assalamualaikum semua,
aku selalu sangat dapat soalan dari kawan-kawan yang nak berkunjung ke Kuantan.. diorang tanya.. kat mana tempat menarik di Kuantan ni yang boleh pergi ? wah.. agak susah aku nak jawab soalan ni sebenarnya.. sebab ini merupakan soalan yang agak subjektif.. menarik pada aku tak semestinya menarik pada korang pulak, ye tak ? tapi selalunya disebabkan taknak menghampakan kawan-kawan aku bagi jugak la cadangan..
Tempat menarik di Kuantan
1. Tempat makan
yang ni memang akan mengungguli carta la kat mana-mana pun kan.. memana kat Malaysia ni mesti akan keluar soalan "kat mana kita nak makan?" walau soalan tu ditujukan pada ketika yang bertanya soalan tu sedang menghadap puluhan deretan kedai yang hanya menjual makanan ! hahaha.. punyalah banyak pilihan sampai tak tau nak pilih kan ? kalau di Malaysia aku rasa fenomena ni normal.. juga di Pahang atau spesifiknya di Kuantan ni.. jadi aku senaraikan la antara Restoran atau kedai makan sedap yang korang patut pergi untuk jimatkan masa korang tercari-cari tu.. aku terpaksa kelaskan ikut masa makan la ye..
Sarapan
untuk makan pagi ada banyak sangat pilihan.. aku jarang sangat sarapan di luar sebenarnya jadi aku payah sikit nak bagi cadangan.. cuma ada beberapa la tempat yang aku pernah pergi.. kalau korang jenis yang nak cari makanan pagi yang biasa-biasa macam nasi lemak, roti canai boleh la pergi ke Restoran Zaman dekat Jalan Kuantan-Gambang.. aku dah beberapa kali pergi sini tapi lupa pulak cerita dalam blog.. ada jugak Restoran Bayroute.. kalau korang jenis nak makan nasi kerabu, nasi minyak, laksam, laksa gebok pahang atau lontong berkuah lodeh ada jual kat sini pagi-pagi.. ada bermacam jenis kuih muih dan air yang sedap jugak..
ada lagi restoran lain.. kat area Gambang.. kalau dari tol tu korang pusing kanan hala ke Gambang.. nama kedai Restoran Kita.. nasi ulam dia peh.. mabeles wajib cuba tau.. dan ada satu lagi namanya Restoran Kita jugak.. yang ni jual macam-macam nasi dan jugak specialnya kat sini ialah capati dan kuah kari kambing dia.. mengancam abis la.. kalau kat rumah kami kami suka singgah satu lagi kedai makan.. Roti Canai Mansor.. betul-betul bersebelahan dengan Marina Tomyam Tanjung Lumpur dan Restoran Seafood Tanjung (Kedai Makan Cina).. roti canai mansor memang terbaik dan lembut sangat..
Makan Tengahari
kalau tengahari tempat yang terbaik dan jadi igauan orang ramai tentunya yang hidangkan makan kampung kan? dan tentunya restoran macam Pak Akob Patin House dan Restoran Mabiq akan jadi pilihan.. tapi aku lebih cadangkan Mabiq kalau dari segi harga.. kalau korang tak kisah berbelanja besar untuk makan sedap ok je Pak Akob Patin House tu.. Ada lagi kedai makan yang berpatutan kat area bandar.. warung Aja.. cuma sayangnya Warung Aja ni tak bukak di hujung minggu.. ada jugak pilihan Nasi Kandar yang sedap tau kat Nasi Kandar Dua.. kalau hala ke jalan perlabuhan tu memang akan jumpa la.. ada 2 cawangan kat Balok dan Perlabuhan Kuantan... tempat lain ? aku tak berapa tau sebab jarang makan kat luar waktu tengahari.. ada jugak pilihan lain untuk lauk kampung macam Gerai Kak Som ni.. mana tau terliur bila tengok lauk dia..
lauk kampung di Gerai Kak Som |
amboi kelas kau ita siap pakej pilihan menu petang kau bagi.. haha.. ini memang selalu dalam list sebenarnya pun kan.. terutama kalau korang jenis yang nak bersantai-santai je sambil melancong kat tempat orang.. kalau kat area rumah aku , tanjung lumpur ni sebenarnya banyak sangat pilihan untuk minum petang.. banyak jugak gerai yang jual keropok, goreng pisang, karipap sepanjang jalan tanjung lumpur sampai la ke sungai soi dan pantai sepat.. korang boleh beli dan kemudiannya berjalan ke persisir pantai Kempadang atau Sepat.. antara pilihan yang ada tentunya Gerai Poksu Moksu bersebelahan balai polis Peramu.. ada jugak Gerai Mokna yang jual sata sedap.. Din Sata pun jual sata yang sedap jugak berdepan dengan Mokna je di seberang jalan..
korang pun boleh singgah minum ABC dan air kelapa muda di Warung Muda Kelapa ni area Kempadang.. mee sup dia pun sedap kat sini.. kalau jalan depan sikit selepas stesen Petronas Sg Soi korang boleh jumpa satu gerai cendol yang sedap betul-betul di tepi jalan.. kalau nak hala ke arah Balok melalui jalan pantai boleh la cuba rasa putu piring yang sedap kat Kuantan ada kat sana jugak..
ada banyak pilihan makan malam yang boleh korang pilih.. kalau rasa nak santai-santai je tak makan berat boleh cuba bermacam jenis satay yang ada kat kuantan ni.. antaranya Satay Zul.. Wan Satay Zul atau kalau nak makan satay suasana kampung boleh cuba pergi ke Sate Peramu.. terbaik layanan pakcik dan makcik ni.. dan kuahnya tu yang terpaling best serta harga yang berpatutan..
kalau nak makan ikan bakar ada banyak pilihan yang ada.. cuma hati-hati la jangan sampai terkena kedai ikan bakar yang mahal atau yang pasang cctv dalam tandas.. #eh.. kalau dari pengalaman yang aku ada aku dah cuba makan di Santai , Ana Ikan Bakar Petai yang orang cakap makin tak sedap.. dan Mail Ikan Bakar.. ada jugak tempat lain macam Marina Tomyam tapi selepas isu viral dia aritu kami segan nak pergi.. dah la kami selalu mengulang ke tandas je kan.. hahaha... korang boleh jugak ke Leesya Corner untuk pilihan makanan panas di tengah bandar Kuantan.. kalau nak makan western boleh pergi ke Hutan Bandar Bistro untuk harga yang sangat berpatutan..
ada jugak pilihan steamboat yang agak berpatutan di Kuantan ni.. antaranya Aniq Steamboat, Angah Steamboat dan jugak East Coast Steamboat.. ada lagi yang aku tak tertulis senarainya.. banyak jugak la pilihan..
Pasar Malam di Kuantan
setiap malam ada pasar malam di Kuantan ni.. haa.. itu pun orang tetap kata jugak tak tau nak makan apa malam ni ? hehehe.. meh aku sebutkan senarai pasar malam yang ada..
Isnin - Pasar malam Jaya Gading, Beserah, Kempadang Makmur
Selasa - Tamas Tas, Peramu, Indera Sempurna
Rabu - Balok, Cenderawasih, Mahkota Aman
Khamis - Hentian Gambang, Kempadang Perdana, Inderapura
Jumaat - Indera Mahkota, Kuantan Garden
Sabtu - Sungai Isap, UTC
Ahad -Taman Gelora, Nirwana BT 3, Hentian Gambang, Kempadang Perdana
ada jugak carboot sale atau jualan gerai-gerai di Taman Tas dan Rezqi Street pada setiap malam Jumaat hingga Ahad.. kat sini la aku cuba Pau ayam panggang viral tu..
disebabkan aku tengok pasal makan je dah penuh dah entri ni maka aku akan sambung pasal tempat menarik di Kuantan ni ke entri yang lain la jawabnya.. harap korang tak jemu la baca ok.. eh tetiba aku tengok link yang menjurus pasal makan je dah banyak rupanya dalam blog ni.. boleh jadi food review blogger dah aku ni ke ? hehehe...
ABC kelapa muda tu macam sedapp! dia letak air kelapa sekali ke kak?
BalasPadam@seorang syed memang ada tau..complete set.. dgn air kelapa isi dia dan dia top up lak dengan ABC dan aiskrim.. peh.. tetiba rasa macam nak repeat esok..haha
BalasPadamVa,,va,,vaaaa.
BalasPadambanyak sungguh pilihan.
yang best nampak td, Nasi Ulam.
Bagus informasi ni
BalasPadamamboii pakej ni kak.. kalau nak dtg kuantan nanti husna google entry akak blik ye.. hihihi..
BalasPadamOh my goodness, these food looks delicious! And that ABC dessert looks fun and serves in coconut husk :)
BalasPadamwow all the food looks good! I miss malaysia food~~
BalasPadamKalau cerita bab kisah makan ni boleh jadi terliur dibuatnya kan Ta....Yang restoren Mabiq tu ikan patin tu ke yg mahal Ta?
BalasPadamTak pernah makan nasi ulam tu. Sekali tengok ingat nasi dagang.
Teringinlah nak pergi Kuantan Ta...
Terbaikkk la kak ita... Banyak kedai yang dah lea jelajah.. Cuma yang cendol tu belum.. Kena try ni... Thankz Kak ita..
BalasPadamHaa tq2 atas cadangan. Mabiq tu dah beberapa org cadangkan. Kena cuba tu 😁
BalasPadam@afzalsukasuki
BalasPadamwajib cuba.. dan bungkus bawak balik.. hehehe..
MasyaAllah...awat laa makanan semuaaa sedap!
BalasPadam