Tanda -tanda kencing manis atau Diabetes Mellitus - Cerita Ita                                                             Tanda -tanda kencing manis atau Diabetes Mellitus Langkau ke kandungan utama

Tanda -tanda kencing manis atau Diabetes Mellitus

assalamualaikum semua,

tetiba pulak hari ni nak rasa nak kongsikan sesuatu buat semua.. pasal penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus yang dah banyak sangat dihidapi oleh penduduk di Malaysia ni.. tak payah cari orang lain, mak aku sendiri penghidap penyakit ni.. dan dalam usaha pun nak cari penawar kencing manis yang lain selain ubat-ubatan yang dibekalkan oleh hospital macam GCtea..

diabetes
GCtea penawar kencing manis


bukan tak percayakan ubatan hospital, mak sekarang pun masih mengambil ubat serta suntikan.. dan aku ada jugak bagi mak GCtea untuk mak minum.. tapi itulah.. bila orang tua jauh di mata dan kita tak ada selalu di sisi untuk mengingatkan waktu setiap kali kena minum mengikut jadual secara konsisten memang agak payah.. namun aku cuba jugak la berusaha..

kalau nak ikutkan dalam keturunan kami memang ada je yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi ni.. yang ada sakit jantung pun ada.. tapi dalam susur galur yang lain.. satu waktu dulu aku jadi pusat rujukan Arwah Pak Ngah yang selalu menunjukkan ubat yang dia dapat setiap kali kami pergi ke rumahnya.. sambil dia mengeluh.. banyak betul ubat yang kena makan..

pada masa tu mak belum lagi dikesan kena kencing manis.. seingat aku mak mula tunjuk tanda-tanda penyakit sewaktu kami semua dah kahwin dan ada anak.. tak tau la kalau sebelum tu memang dah ada tapi tak dapat dikesan dari awal..

kalau ikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada tahun 2011, lebih dari 3 juta rakyat negara kita ni dianggarkan menghidap kencing manis tau.. itu tahun 2011 dan sekarang ni dan tahun 2017 entah bertambah ntah agaknya.. aku dengar pun seram.. dan didoakan janganlah termasuk atau tergolong dalam yang angka 3 juta tu kan.. 

dan disebabkan aku ni memang ada sejarah ahli keluarga yang ada kencing manis maka aku memang sangat nak ambik tau apa je tanda-tanda orang yang menghidap kencing manis ni.. walaupun penyakit diabetes ni selalunya berlaku secara senyap, tapi perlu jugak untuk ambik tau tanda-tanda penyakit ni..

Antara tanda-tanda kencing manis yang ditunjukkan oleh pesakit ialah :

Tanda-tanda awal

1. Haus yang berlebihan.

2. Letih

3. Berat badan menurun

4. Penglihatan kabur

5. Otot lemah

6. Gatal-gatal


Tanda-tanda lain

1. Penghidap penyakit kulit yang berpanjangan

2. Luka yang lambat sembuh

3. Kencing yang kerap

4. Gatal pada bahagian kemaluan

5. Rasa kebas



walaupun dinyatakan di sini tanda-tanda yang biasanya ada pada pesakit diabetes atau kencing manis ni tapi janganlah bergantung dengan tanda atau gejala ni saja.. kenalah jalankan ujian lanjut di klinik yang berdekatan tau..

dan kalau terasa nak cari alternatif lain bagi penawar kencing manis atau diabetes ni selain ubat hospital boleh la korang rujuk entri GCtea si kotak hijau berhantu yang sangat bagus hasilnya pada orang yang dah cuba.. tengok je la testimoni kak rozie , haikall dan farah kat bawah ni.. 


kebaikan gctea

haikall pesakit buah pinggang

haikal lagi selepas repeat order


bacaan gula farah turun
dan kalau nak tau sekarang ni GCTea Stokis Kuantan ada buat promosi tau.. sesiapa yang beli 3 kotak GCTea ni akan dapat hadiah percuma iaitu beg thermos yang sangat best ni.. memang berbaloi tau.. boleh la korang guna untuk isi thermos Gctea tu nanti ke atau isi botol susu anak ke kan..

cantik kan thermos pouch ni ?


kena cepat tau.. promosi sampai hujung bulan Januari ni je.. ini pun sempena bulan kelahiran si penjual gctea ni la.. dan kalau nak maklumat lagi lanjut boleh tengok facebook GCtea stokis kuantan atau contact je kat nombor hp ni 


013-7428301
013-7428301
013-7428301





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...