Ben Ashaari yang ku kenal - Cerita Ita                                                             Ben Ashaari yang ku kenal Langkau ke kandungan utama

Ben Ashaari yang ku kenal

assalamualaikum semua,

bila sebut je nama Ben Ashaari, boleh katakan ramai yang kenal dia.. ye la siapa yang tak kenal pada top blogger malaysia ni kan? dah pernah tersenarai antara top three pun dulu dalam senarai blogger paling popular..


top blogger malaysia
Banner Blog Ben Ashaari terbaru


tapi kalau tanya aku secara peribadinya siapa blogger Ben Ashaari yang aku kenal sebenarnya?

Ben Ashaari yang kukenal


ok secara jujur aku sebenarnya tak layak nak ulas siapa dia Ben Ashaari.. sebab aku pun tak kenal dia sangat pun.. cuma berpeluang berjumpa dengan dia baru masuk 2 kali.. itu pun lebih pada nasib baik je agaknya..

memula kenal nama blogger Ben Ashaari ni ialah di zaman beliau sibuk perkenalkan segmen untuk blogger.. aku rasa yang memula aku join ialah segmen yang senang-senang je macam Segmen Blogger Negeri Asal.. rasanya la kalau tak silap nama.. semua orang join kena bagitau negeri asal dari mana.. 

lepas tu ada jugak segmen lain yang ala-ala banci mengumpul pendapat.. macam segmen pasal merokok.. kalau nak dikira banyak jugaklah segmen yang aku join.. tak larat nak list sebab tu cerita tahun 2009 kot rasanya cuma aku aktif follow dari 2011 hingga 2012 kalau tak salah.. 

banner blog Ben Ashaari satu masa dulu


tapi pada masa tu pun Ben dah ala-ala top blogger dah.. kira kalau dia singgah follow blog korang atau tinggal komen memang orang akan screenshot punya la untuk buat entri.. hehehe.. aku la antaranya tu.. mat gebu follow blog ni pun aku sibuk rekod tau.. hehehe..


aku yang no 4 dari senarai tu


dan bila Ben buat kelab yang nak menyatukan blogger satu masa dulu.. aku agak tak berminat nak join pada masa tu sebab aku tak faham apa la fungsi kelab ni ntah.. selain dari tolong mempromosikan nama ben ashaari kat nama kelab tu kan..? 

tapi ntah macamana bila Ben tulis satu status dia pada tahun 2015 aritu pasal sesiapa yang berminat masuk kelab dia aku terus pm je tanya dia kat fb.. terus dia interview aku pasal apa nak masuk kelab blogger ben ashaari pada masa tu? 

aku pun jawab la dengan jujur.. bila dah jawab ben senyap.. agak lama.. sampai la ada dia tulis lagi status di fb pasal ahli kbba9 terus aku pm lagi dan tanya.. pasal sebelum tu aku dah pernah bagi nombor telefon aku untuk ditambah ke dalam group whatsapp kbba9..

dan secara rasminya aku diterima masuk ke dalam KBBA Lembah Kelang yang best pada Oktober 2015.. dari dulu aku cuma anggap setiap kelab tak kira la kelab motor ke kelab kereta ke atau kelab hobi ke selain kelab memasak dan menjahit adalah kelab yang sia-sia dan tak beri apa-apa manfaat pun pada sesiapa yang menyertainya pun..

tapi bila aku dah sertai Kelab Blogger Ben Ashaari atau dikenali sebagai KBBA9 ni apa yang aku fikir selama ni berubah secara total.. kat mana korang nak dapat kawan, sahabat yang sama minat dan sanggup menyokong serta mengajar korang secara percuma? susah kan? tapi terbukti di KBBA9 ianya memang ada..

alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menyertai kelab ni secara tak langsung diberi peluang belajar banyak perkara.. terutama dari orang-orang hebat macam Ben Ashaari tentunya, Bam Sohoque, Faizal Fredley, Hafiz Rahim, Saidila, Shehan, Shiqeen Sattar, Juju, Lisa CikSepet, Nani Mamakembar 3 dan ramai lagi la yang tak tersebut.. jugak dari blogger ex Kbba9 yang lain jugak..

tapi nak cerita la kali pertama aku jumpa Ben di kedai kak Laila mee udang kat Nilai.. ok aku akui la memang gugup beb bila Saidila kata dia ajak ben datang lepak sekali.. dalam hati teruja nak jumpa blogger famous tapi dalam masa yang sama terasa jugak malunya la hai.. siapa la kita ni kan..?

bergambar dengan ben ashaari
bergambar dengan dua insan hebat

tapi alhamdulillah rupanya ben ni tak sombong orangnya.. sangat aku tak sangka ok.. lega hati aku bila diterima baik je rupanya.. aku je yang fikir lebih-lebih.. hahaha.. itu cerita tahun lepas yang tak sempat nak buat entri dan kali kedua ialah tahun ni waktu hari keluarga KBBA di De Rhu Beach Resort baru-baru ni..

kesimpulan dari 2 pertemuan ni aku boleh kata aku tak kenal Ben Ashaari atau founder Kelab Blogger Ben Ashaari yang sebenar tapi Ben yang aku kenal ialah seorang blogger yang menulis dari jiwa.. memang seorang blogger sejati.. dia tetap menulis tanpa kisah pun entri dia tulis tu akan hit SEO atau tidak.. dia tetap menulis walau dikecam dari banyak pihak.. dan yang paling penting dia sanggup berhenti kerja kerana menulis blog.. kagum tau bila dengar mula-mula dulu dia antara blogger yang ambik keputusan berhenti kerja untuk menulis blog atau lebih tepat menjadikan blogger sebagai kerjaya.. ben jugak membuktikan yang blogger mempunyai pengaruhinya sendiri.. cuba la tengok kalau ben tunjuk sesuatu dalam blog dia mesti ada je yang tanya mana nak dapat ni? kannnn.. ?

dan semalam ben memulakan lagi arena segmennya yang pernah popular dan jadi ikutan satu masa dulu sehingga dia digelar blogger segmen.. tapi maaf ben.. aku tak sempat nak sertai pulak.. insyaAllah akan terus menyokong di segmen akan datang.. kerana.. dengan KBBA9 akhirnya aku tau apa erti blog yang sebenar.. dan melalui Kelab Blogger Ben Ashaari aku tau apa maknanya blogger.. kerana.. setiap blogger di dalam KBBA9 ada mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri yang akhirnya bersatu untuk hasilkan hasil yang lebih baik lagi dari berseorangan.. 

Ulasan

  1. Sy baru mula blogging tahun lepas, baru kenal dan tau ada kbba..berapa ramai ahli kbba skrg ni?

    BalasPadam
  2. Semoga terus berjaya dlm penulisan ye kak ita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...