Tempah Business Card percuma dengan PIXAJOY ! - Cerita Ita                                                             Tempah Business Card percuma dengan PIXAJOY ! Langkau ke kandungan utama

Tempah Business Card percuma dengan PIXAJOY !

assalamualaikum semua,

baru-baru ni kan aku berpeluang pergi ke acara makan-makan yang disertai oleh kumpulan media dan blogger.. dan biasanya kalau ada acara macam ni mesti melibatkan ornag yang baru pertama kali kita jumpa kan.. yang mana perlu untuk kita hulurkan business card atau kad perniagaan untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang baru kita kenal.. ini la fungsi kad perniagaan ni.. dan nasib aku agak baik sebab aku baru je tempah kad perniagaan percuma dengan Pixajoy sebelum tu ! jadi dengan senang hati la aku hulur je kad tu kan ? hehehe.. 


kad perniagaan percuma
Kad perniagaan percuma @ free business card 



sebenarnya sebelum ni aku ada menempah kad untuk blog Cerita Ita ni tapi hasilnya tak berapa memuaskan hati sangat.. kad dicetak atas kertas yang alahai.. sedih menengoknya.. bukan la kata tak cantik sebab design tu aku yang pilih sendiri dan setkan sendiri apa nak letak.. cuma kertas yang digunakan tu la.. jenis matte finish.. yang mana aku tak berapa berkenan dengan rupanya yang tak berkilat macam gloss finish tu.. 

dan kebetulan pulak disebabkan aku dah tukar nama domain blog ni dari www.rozita-ceritaita.blogspot.com ke www.ceritaita.com pada bulan 9 tahun lepas secara rasminya maka aku rasakan eloklah aku terus buat kad baru yang percuma dengan Pixajoy.. ok meh aku kongsi sikit panduan untuk korang yang baru nak kenal jenis-jenis business card yang boleh korang tempah..

Panduan membuat kad perniagaan atau Business card.


1. Design yang sedia ada vs yang korang reka sendiri.


pada aku kalau korang bukan la pereka design terbaik atau nak buat header macam aku pun tak lepas elok la korang  pilih je design yang disediakan oleh penjual tu.. dari design asal pun korang boleh je ubah mana yang patut ikut keperluan yang korang nak.. sebab kalau korang buat sendiri kompom jadi macam aku.. buruk gila.. hahaha.. tapi kalau korang rasa sangat yakin dengan kebolehan korang mereka kad tercantik takde salahnya nak mencuba ok..


2. Buat template design sebanyak yang boleh. 


aku bagitau yang ni bukan apa tau.. kalau la korang ni jenis macam aku la.. tengok yang tu lawa.. tengok yang ni pun eh.. lawa jugak.. jadinya apa ? semua lawa kan ? hahaha.. masalah tu wei.. jadinya bila dah jadi masalah tu korang pepandai la buat 2 atau 3 pilihan.. eh.. kalau nak lebih sampai 10 pilihan pun takpe.. selagi korang simpan dalam draft je takdenya jadi masalah.. lepas je korang dah buat template banyak-banyak tu, korang bandingkan la mana yang paling manis macam gula dan berkenan kat hati korang.. boleh jugak tanya-tanya pendapat kawan-kawan yang mana yang ok.. mana la tau mata kita je nampak cantik tapi orang lain tengok.. eeeehhh.. kenapa la dia buat kad macam tu..

3. Pilih design kad yang memang sesuai dengan jiwa blog atau perniagaan korang


yang ni aku rasa agak penting.. sebab bayangkan la kalau blog korang cerita pasal kereta lepas tu tetiba pulak dekat kad ada gambar bunga dan makanan.. eh.. eh.. ko dah kenapa ? jadinya eloklah apa saja gambaran yang korang nak tepek kat kad tu menggambarkan apa perniagaan korang ok..

4. Pilih jenis kad yang sesuai dengan jiwa korang


yang ni aku nak fokus.. jenis kad.. kalau kat Pixajoy ni korang boleh pilih sama ada nak kad jenis gloss finish atau matte finish.. ok mesti ada yang akan tanya apa perbezaan 2 jenis kad ni kan ? ok meh aku cerita sikit.. korang kena tengok gambar kat bawah ni..


perbezaan kad matte finish dan gloss finish



yang sebelah kiri tu matte finish kertas dia jenis tak berkilat langsung.. kalau dicetak atas kertas yang berkualiti dia jadi sangat cantik.. tapi kalau dicetak atas kertas yang tak berapa nak berkualiti dia jadi sangat tak cantik macam kad aku tu la.. dan kad jenis matte ni kalau kena air terus tak cantik  rupa kejadiannya..

dan di sebelah kanan pulak ialah gloss finish.. kertas dia cantik berkilat dan licin permukaannya.. kalau aku suka yang jenis ni sebab kalau kena air pun dia masih boleh dilap bersih dan takde kesan pada kad tu tau.. tapi ada jugak orang yang tak berapa berkenan pada kad yang jenis kilat-kilat macam gloss ni.. katanya tak nampak macam profesional sangat.. macam tak formal.. jadi korang kena la pilih ikut jiwa korang macamana ok..

5. Letak la gambar yang tercantik korang ada


yang ni sangat penting tau.. kalau korang tengok kad je takde gambar korang rasa macam menyakinkan tak? tapi tengok jugak keadaan.. ada perniagaan yang tak memerlukan korang meletakkan sebarang gambar pun.. sebab nampak lagi tak profesional.. tapi bagi blogger aku rasa perlu sangat letak gambar.. kalau tak pun letak header blog korang yang cun tu..

panjang sangat dan aku tulis pasal panduan untuk membuat kad perniagaan tu.. meh la kita cerita macamana aku boleh buat kad perniagaan percuma ni pulak..




Menempah kad perniagaan percuma dengan Pixajoy


memula aku tak tau sangat pasal tawaran ni.. tapi bila ramai blogger yang sibuk bercerita jadinya aku tau la tanpa rela.. hehehe.. boleh gitu ? dan secara tak langsung boleh pulak iklan Pixajoy pasal kad percuma tu lalu lalang dalam wall fb aku aritu.. eh.. eh.. jahat tau Pixajoy ni.. goda-goda kita pulak dia.. 

iklan lebih kurang macam ni la yang dia tunjuk tu ~ gila tak buntang mata tengok free tu kan ? heee..

dan kebetulan masa tu aku memang nak buat kad untuk shah promosi susu segar dia tu.. jadinya aku pun cuba-cuba la buat satu.. dan akhirnya jadi wei.. best pulak tu hasilnya.. meh la kita tengok macamana nak buat tu..

1. memula korang bukak laman web Pixajoy.



2. selepas tu korang buat tekan dekat tulisan promotion, dia akan keluar macam kat bawah ni.


Klik kat tempat yang aku bulatkan tu.. kalau tak jelas sila klik gambar untuk besarkan ok.


3. lepas tu tekan je la name card tu untuk buat permilihan macam kat bawah ni. ada 2 pilihan sama ada standard atau yang free.


korang klik kat 'start now' tu 


4. Lepas tu korang buatlah pemilihan kad yang korang nak macam kat bawah.

korang boleh pilih orientation kad korang tu tau.. menegak atau melintang

bila dan buat pemilihan akan keluar macam ni untuk pilih jenis kad kat card paper tu.


5. bila dah tekan pilihan mana yang korang nak dia akan terus sambung ke bahagian untuk korang edit kad tu bagi cantik.


tekan yang aku bulatkan tu

dia akan bukak kat tab lain untuk ni. jangan risau tak reti buat tau sebab ada tips macamana nak buat kad ni jugak

ini contoh ye.


6. lepas tu korang sesuaikanlah letak gambar ke tulisan ke.. apa saja la yang korang nak letak dalam tu.



ini contoh yang aku buat

7. bila dah reka ikut yang korang nak dan rasa cantik korang boleh savekan dia ok.

ini contoh depan
ini contoh belakang


8. korang jugak boleh tengok balik template yang korang dah set.






9. sampai proses untuk membayar pulak.











10. dan akhirnya kad yang ditempah dah siap!



best dan mudah je sebenarnya buat kad ni tau.. dan lagi best korang cuma bayar tak sampai RM10 untuk bayaran penghantaran sahaja tau.. cuma korang kena la tau.. kad percuma ni cuma akan dicetak di bahagian hadapan kad je dan bahagian belakang dibiarkan kosong. jadinya kalau korang rasa nakkan kad yang lagi cantik dengan gambar di depan dan belakang tu korang boleh la ambil yang pakej standard masa mula-mula nak pilih kad tadi.. 

ada tutorial disediakan dalam bahasa Melayu dan Cina jugak tau



harap tulisan ni membantu mana rakan-rakan yang nak buat kad tapi masih tak tau caranya.. dapat 100 keping kad dengan kotak dia tanpa bayaran pulak tu.. mana nak cari kan ? boleh klik ke laman web Pixajoy kat bawah ni ok.. semoga berjaya !












Ulasan

  1. Kena cuba nih kakkk. Tapi Uyul pulak suka yang matte berbanding glossy.

    http://www.uyulrosli.com

    BalasPadam
  2. Cantiklah kak ita. Thanks sharing kak.

    BalasPadam
  3. Salam kenal, TQ follow. A bit busy lately, senang2 KA jenguk sini yer. Wah so cantik and creative ler..

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...