assalamualaikum semua,
pagi ni aku dalam bas, dalam perjalanan nak ke Kuala Lumpur untuk satu majlis yang sangat bermakna.. nanti aku kongsikan pasal majlis tu ye.. kali ni aku nak cerita pasal kami sertai promosi #red2017 sempena Beli 1 Percuma 1 Red Hot Meal kat Kenny Rogers Roasters di seluruh Malaysia..
bukan selalu pun kami dapat makan macam ni, sekali sekala je kalau ada promosi macam ni dan ada rezeki lebih untuk anak-anak.. alhamdulillah anak-anak pun faham dan tak banyak minta yang bukan-bukan.. dengan anak 4 dan hidup di kawasan ibu negeri yang walaupun bukan bandar besar tapi memiliki kos hidup yang agak tinggi serta banyak kenaikan lain terasa jugak untuk kami anak-beranak.. tapi insyaAllah kami cuba sedaya upaya kami membesarkan anak dengan sempurna..
ok meh kita cerita pasal makan pulak.. Red Day ni berlangsung selama 3 hari aritu tau.. dari 11 Januari hingga 13 Januari 2017.. dan kami berpeluang pergi di hari kedua.. setiap pembelian satu set red hot meal akan dapat satu lagi set yang sama.. jadi kami cuma beli 3 set ni dan akhirnya kami dapat 6 set.. berbaloi kan?
satu set tu berharga RM21.90 dan ada 5 hidangan lengkap di dalamnya.. ada Ayam panggang yang boleh pilih perisa apa yang kita nak..kami ambik black pepper, dan ada jugak kentang lenyek, coleslaw, kacang panggang dan sebiji muffin..kami dapat muffin pisang sebab yang lain dah sold out.. sedap jugak.. yang penting adik hadi suka.. hehe..
alhamdulillah anak-anak tersenyum gembira je sambil makan.. sempat jugak aku rakamkan gambar sebagai kenangan dan masuk sekali contest untuk photo challange sempena #red2017.. boleh tengok kat IG dan FB aku jugak..
tapi masa nak balik tu ada tragedi sikit tau..masa aku ajak anak-anak bergambar kat pintu depan KR ECM ni boleh pulak kakak melompat-lompat sampai terlanggar adik hadi dan jatuh.. apa lagi.. meraung pulak kat situ.. si kakak pulak bila ditegur dah muncung.. itu la kisah di sebalik gambar bawah ni..sebab tu adik hadi mencebik dan kakak tak nampak muka.. yang penting ummi tetap senyum yakin je..hahaha...bertabah je la ye
bagi yang cuba pergi beli untuk promosi ni maaf ye.. promosi dah abis.. yang tinggal cuma promosi beli susu dutch lady kat 7 eleven RM1 sekotak je lagi.. gi la beli.. yang ni sampai 16 Januari 2017..
oppss sebelum terlupa, buat mereka yang nak lalu Lebuhraya Karak menghala ke LPT 1 dan 2 jangan risau pasal penutupan terowong berdekatan RNR Genting Sempah tu ye..pasal dia cuma tutup satu je lorong hala dari arah KL ke Kuantan..satu lagi dia masih buka.. aku tau sebab aku baru je lalu tadi.. doakan kami selamat pergi dan balik ok.. bai..
mohon belanja saya juga kalau balik kluang .hehehe
BalasPadamsaya tak sempat pegi!
BalasPadam