Resipi telur dadar mudah
assalamualaikum semua, aritu masa aku tengah memasak tetiba abg long tanya macamana aku goreng telur yang sedap sangat macam kat kedai tu.. ceh bunyinya macam pandai nau ummi dia masak kan ? padahal lesen L pun tak renew lagi.. hehehe
tapi disebabkan keinginan anak yang nak sangat belajar macamana ummi dia buat maka kena la aku ajarkan akhirnya.. yang mana sebenarnya sangat la senang.. sampai abg long kata saya pun boleh buat.. memang la senang dan dia boleh buat tapi buat masa ni disebabkan ketinggian dia yang tak berapa menyakinkan maka aku belum la lagi bagi keizinan buat dia masak apa-apa atas dapur kecuali bakar roti guna pan je..
dan semalam kebetulan aku masak telur dadar yang bebudak ni suka maka aku terajin pulak ambik gambar step by step kata orang putih atau Mat Dan kaki jalan sebelum dia pandai cakap bahasa ganu..
Resipi Telur dadar mudah dan simple
by Cerita Ita
Bahan-bahan
3 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah atau lada hitam secukupnya
Cara-caranya :
1. memula basuh semua telur
2. pecahkan telur sebiji demi sebiji masuk dalam mangkuk.
pecah je ikut suka korang janji jangan ada kulit telur dalam tu |
3. masukkan garam, serbuk lada putih atau hitam.
4. kalau nak masukkan bawang atau tomato boleh la masa ni, ada jugak orang letak ikan bilis, kalau nak sedap goreng dulu ikan bilis tu dan kalau nak telur tu lagi sedap jangan bubuh bawang putih, letak bawah merah atau bawang besar je dah cukup.. ada masa aku letak bawang potong tapi nak elakkan anak-anak memilih dan buang je bawang tu jadi aku selalu guna bawang yang dah kisar .
5. tepuk laju-laju sampai agak ringan sikit.
6. panaskan minyak secukupnya. biasa aku letak minyak banyak sikit jadi dia kembang cantik.. kalau tak suka berminyak korang boleh letak sesudu minyak masak dalam telur tu sesiap sebelum tepuk tadi. pastu korang boleh masak atas pan atau kuali yang tak lekat minyak tu je..
abaikan rupa kualiku yang tak semenggah itu.. |
7. Goreng agak keemasan dan jangan lupa terbalikkan jugak telur tu bagi sebelah lagi bahagian tu masak ok...
telur dah diterbalikkan |
8. Dah siap boleh hidangkan dah.. anak-anak aku suka kalau aku potong ala pizza ni.. senang dan nampak cantik agaknya..
Ceritaita
Maklumat lain :
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
yummy..:)
BalasPadamnyum2
BalasPadamMenu wajib kitorg kalau dah taktau nak makan lauk ape dah, hehe~
BalasPadamLauk2 tambahan yang femes terutamanya masa bersahur...
BalasPadamIni dengan kicap je pun boleh buat makan bertambah.. hehehe
BalasPadampaling mudah ni
BalasPadam