Resipi telur dadar mudah - Cerita Ita                                                             Resipi telur dadar mudah Langkau ke kandungan utama

Resipi telur dadar mudah

Resipi telur dadar mudah

assalamualaikum semua, aritu masa aku tengah memasak tetiba abg long tanya macamana aku goreng telur yang sedap sangat macam kat kedai tu.. ceh bunyinya macam pandai nau ummi dia masak kan ? padahal lesen L pun tak renew lagi.. hehehe

resipi telur dadar simple
telur dadar simple


tapi disebabkan keinginan anak yang nak sangat belajar macamana ummi dia buat maka kena la aku ajarkan akhirnya.. yang mana sebenarnya sangat la senang.. sampai abg long kata saya pun boleh buat.. memang la senang dan dia boleh buat tapi buat masa ni disebabkan ketinggian dia yang tak berapa menyakinkan maka aku belum la lagi bagi keizinan buat dia masak apa-apa atas dapur kecuali bakar roti guna pan je..

dan semalam kebetulan aku masak telur dadar yang bebudak ni suka maka aku terajin pulak ambik gambar step by step kata orang putih atau Mat Dan kaki jalan sebelum dia pandai cakap bahasa ganu..

Resipi Telur dadar mudah dan simple

by Cerita Ita


Bahan-bahan
3 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah atau lada hitam secukupnya

Cara-caranya :
1. memula basuh semua telur

basuh bersih-bersih tau



2. pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk.



pecah je ikut suka korang janji jangan ada kulit telur dalam tu


3. masukkan garam, serbuk lada putih atau hitam.

4. kalau nak masukkan bawang atau tomato boleh la masa ni, ada jugak orang letak ikan bilis, kalau nak sedap goreng dulu ikan bilis tu dan kalau nak telur tu lagi sedap jangan bubuh bawang putih, letak bawah merah atau bawang besar je dah cukup.. ada masa aku letak bawang potong tapi nak elakkan anak-anak memilih dan buang je bawang tu jadi aku selalu guna bawang yang dah  kisar .

5. tepuk laju-laju sampai agak ringan sikit.


pukul telur sampai berbuih sikit


6. panaskan minyak secukupnya. biasa aku letak minyak banyak sikit jadi dia kembang cantik.. kalau tak suka berminyak korang boleh letak sesudu minyak masak dalam telur tu sesiap sebelum tepuk tadi. pastu korang boleh masak atas pan atau kuali yang tak lekat minyak tu je..


abaikan rupa kualiku yang tak semenggah itu..


7. Goreng agak keemasan dan jangan lupa terbalikkan jugak telur tu bagi sebelah lagi bahagian tu masak ok...


telur dah diterbalikkan


8. Dah siap boleh hidangkan dah.. anak-anak aku suka kalau aku potong ala pizza ni.. senang dan nampak cantik agaknya..



jemput tengok dan buat ye..


Ceritaita


Maklumat lain :

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...