assalamualakum semua,
hari ni nak cerita pasal eczema atau ekzema , terutamanya ekzema pada bayi dan kanak-kanak. ada tak anak-anak korang yang hidapi eczema pada kulit ? biasanya penyakit kulit ekzema atau eczema ni senang dikesan sejak bayi lagi.. dulu masa abg ngah dan kakak husna kecik-kecik kami sangat risau kalau tersalah bagi makan atau pakai lampin pakai buang yang tak sesuai.. sebabnya anak kami yang berdua ni sangat la sensitif kulitnya tapi tak la sampai eczema..
merawat ekzema pada bayi |
cuma aku nak kongsikan jugak kalau ada kawan-kawan yang anaknya sedang hidapi ekzema dan masih mencari cara untuk merawat ekzema ni terutama pada anak yang masih bayi.. ada seorang kawan dulu memang dia tunjuk anak dia tu ekzema yang agak teruk.. tentu sedih bila tengok kulit anak bila kena ekzema dan tergaru-garu tapi kita terap tak tau cara nak bantu kan?
jadi aku cuba nak kongsikan info dari pembacaan yang aku dapat dari potral MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ni.
Gambar sumber dari portal Myhealth |
Apa itu ekzema?
Ekzema dikenali jugak sebagai atpoic dermatitis yang biasanya terjadi pada bayi dan jugak kanak-kanak. Tanda-tanda biasa ialah radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur dan berair. Selalunya terdapat pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat ni akan menjadi berkerak. dan biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun.
Apa penyebab ekzema?
- Keturunan
- Pelbagai pencetus
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
- Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara berikut - infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pewangi atau minyak wangi, lain-lain jangkitan
- Alahan/alergi kepada makanan atau bahan lain yang menyebabkan alahan
Apakah tanda-tanda dan gelaja ekzema?
- Tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit
- Bengkak kecil yang berair
Rawatan ekzema secara perubatan
*sila minta nasihat doktor untuk menentukan sebarang diagnosa terhadap penyakit. Doktor akan memberi rawatan seperti berikut :
- ubat pencegah gatal seperti antihistamin
- losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
- Krim streroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
*rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tapi bukan untuk menyembuhkan
Bagaimana cara untuk mengawal atau mencegah ekzema pada anak ?
- letakkan anak di dalam bilik yang selesa dan nyaman
- elakkan mandi air panas/ suam
- elakkan memakai baju berlapis-lapis
- gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
- elakkan dari fabrik yang kasar
- jangan gunakan sabun apabila mandi
- gunakan krim pelembab selepas mengelap anak
- awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Bedak Asmak |
Selain tu aku nak kongsikan jugak kalau ada yang teringin nak mencuba alternatif lain untuk cara merawat ekzema atau mencegah ekzema dengan menggunakan bedak asmak. Jugak bagus untuk digunakan sebagai cara rawatan psoriasis (salah satu lagi penyakit kulit yang kronik). setakat ni menurut info Bedak Asmak paling banyak di page facebook ialah untuk Penawar Ruam Pada Bayi.
psoriasis dari sumber portal Myhealth |
Apa keistemewaan Bedak Asmak atau Bedak Asma' ?
*selain merawat penyakit kulit di atas ni, bedak asmak jugak bagus untuk:
- menghilangkan jerawat
- mencantikkan dan mencerahkan kulit
- menjadikan kulit licin serta lebih halus
- menggelak kedutan
mempunyai kadar UVA ratio yang tinggi untuk perlindungan UVA, tak menyumbat liang pori serta mampu merawat masalah kulit.
dan kalau yang tak tau sebenarnya Bedak Asmak yang diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi ni jugak boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout.
teksturnya lebih halus, mudah serap dan sejuk je bila dipakai. selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur. sesuai sangat dengan slogan dia 'Mesti dimiliki oleh setiap keluarga'. kalau aku pulak aku suka sapukan pada anak-anak kalau ada ruam pada badan. rasanya yang sejuk ketika disapu membuat anak-anak suka je kalau diulang-ulang sapu di badan banyak kali.
Barisan produk MHAM Sdn. Bhd. |
antara testimoni pengguna Bedak Asmak untuk bacaan korang ada kat bawah ni..
kalau ada yang berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://www.mham.com.my
Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd
Fb Page Produk :
Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma
Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema
Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184
Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :
Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd
Penagih Dadah Pakai Bedak Asmak
https://www.youtube.com/watch?v=r-SIUIHYOW0
Hantu Bedak Asmak
https://www.youtube.com/watch?v=5yuYn50SVqk
good luck :P
BalasPadamgood sharing..bw sini yer..:)
BalasPadamBanyak baby saya tengok kena ekzema. Kesian saya tengok.
BalasPadamLatest, http://lynk.my/55oX
Biasalah kan Ta, kalau tak kena penyakit lagi, jarang orang nak beli hihi....
BalasPadamMoga ada manfaatnya kepada mereka yg memerlukan
Kakak dah banyak kali baca paparan kebaikan bedak ini tapi tak pernah guna lagi. Mungkin belum memerlukan lagi.
BalasPadamBanyak yg kata memang bagus ni.
boleh cuba product ni
BalasPadam