assalamualaikum semua,
aku baru je abis tengok cerita Korea dalam slot Saranghae bertajuk Silenced.. masa tengok rasa geram, lepas tengok lagi rasa geram.. korang tengok jugak tak ?
gambar sumber google - Silenced |
ok la aku bagi sinopsis cerita dia sikit ye.. cerita Silenced atau 'The Crucible' ni berkisar tentang Cikgu In Ho yang baru je berpindah mengajar di sebuah sekolah di Bandar Mujin (bandar yang diselubungi kabus).. sekolah ni adalah sekolah yang dibangunkan khas untuk anak-anak yang ada masalah pendengaran sejak 50 tahun yang lalu..
bila dipindahkan tu In Ho macam perasan ada sesuatu yang pelik pada budak-budak yang diajarnya.. yang lebih pelik bila tengok ada bekas luka dan lebam pada badan budak-budak ni.. budak-budak ni pun jenis tak mesra dengan orang..
dan akhirnya dia menemukan sesuatu yang sangat tak masuk akal iaitu penderaan seksual pada anak-anak ni.. yang dilakukan oleh beberapa individu yang terdiri dari pengetua, ketua pentadbiran, kaunselor dan seorang guru.. dan dia akhirnya telah cuba memperjuangkan nasib anak-anak kurang upaya ni supaya terbela.. tapi cuma satu je yang mampu aku komen.. bila wang dan kuasa telah mengaburi mata, semua yang dibuat nampak macam betul belaka..
itulah yang berlaku dalam cerita ni.. akhirnya 3 orang anak-anak ini, Min Su, Jeon Doo dan lagi sorang Juu Ri akhirnya kalah begitu saja.. pesalah atau pencabul cuma diberi hukuman 6-8 bulan sahaja penjat atas kesalahan masing-masing.. Allah.. lemah betul bila tengok ending..
dan aku baca tadi katanya kisah ni berdasarkan kisah sebenar yang berlaku pada awal tahun 2000.. semoga Allah rahmati anak-anak ni dan beri hidayah kepada mereka di mana saja mereka.. amin..dan paling best ialah berita kat bawah ni..
selepas 2 bulan cerita ni ditayangkan pada tahun 2011, sekolah telah ditutup dan pengetua telah disabitkan atas tuduhan penderaan seksual pada kanak-kanak dan dijatuhi hukuman penjara yang berat.. alhamdulillah lega bila baca tadi..
selagi tak update cerita ni dalam blog tak puashati.. haha teruk betul.!
Ade tgk iklan dia, tp x sempat nak tgk.. Layan on9 je lah nnt
BalasPadamtengok jugak..geram & sakit hati..
BalasPadambudak2 pekak, bisu didera secara seksual, apa la daya diorang yg tak mampu berkata2..