Assalamualaikum semua,
aku rasa 2 minggu ni memang minggu makan agaknya.. dari awal hujung minggu lepas aku dah asyik cerita pasal makan dan update gambar makanan.. dan semalam.. kemuncak cerita pasal makan sebagai penutup minggu ni..(harapnya la).. kita cerita pulak pasal aku makan ayam panggang perisa baru Mango & Lime yang baru je diperkenalkan di Nando's Malaysia..
Mango & Lime di Nando's Malaysia |
ramai dah tanya aku sejak semalam lagi.. perisa baru ke ni? akan kekal ke atau bermusim punya yang maksudnya akan tamat pada bila-bila masa je kewujudannya.. haa.. kalau korang nak tau sebenarnya sos baru Mango & Lime ni dah ada dihidangkan di Nando's yang berada di luar negara dah pun dan ianya memang dapat sambutan hangat dari peminat Nando's..
ini la antara bahan istimewa dalam sos Mango &Lime |
makanya kali ni merupakan peluang bagi peminat Nando's di Malaysia pulak nak rasa kesedapan rasa sos terbaru ni.. dengan rasa Mango dan Lime yang sebati dalam yang ayam peri-peri yang dipanggang sempurna.. jangan cakap la rasa sedapnya..
dengan 4 pilihan perisa PERi-PERi sedia ada iaitu Lemon & herba, Sederhana, Pedas dan Ekstra Pedas, adunan rasa mangga & limau nipis yang ditambah ke dalam PERi-ometer Nando's.. pastinya menambah pilihan bagi menepati citarasa warga Malaysia..
rasa dia yang tak pedas elok untuk semua golongan.. kalau ada anak-anak memang sesuai sangat la.. dan lebih penting lagi menu ni merupakan menu kekal yang akan ada sepanjang tahun di mana-mana Nando's Malaysia..
sentiasa ada dan bukan menu bermusim |
rasa dia yang tak pedas elok untuk semua golongan.. kalau ada anak-anak memang sesuai sangat la.. dan lebih penting lagi menu ni merupakan menu kekal yang akan ada sepanjang tahun di mana-mana Nando's Malaysia..
Tropical Fruitea |
lagi satu yang sangat menarik hati aku ialah air ni.. Tropical Fruitea.. sangat sedap ok.. aku tulis korang cuba bayangkan.. rasa air teh limau yang digabungkan dengan jus oren.. haa.. cuba bayang apa rasanya ? kalau tak boleh bayang korang pergi je la ke Nando's dan rasakan sendiri..
ada jugak yang tanya aku berapa harga untuk satu set hidangan ayam panggang dengan sos Mango & Lime terbaru ni.. untuk harga set tu elok korang rujuk website Nando's dan jugak Facebook Nando's untuk maklumat lanjut..
nampak juicy ayamnya..jarang makan kt Nandos, boleh la try..
BalasPadam