur mula aku panik..alamak.. diorang ni nak makan apa? ada banyak kot menu ni.. berpeluh aku wei.. giliran dah nak dekat sampai ni.. aku pun ambik gambar menu dia.. panggil abg long, paksa anak tu lari kat ayah dia untuk pilih menu apa.. sampai-sampai je boleh anak tu jawab.. "ayah cakap pilih je la mana ummi nak.." korang rasa stress tak jadi aku.. banyak tu pilihan..



lepas tu aku pun buat pandai je la order terus.. padahal pertama kali kan.. mana nak tau apa nak order.. aku ambik set nombor  1 chicken chop tu 2 set, set nombor 2 fish & chip dia tu satu set, set nombor 3 yang burger tu satu set, dan last sekali aku ambik set nombor 6 yang ada lamb chop tu satu set.. itu pun berpeluh kepala memikir tau.. lupa pulak.. harga untuk semua set nombor 1 hingga set nombor 3 tu RM5 je tau.. dan set nombor 4 tu RM7, set nombor 8 RM8, set nombor 9 RM10 dan set terakhir nombor 10 tu RM13..

tapi semua tu cuma harga set makanan asas je tau untuk air korang kena beli asing, untuk air berkarbonat yang ada dalam pilihan diorang tu korang boleh tambah RM1 je lagi.. kalau tengok harga dan saiz hidangan ni aku rasa korang akan rasa berbaloi gila tau.. sebab saiz hidangan dia sangat la besar.. yang kami makan tu aku siap kami bungkus bawak balik.. kami siap dah sedia bekas besar dari rumah pasal kalau korang nak bungkus kena tambah pulak harga bekas.. aku rasa sebab diorang nak galakkan bawak bekas sendiri kot..

dan harga di atas tu kalau korang makan kat situ tau.. kalau bawak balik dah kena cas tambahan jugak.. sesudah la cerita pasal harga.. meh kita tengok apa rupa hidangan dia pulak.. jom.. bila tengok je hidangan dia ni aku tak pelik la kenapa orang sanggup beratur panjang.. puashati betul !


Ini chicken chop - RM5


ini Fish & Chip - RM5
kalau nak ditanya pasal rasa.. dia punya sos black pepper tu memang kaw betul tau.. tapi aku lebih suka Fish & Chip dia lagi.. lembut betul rasanya.. memang sedap la.. adik hadi pun laju je makan..


ini set Burger - RM5

set burger ni pulak belum sempat tunggu bergambar dan abis kena makan.. haha.. lapar wei gara-gara beratur.. tapi bukan aku yang makan eh.. ni abg long punya set.. dia kan kalau jumpa sayur laju je makan.. kalau korang nak galakkan anak makan sayur boleh sangat la cuba bagi coleslaw macam ni.. lamb chop kat bawah ni agak terlebih masak sikit.. dan keras sikit.. pada aku yang suka kalau ada rasa lembik-lembik tu la.. tapi dia punya saiz..korang tengok la kalau banding dengan sudu sebelah tu.. kecik je haa...


ini pulak Lamb Chop - RM10

bila nak melangkah balik tu sempat la aku ambik gambar lagi orang dalam kedai.. punya la ramai.. huhu.. kami balik tadi pun sebab dah ada orang yang buat muka sedih menebeng kat tepi-tepi meja kami nak cari meja kosong tau.. jadi elok la kami berangkat pulang.. kita sambung makan kat rumah pulak.. haha.. eh lupa nak bagitau.. jangan datang hari Isnin tau pasal dia tutup hari Isnin.. hari lain takpe..

nampak orang beratur tu ?




Ulasan

  1. Mula mula ingat kat JB....Hutan Bandar kat JB pun ada rasanya.

    Sebab harga dia murah tu Ta, tu yg penuh sepanjang masa. Kat KL ni jangan mimpi nak dapat Chicken Chop dgn Fish and Chip tu Rm5 henggit weyh...
    Tambah lagi hang kata sedap sos dia....

    BalasPadam
  2. nanti nak balik kuantan nak try lah.. Dah lama x turun sana.. hihi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat